Berita

Botany Manor adalah percuma pada minggu ini di Epic Games Store untuk peranti mudah alih

D
Dave Tach
5 Feb 2026

Mulai 5 hingga 12 Februari 2026, melalui aplikasi mudah alih Epic Games Store, anda boleh memuat turun Botany Manor secara percuma di Android di seluruh dunia dan di iOS di Kesatuan Eropah.

* Nota: Mungkin tidak tersedia di semua wilayah
MS EGS 3PFreeGames Mobile Spring2025 EditorialBanner 3840x632
Botany Manor 2

Botany Manor

Balloon Studios

Botany Manor ialah permainan teka-teki pandangan pertama yang santai, berlatarbelakangkan sebuah rumah agam Inggeris. Rumah desa yang menawan ini dipenuhi dengan tumbuhan luar biasa yang mendambakan penjagaan khusus, penjagaan yang hanya anda mampu berikan.

Anda akan memainkan peranan sebagai ahli botani bersara, Arabella Greene. Selepas kerjaya yang panjang, beliau berpindah ke kawasan desa England untuk menjalankan penyelidikan tumbuhan dan menulis sebuah buku yang diberi judul “Forgotten Flora.” Dan tumbuhan-tumbuhan yang terbiar serta tidak terjaga inilah yang menjadi teras teka-teki dalam Botany Manor. Dikelilingi pemandangan dan bunyi pastoral kawasan desa abad ke-19, Arabella perlu mempelajari cara menanam pelbagai jenis tumbuhan yang mencabar.

Rasa ingin tahu yang tinggi akan membantu anda merungkai rahsia untuk memastikan tumbuhan di Botany Manor berkembang subur. Anda akan meneroka kawasan sekitar, mengetik objek, dan mengumpulkan maklumat dalam jurnal penyelidikan anda. Semakin banyak yang anda temui, semakin banyak yang anda pelajari, dan semakin banyak yang akan anda buka, apabila petunjuk seperti nota, surat, dan peralatan Victorian dari pelbagai penjuru rumah agam membimbing anda ke penyelesaian. Dan bukan hanya tumbuhan yang menanti untuk ditemui, kerana secara beransur-ansur anda akan mengetahui kisah Arabella serta cabaran-cabaran dalam hidupnya.

Muat turun Botany Manor secara percuma hari ini pada peranti mudah alih dan kunjungi Epic Games Store untuk meneroka katalog yang semakin berkembang. Jika anda berminat dengan lebih banyak ciri, panduan dan berita tentang dunia permainan video, kunjungi juga halaman berita Epic Games Store.