Permainan MMO
Epic Games Store menawarkan antara permainan MMO yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan MMO yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan MMO
Apa itu MMO?
MMO ialah permainan dalam talian berbilang pemain. Ini ialah istilah khas untuk permainan yang menyokong bilangan pemain yang ramai pada pelayan, daripada ratusan hingga puluh ribuan pemain pada satu masa. Ini membolehkan pelbagai kumpulan pemain bermain bersama, berkomunikasi dan kadangkala menyerang sesama sendiri dalam dunia terbuka. Istilah ini meliputi berbilang pemain dari fantasi tinggi sehingga sains fiksyen dan genre moden seperti permainan kemandirian.
MMO berkongsi beberapa elemen penting walaupun bukan semua permainan memiliki elemen tersebut. Permainan ini bermula dengan pemain dan pilihan watak, kelas dan puak. Ada persamaan dengan pemilihan RPG, di mana keupayaan keseluruhan pemain akan ditentukan oleh kelas yang dipilih. Dalam permainan, pemain hampir selalu diminta untuk memilih bangsa atau puak secara keseluruhan, yang akan menentukan dengan siapa mereka boleh bermain, bagaimana sesetengah NPC dan pemain lain bertindak balas, jalan cerita dan banyak lagi. Ramai orang akan bermain sebagai puak atau bangsa berbeza pada pelayan yang berbeza untuk menikmati pengalaman bagi kisah dan dunia permainan sepenuhnya.
MMO mengutamakan kemajuan. Kemajuan akan mempengaruhi beberapa perkara. Seorang pemain biasanya akan mengumpul mata pengalaman (XP) sambil bermain. Apabila XP mereka bertambah, begitu juga dengan tahap mereka. “Menaikkan tahap” agak sering diguna pakai, dengan setiap tahap memberikan sebilangan ganjaran yang boleh digunakan pada watak mereka, kuasa, senjata dan perisai. Oleh sebab ini, rakan pemain mungkin memiliki kelas yang sama pada tahap 1, namun melalui penyesuaian, mereka boleh memiliki versi kelas yang sangat berbeza selepas meningkat beberapa tahap. Pilihan pemain adalah dijangkakan dalam MMO.
Permainan ini biasanya berskala besar dan kompleks, di mana pemain dijangka meluangkan masa yang signifikan. Ia biasanya memerlukan dunia terbuka yang berterusan untuk membolehkan semua pemain menerokai dan bermain bersama. Dunia ini boleh menjadi apa sahaja. Pelbagai jenis landskap fantasi, dengan benua dan kota; galaksi atau sistem solar; atau kota dunia sebenar yang telah ditinggalkan, penuh dengan tempat untuk mengumpul item atau bersembunyi. Permainan ini biasanya direka supaya setiap puak atau bangsa memiliki tempat yang selamat untuk bermain di mana PVP dinyahdayakan atau puak lain tidak boleh masuk. Di ruang ini, pemain boleh berehat dan menerokai pelbagai vendor, pedagang dan misi yang tersedia.
Di dalam ruang ini, sebahagian besar permainan mula terbentuk. Elemen utama MMO ialah persediaan. Pemain memerlukan suatu tugasan dan alat yang betul untuk melakukannya. Pencarian dan misi boleh ditemukan di mana-mana sahaja dalam dunia tetapi kebanyakan misi diberikan kepada pemain mengukut pemberi pencarian berasaskan puak, yang akan menghantar pemain ke luar untuk membunuh, mengumpul sumber dan mengikuti jalan cerita.
MMO ialah dunia yang meriah (mudah-mudahan). Pencarian bukan sahaja cara menaik tahap, malah ini membantu untuk memperkenalkan dunia permainan yang lebih luas. Secara keseluruhannya, pemain akan menjalankan aktiviti sendiri. Ada yang melakukan pencarian yang sama, menyerang tikus yang sama (contoh MMO bagi membunuh makhluk bertahap rendah, kadangkala hanya tikus); ada pemain yang merentasi dunia dalam perjalanan menuju buruan yang lebih besar dan hebat. Dengan semua pemain yang ada, MMO yang bagus akan memiliki pelbagai mod kerjasama dan persaingan.
Kerjasama boleh menjadi ringkas seperti membantu pemain lain membunuh makhluk apabila mereka ke luar dunia, sehingga bos dunia yang memerlukan berpuluhan pemain, setiap seorang memainkan peranan dalam pertempuran untuk mengalahkan bos itu. Serbuan biasanya dilakukan bersama ahli persatuan, yang merancang dan melaksanakan cabaran panjang menerusi kurungan berbilang tahap.
Mod kompetitif boleh merangkumi kawasan dalam dunia permainan di mana mod PVP diaktifkan untuk mencetuskan situasi yang tegang, hinggalah ke arena PVP berstruktur di mana dua pasukan bertarung antara satu sama lain.
Rangka kerja MMO boleh digunakan pada beberapa genre. Terdapat RPG klasik fantasi tinggi, shooter dengan ratusan pemain dan simulasi angkasa denga ribuan pemain pada satu pelayan tunggal. Namun ini semua memiliki beberapa elemen yang telah kita sebutkan dalam perenggan sebelum ini.
Adakah terdapat MMO yang tidak memerlukan langganan untuk dimainkan?
Ya. Terdapat permainan MMO yang membolehkan pemain untuk bermain tanpa bayaran. Permainan percuma untuk dimainkan memiliki beberapa pemboleh ubah, termasuk ciri bayar untuk peningkatan watak, had tahap, pas pertempuran dan banyak lagi.
Bolehkah saya bermain MMO jika rakan saya tidak bermain permainan itu?
Ya. Pemain boleh bermain MMO secara solo dengan mudah, hampir seperti permainan pemain tunggal yang kebetulan mempunyai pemain lain. Menyertai permainan tanpa rakan akan masih membenarkan pemain membantu yang lain dan senarai rakan yang kosong akan pantas diisi sekiranya mereka menyertai persatuan. Namun, pemain boleh menyertai PVE dan PVP sama ada pemain memiliki rakan atau tidak.
Apakah perbezaan antara MMO dan MMORPG?
MMO merujuk kepada permainan dalam talian berbilang pemain besar-besaran. MMORPG merujuk kepada permainan berperanan dalam talian berbilang pemain besar-besaran, yang menumpukan gaya permainan RPG biasa. Banyak MMO sebenarnya adalah MMORPG, jadi kedua-dua istilah ini boleh digunakan secara bergantian. Namun, mana-mana permainan yang melibatkan sejumlah besar pemain bersama dalam satu pelayan masih dianggap sebagai MMO.
Bagaimanakah pemain MMO berkomunikasi sambil bermain?
Kebanyakan MMO memiliki pilihan sembang berdasarkan teks dalam permainan yang extensif. Hampir semua memiliki sembang dunia, yang membolehkan semua pemain pada pelayan menghantar dan menerima mesej. Sembang setempat adalah serupa tetapi mengekalkan sembang di kawasan tertentu pada peta. Pemain juga boleh menghantar bisikan, yang merupakan mesej langsung kepada pemain bernama pada pelayan atau pada senarai rakan mereka. Jika mereka sebahagian daripada persatuan, biasanya terdapat saluran sembang untuk setiap persatuan tertentu juga.
Baru-baru ini, Discord telah menjadi pilihan popular untuk komunikasi dalam talian. Klien sembang membenarkan sembang suara di luar permainan, yang lebih mudah digunakan bagi sesetengah pengguna berbanding sembang teks. Tetapi platform ini juga memiliki saluran teks.
Apakah yang menjadikan permainan Dalam Talian Berbilang Pemain Besar-besaran ini seronok?
Skala dan skop bagi MMO yang seronok hampir tiada tandingannya. Cuba bayangkan satu RPG yang bagus. Semua kompleksiti yang ada, penyesuaian watak, jalan cerita. Kini gandakannya berpuluh kali.
MMO yang bagus akan sentiasa ada perkara yang boleh dilakukan: pencarian pendek untuk dilengkapkan oleh pemain, sumber untuk dilombong, sistem untuk dipelajari dan dimainkan. Log masuk selepas meletakkan item untuk jualan pada rumah lelong dalam permainan, untuk melihat sama ada item itu terjual atau tidak merupakan pengalaman MMO yang unik.
Cabaran yang luas bermakna pemain boleh bermain permainan mengikut rentak tersendiri. Jika mereka pemain solo yang suka mengalahkan tikus, mereka boleh lakukan aktiviti itu. Namun pemain boleh berkembang dan menyertai serbuan atau melakukan semuanya secara selang-seli. Mereka mungkin ingin menyertai permainan tanpa seorang pun pemain dari senarai rakan mereka dan akhirnya bertemu kenalan sepanjang hayat.
Permainan ini juga tempat yang menakjubkan untuk diterokai. Dunia terbuka memberi pemain sebab untuk pergi ke sesuatu tempat dan banyak permainan akan memberi pemain ganjaran kerana menerokai kawasan baharu atau menemukan kawasan pemandangan yang memang menakjubkan.
Perlukah saya memiliki PC berprestasi tinggi untuk bermain MMO?
MMO bergantung pada selama mana permainan ini kekal relevan dan kumpulan pemain yang besar, maka permainan ini akan menyasarkan sebilangan spesifikasi PC, daripada grafik bersepadu hinggalah ke kad grafik tertinggi.







































