
Berita
Menghubungkan Pemain di Lebih Banyak Tempat: Sembang Teks Tersedia Sekarang di Seluruh Ekosistem Epic
E
Epic Games
Kami melancarkan pengalaman sembang teks baharu yang membolehkan pemain kekal berhubung dengan rakan mereka pada bila-bila masa, pada lebih banyak peranti. Perbualan sekarang disegerakkan merentas Fortnite, Epic Games Store, serta aplikasi mudah alih Epic Games yang baharu di iOS. Sembang teks akan tersedia di Epic Games Launcher dan aplikasi Android pada bulan Januari.
Ini merupakan langkah penting ke arah pengalaman sosial Epic yang disatukan, menghubungkan hampir satu bilion pengguna dalam ekosistem Epic. Pada tahun hadapan, kami akan membawa ciri ini ke Rocket League dan Fall Guys serta kepada pembangun yang menggunakan Social Overlay dalam Perkhidmatan Dalam Talian Epic (EOS) dalam permainan mereka, membuka sembang teks menjangkaui permainan Epic sendiri.

Beginilah Cara Ciri Ini Berfungsi:
Untuk bermula, klik butang sosial untuk bersembang dengan rakan, mengurus permintaan rakan, dan menyesuaikan tetapan komunikasi anda. Anda akan melihat DM dan mesej kumpulan anda dari 30 hari yang lalu di mana sahaja anda log masuk.

Anda boleh memuat turun aplikasi Epic Games untuk iPhone dan iPad di App Store. Aplikasi Epic Games Store untuk iPhone dan iPad boleh dimuat turun dan dipasang secara terus daripada Epic.
Dalam Fortnite, DM dan perbualan kumpulan yang sama boleh didapati dalam tab baharu bar sisi “Sembang”. Ketahui lebih lanjut tentang semua cara anda boleh bersembang teks dalam Fortnite di blog Fortnite.
Laporan Teks & Kawalan Ibu Bapa:
Sama seperti dalam Fortnite, anda boleh melaporkan sembang teks yang anda dapati melanggar Peraturan Komuniti kami kepada Epic menggunakan butang tiga titik di bahagian bawah perbualan kumpulan atau DM apabila pelaporan teks dihidupkan. Pelaporan teks sentiasa dihidupkan untuk perbualan teks yang melibatkan pemain di bawah 18 tahun. Ketahui lebih lanjut dalam Soalan Lazim pelaporan teks.
Ibu bapa dan penjaga boleh terus menggunakan Kawalan Ibu Bapa Epic untuk mengurus kebenaran sembang bagi akaun anak mereka, dan ia akan terpakai di semua tempat anak mereka menggunakan sembang teks Epic.