Permainan Pengembaraan
Epic Games Store menawarkan antara Permainan Pengembaraan yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan Pengembaraan PC yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan Pengembaraan
Apakah permainan pengembaraan?
Permainan pengembaraan merupakan salah satu genre tertua dalam permainan komputer. Selama berdekad-dekad, genre ini telah menjadikan pemain sebahagian daripada cerita dan mengutamakan pengisahan berbanding yang lain. Permainan pengembaraan membuka jalan cerita apabila pemain membuat pilihan, menyelesaikan teka-teki, mendapat tahu putar belit plot dan membuka kunci kawasan baharu.
Permainan pengembaraan merupakan misteri yang perlu diselesaikan oleh pemain, membolehkan mereka berasa asyik dalam cerita itu sendiri sebagai watak utama. Ini bermakna keseluruhan cerita atau hala tuju cerita mungkin tidak jelas pada pemain semasa awal permainan, tetapi ini yang perlu mereka buka semakin jauh mereka dalam permainan. Misalnya, ceirta permainan pengembaraan yang ringkas boleh mengadakan peristiwa pembunuhan yang perlu disiasat oleh pemain. Pemain mungkin perlu menyiasat kisah latar mangsa, punca kematian dan identiti serta motif pembunuh. Permainan akan mengelirukan maklumat tersebut sehinggalah pemain boleh membongkarkan semuanya.
Walaupun terdapat beberapa permainan pengembaraan pandangan ketiga dan pandangan pertama, permainan pengembaraan klasik akan dilihat daripada sisi, dalam 2D, dengan banyak perincian untuk diteroka oleh pemain. Permainan sebegini akan menyediakan avatar dan pemain akan mengawal tempat yang dituju dan perbuatan avatar. Biasanya, pemain diberikan maklumat melalui suara hati avatar, menguatkan lagi petunjuk atau kesimpulan dalam pengisahan.
Kawalan yang dipandu tetikus membolehkan pemain menunding dan mengklik (“tuding dan klik” merupakan satu lagi istilah untuk permainan pengembaraan), untuk mengarahkan karakter. Permainan pengembaraan retro memerlukan pemain memilih aksi yang akan diambil karakter seperti ‘lihat…’ atau ‘ambil…’, tetapi permainan pengembaraan moden biasanya memahami konteks aksi.
Setiap tahap biasanya dipenuhi dengan perincian tersembunyi. Sebahagian daripada tarikan permainan pengembaraan ialah cabaran meneroka perkara tersembunyi di depan mata. Permainan terbaik menawarkan detik eureka, yang terjadi apabila pemain berjaya menggabungkan petunjuk, iterm dan elemen yang diteroka dalam tahap untuk menggerakkan cerita ke hadapan.
Bolehkah saya bermain permainan pengembaraan dalam talian?
Ya. Ada permainan pengembaraan yang boleh dimainkan dalam talian. Biasanya permainan sebegini berasaskan teka-teki dan dalam 3D berbanding 2D.
Adakah terdapat permainan pengembaraan untuk dimainkan bersama rakan?
Ya. Terdapat beberapa permainan pengembaraan berasaskan teka-teki yang boleh dimainkan dalam talian, membolehkan pemain menyelesaikan masalah bersama-sama.
Adakah permainan pengembaraan mempunyai penciptaan dan penyesuaian karakter?
Tidak sangat. Karakter dalam permainan pengembaraan merupakan sebahagian daripada dunia dan pengisahan yang direka oleh pihak pembangun. Ini bermakna pemain tidak akan menemukan banyak permainan pengembaraan yang mempunyai penciptaan dan penyesuaian karakter.
Adakah terdapat permainan pengembaraan tanpa perlawanan atau keganasan?
Ya. Terdapat permainan pengembaraan yang merupakan teka-teki tanpa pengisahan. Kebanyakan cerita permainan pengembaraan berkisarkan tentang bahaya, keganasan dan kadangkala kematian, tetapi anda boleh menemukan beberapa permainan pengembaraan yang membolehkan anda bermain menerusi cerita yang tidak mempunyai keganasan atau kematian atau tidak menunjukkan hal sebegini berlaku.
Adakah terdapat permainan pengembaraan dengan pembinaan pangkalan?
Tidak sangat. Biasanya, pembinaan pangkalan bukan unsur yang wajib dalam permainan pengembaraan. Teka-teki dan pengisahan tidak memerlukan pemain membina rumah selamat. Jika anda mencari pembinaan pangkalan, maka anda harus bermain permainan mandiri.
Adakah terdapat permainan pengembaraan PC yang boleh dimainkan secara percuma?
Mana-mana permainan dalam mana-mana genre boleh jadi percuma. Walaupun kebanyakan permainan percuma biasanya permainan aksi, terdapat permainan pengembaraan yang boleh dimainkan secara percuma.
Apakah permainan pengembaraan tuding dan klik?
Kaedah utama mengawal karakter dan mencari petunjuk pada sesuatu tahap dalam permainan pengembaraan 2D adalah menerusi tetikus. Permainan tuding dan klik menggunakan kursor tetikus untuk memandu pemain dan jika anda menggerakkan kursor di atas tahap, kursor akan berubah bentuk untuk menyerlahkan unsur interaktif dalam babak.
Apakah permainan pengembaraan teka-teki?
Ada beberapa permainan pengembaraan yang menumpukan pada teka-teki. Permainan ini boleh jadi abstrak, meminta pemain meneroka peraturan permainan untuk menyahkod teka-teki. Permainan sebegini boleh dihasilkan dalam 2D atau 3D. Permainan ini boleh berasaskan fizik, maka pengisahan dan petunjuk tidak begitu mempengaruhi penyelesaian. Atau permainan sebegini boleh jadi permainan pengembaraan klasik, yang mana segala-galanya digabungkan untuk menghasilkan teka-teki yang bergantung pada pemahaman pemain tentang pengisahan dan cerita untuk maju.
Bagaimanakah untuk memuat turun permainan pengembaraan bagi PC?
Daftar masuk ke Epic Games Store dan muat turun pelancar. Daripada pelancar, anda boleh menyemak imbas kategori permainan, termasuklah permainan pengembaraan.































-510x680-89312f7bf3da012e1606f730d8e14702.jpg?resize=1&w=360&h=480&quality=medium)


