Berita

Doodle Mafia adalah percuma pada minggu ini di Epic Games Store untuk peranti mudah alih

D
Dave Tach
24 Jul 2025

Sudah tiba hari Khamis, ini bermakna ada permainan percuma lagi untuk anda muat turun pada Epic Games Store untuk peranti mudah alih!

Dari 24 – 31 Julai 2025 dalam apl mudah alih Epic Games Store, anda boleh mendapat Doodle Mafia secara percuma. Tersedia di Android di seluruh dunia dan di iOS untuk Kesatuan Eropah sahaja.

*Nota: Mungkin tidak tersedia di semua wilayah
MS EGS 3PFreeGames Mobile Spring2025 EditorialBanner 3840x632
Doodle Mafia 2


Doodle Mafia

JoyBits

Doodle Mafia membolehkan anda menyelami peranan sebagai penjahat atau polis, permainan ini percuma pada minggu ini di Epic Games Store untuk peranti mudah alih.

Apakah perkara yang diperlukan untuk menghasilkan Kisah Detektif yang mantap? Menurut Doodle Mafia, terdapat empat ciri: Jenayah, Individu, Dompet dan Batang Logam. Jika anda menggabungkan kesemua empat Elemen ini, anda bukan sahaja menghasilkan Kisah Detektif, malahan anda mendapat premis permainan asas dalam Doodle Mafia yang dibangunkan oleh JoyBits.

Sama seperti permainan lain dalam francais Doodle, pemain menggabungkan pelbagai Elemen melalui cara yang berbeza untuk mencipta sesuatu yang baharu. Gabungkan Batang Logam dan Jenayah, contohnya, anda akan menghasilkan Pecah Masuk. Selepas penemuan ini, anda akan memusnahkan kunci dan menendang pintu.

Menyelesaikan teka-teki logik Doodle Mafia akan membawa anda maju dalam kehidupan jenayah, sementara itu pilihan anda berkembang berdasarkan Elemen yang anda cipta. Sebagai contoh, ambil Pecah Masuk yang baru anda cipta tadi dan gabungkan dengan Bangunan, maka anda akan menghasilkan Barang Kemas. Gabungkan Barang Kemas dengan Barang Kemas, anda akan menghasilkan Peti. Gabungkan dua Peti dan anda akan mendapat Peti Besi. Kini anda dalam perjalanan untuk mencuri jumlah wang yang besar, membina geng, melindungi harta haram dan menjadi Bos Besar.

Itu cuma daripada sisi seorang gengster. Apabila anda menjadi polis, tugas anda adalah untuk menghalang penjahat menggunakan teka-teki logik yang sama demi mencipta gelombang anti-jenayah.

Terdapat berbilang mod permainan, jalan cerita dan lebih daripada 500 teka-teki untuk diselesaikan dan item untuk dihasilkan dalam Doodle Mafia—anda boleh melakukan semua ini secara percuma!

Muat turun Doodle Mafia secara percuma hari ini, namun pengembaraan anda tidak seharusnya berhenti di sini. Lihat Epic Games Store pada peranti mudah alih untuk menerokai katalog yang semakin berkembang. Jika anda berminat dengan lebih banyak ciri, panduan dan berita tentang dunia permainan video, kunjungi juga halaman berita Epic Games Store.