Berita

The Darkside Detective adalah percuma pada minggu ini di Epic Games Store untuk peranti mudah alih

D
Dave Tach
4 Dis 2025

Mulai 4 – 11 Disember 2025 di aplikasi mudah alih Epic Games Store, anda boleh memuat turun The Darkside Detective secara percuma di Android di seluruh dunia dan iOS di Kesatuan Eropah.

* Nota: Mungkin tidak tersedia di semua wilayah.
MS EGS 3PFreeGames Mobile Spring2025 EditorialBanner 3840x632
The Darkside Detective 3

The Darkside Detective

Spooky Doorway

The Darkside Detective ialah permainan pengembaraan tuding dan klik penuh komedi, sarat dengan pengamal ilmu ghaib dan misteri pelik untuk diselesaikan. 

Berlatarbelakangkan bandar misteri Twin Lakes — Populasi: 75,666, Ketinggian: 13 — anda memainkan watak Detektif Francis McQueen. Beliau ialah penyiasat utama Darkside Division, yang ditugaskan untuk menyelesaikan misteri pelik yang hanya boleh diuraikan olehnya bersama rakan/penolongnya, Pegawai Patrick Dooley. 

Sebagai pasangan berpiksel itu, anda akan meneroka sebuah bandar yang penduduknya terlalu alpa untuk menyedari makhluk serta kejadian aneh dari dunia lain yang semakin menguasai. Dan permainan ini diiringi muzik karya Ben Prunty, yang mungkin anda pernah dengar dalam Celeste, Into the Breach, FTL: Faster Than Light, Subnautica, dan banyak lagi. 

Jadi pakailah kot trenc anda, jelajahi jalanan dan kedai makan di Twin Lakes, guna deria keenam anda, dan ketik sahaja perkara yang anda nampak. Cuma berhati-hati dengan sesungut lapar daging yang bersembunyi di dalam pembetung… dan juga Edgar Allan Poe serta H.P. Lovecraft. 

Muat turun The Darkside Detective secara percuma hari ini pada peranti mudah alih dan kunjungi Epic Games Store untuk meneroka katalog yang semakin berkembang. Jika anda berminat dengan lebih banyak ciri, panduan dan berita tentang dunia permainan video, kunjungi juga halaman berita Epic Games Store.