Berita

Misi pertama 007 First Light mengagumkan dengan tarikan letupan dan aksi yang mencemaskan

C
Charlie Wacholz
3 Sep 2025
IO Interactive ada sesuatu yang istimewa dengan 007 First Light. Kelainan daripada Bond yang yakin, berpengalaman, menawan yang kita kenali daripada filem dan novel, IO Interactive menggunakan 007 yang lebih muda, belum diuji untuk menawarkan kisah Bond yang jarang kita lihat. Namun itu tidak bermakna kita akan terlepas daripada melihat kereta menarik, parti meriah, gajet menarik dan segalanya yang menjadikan His Majesty’s Finest suatu watak yang kekal menarik selama beberapa abad. Saya meninggalkan demo yang berlangsung selama setengah jam, dengan rasa yang bercampur baur, tidak tergugat dengan apa yang dilihat. Bagi saya yang telah menulis dan berbicara tentang permainan video secara profesional selama empat tahun, saya sudah melihat banyak demo di sebalik tabir dan ciri terpencil. Saya tak pernah melihat sesuatu yang lebih mengagumkan seperti ini.

Kami mengekori Bond pada tahap pertama permainan. Ditugaskan untuk menjejaki 009 yang menjadi pengkhianat bersama kru ejen MI6 yang lain, Bond dan rakannya pergi ke perlawanan catur berisiko tinggi di sebuah vila yang terletak di pergunungan Slovakia. Seperti biasa, dia dalam penyamaran, kali ini sebagai pemandu konconya ke perjumpaan catur. Dia pun tidak begitu gembira dengan perkara ini. Menyindir dengan rakannya melalui jenaka kiasan yang memberikan rasa yang mencuit hati sambil mereka menelusuri Pergunungan Carpathian sebelum tiba di gerbang vila. Kemudian dia terpaksa melakukan tugas di lot parkir.

Seperti tajuknya, First Light bermula ketika Bond baru bermula sebagai perisik. Pada umur 26 tahun, dia belum mendapat 00; lesen yang terkenal untuk membunuh. Ini dapat dilihat. Dia agak kasar dan tidak sabar untuk membuktikan dirinya, seperti yang kami dengar dalam treler pendedahan, versi Bon ini ialah senjata tanpa sasaran.

Ketika menanti aksi yang bakal berlaku, Bond segar menemui sasarannya dalam ahli kakitangan acara itu selepas mereka melakukan sesuatu yang mencurigakan. Inilah waktu bermulanya misi semasa demo; dengan orang yang mengemudi demo ini menunjukkan salah satu penyelesaian kepada pandangan yang lebih linear dan sinematik bagi teka-teki selinap IO, menarik perhatian pengawal dengan salur paip taman dan baling damak trankuilizer menggunakan persekitarannya sebagai kelebihan untuk menyelinap masuk ke acara. Ini berhasil, namun dia telah dikesan apabila dia masuk, di sinilah Agent 47 IO mungkin membantai kakitangan acara sehingga pengsan (atau lebih teruk lagi). Sebaliknya, Bond membalas dengan bersahaja bahawa dia daripada kakitangan sekuriti acara yang ditugaskan untuk menguji perimeter sebelum memarahi pembantu rumah yang telah melihat dia. IO meminta kami agar tidak merekodkan audio atau video, namun ini salah satu detik ketawa yang sangat kuat bagi media yang menonton demo yang berjaya menyampaikan jenaka 007 yang bersahaja ini.

Ini juga contoh yang baik di mana IO telah mengambil langkah untuk menyesuaikan pendekatan medan ujian teka-teki mereka dengan aura Bond, memberikan rasa yang lebih mantap dan sinematik. Jenaka ini juga tidak dipaksa, walaupun masih melucukan seperti yang terbukti dalam sesi kejar-mengejar kenderaan yang berlaku tidak lama selepas itu. IO melangkau terus ketika demo untuk mengelakkan plot cerita terbongkar. Tidak lama selepas memasuki parti (dan mengelak daripada pegawai atasan), demo itu menunjukkan Bond yang sedang pecah masuk ke kereta yang lebih cantik daripada kereta yang baru dipandunya tadi. Seorang wanita misteri, yang juga perisik Perancis menawarkan kunci kepadanya sambil dia cuba menghidupkan enjin kereta muscle goldenrod, untuk mengejar 009.
007 First Light 3o4oc
Ketika menonton demo itu, saya rasa adegan kejar-mengejar itu agak panjang sedikit. Namun saya pasti memandu kereta itu, di jalan bergunung-ganang, merentasi pekan kecil dan melakukan lompatan slow-mo yang bagaikan kartun yang hanya boleh dilakukan oleh Bond, sambil Bond dan sekutu berpotensi menyindir antara satu sama lain, akan terasa seperti adegan kejar-mengejar yang diambil terus daripada salah satu filemnya. Filem yang bagus.

Selepas satu lompatan akhir (kali ini dari treler), rakan baharu Bond bersetuju untuk membiarkan dia mengejar, yang memuncak dengan kesudahan yang sangat mengagumkan, letupan yang membuatkan saya terpegun.

IO menjelaskan yang anda boleh mengambil pendekatan yang lebih halus pada segmen ini, namun dia memilih aksi yang lebih gempak, sesuai dengan babak ke-3 filem Bond. Seorang pengawal menghentikan dia, Bond menguruskannya sebelum mereka sempat menyentuh pistol mereka, suatu permulaan yang gempak. Kemudian ini diikuti dengan salah satu susunan tempur dinamik paling menakjubkan yang pernah saya lihat dalam permainan seperti ini yang menunjukkan suatu keberanian yang sombong bagi perisik muda ini sambil dia berlawan untuk tiba ke lapangan terbang. Bertukar daripada tembak-menembak, dengan Bond yang menyepak senjata yang terjatuh dan memanfaatkan barang yang boleh letup seperti kereta, tangki minyak, titik lemah di persekitaran untuk mengubah medan pertempuran di sekitarnya, serta urutan tempur jarak dekat yang menunjukkan animasi yang pelbagai dan mengejutkan, termasuklah 007 yang merempuh seorang lelaki dari platform tinggi, memukul lagi dan kemudian merampas senjatanya.
007 First Light 1v3hf
Ketika dia berlari di lapangan terbang, yang bukan tempat yang ideal untuk tembak-menembak dalam permainan tembak yang menggunakan sistem pelindung, persekitarannya terus berubah dengan Escalade yang penuh dengan musuh mengepung lapangan terbang, serta Bond yang pandai menyelesaikan masalah dengan beberapa tembakan peluru yang tepat pada sasaran. Ini mungkin bahagian yang paling saya suka dalam demo yang sudah cemerlang, ini kerana saya amat kagum dengan kebolehan IO untuk menggunakan bahagian konkrit yang mendatar sebagai tempat yang mencabar dan berkesan bagi sesi tembak-menembak tanpa meletakkan kotak kayu yang rawak untuk berlindung.

Akhirnya, dia hampir mengejar kapal terbang kargo sebelum ia berlepas, meninggalkan foklif kepadanya. Bond tidak mengaku kalah, merampas kenderaan di landasan itu, menggunakannya untuk mengejar kapal terbang, hampir sahaja menyelinap masuk yang memberikan rasa penghormatan kepada kedua-dua adegan lapangan terbang dari Casino Royale dan babak A400 dalam Mission: Impossible Rogue Nation, dua daripada babak aksi terbaik untuk genre aksi pengintip dalam ingatan baru-baru ini.

Setelah berjaya masuk, dia menggunakan Q Watch untuk menggodam kapal terbang kargo dan mengawal Roll sambil dia berlari ke kabin, menembak pintu terbuka dan menggunakan sudut kapal untuk melemparkan pengawal sebelum tercampak keluar dari kapal terbang. Di udara, dia mengejar musuh yang sedang terjun di udara untuk mencuri pek payung terjun dalam penghujung yang tegang, mengujakan dan gempak yang membuatkan saya berasa cemas.

Demo itu pun telah tamat dan lampu dibuka kembali. Namun mulut saya masih ternganga. Selain daripada mengejar kereta yang agak berlarutan, saya pulang dengan rasa penuh kagum dan teruja dengan semua yang IO telah lakukan dengan watak dan IP. Watak muda ini mungkin tidak seperti Connery yang nakal, Brosnan yang mesra atau Craig yang macho yang mentakrifkan paparan di skrin dalam siri Bond selama lebih setengah abad, saya rasa ini mungkin akan sedikit mengecewakan sesetengah peminat, terutamanya dengan banyak pengaruh daripada siri Mission: Impossible. Tetapi ini tidak bermakna IO telah terlepas sasaran. Daripada penulisan, gajet, sehingga rentak tahap dan aksi, saya percaya sepenuhnya yang First Light akan menjadi kisah Bond yang sejati, walaupun dia tidak memiliki 00 atau keyakinan yang lebih tentang daripada kaliber ejen rahsia yang lebih berpengalaman.

Tambahkan 007 First Light pada Senarai Hajat sekarang di Epic Games Store.