
EA SPORTS FC 26 dibina dengan mengutamakan pemain

Jika ada satu perkara yang mahu disampaikan oleh pasukan di EA Vancouver kepada kami ketika lawatan kami untuk pendedahan awal EA SPORTS FC 26, mesejnya ialah permainan tahun ini dibangunkan dengan mendengar maklum balas pemain. Pasukan ini tidak mahu mengejar trend atau terikut dengan perkara popular. Tidak, setiap unsur bermula dengan mendengar permintaan pemain bagi permainan ini. Semua orang kami dapat bercakap, setiap perbualan berakar umbi daripada menonton dan mendengar permintaan pemain.
Selepas dua hari mencuba gaya permainan EA SPORTS FC 26 dan panduan mendalam bagi perubahan gaya permainan teras, rombakan semula sistem kemajuan dan pendekatan baharu yang dinamik untuk mengurus pasukan, kami juga terfikir akan satu perkara, kami mungkin bersetuju dengan cadangan pemain.
Di padang
Perkara pertama yang menonjol semasa kami mula-mula duduk dan bermain EA SPORTS FC 26 ialah aksi di padang bola jauh lebih responsif. Mengubah arah dengan penyerang yang pantas adalah pantas dan lancar, jelaslah bahawa penyerang seperti Messi lebih seronok dikawal. Terutama sekali, pasukan di EA Vancouver bukan hanya meningkatkan pelaras animasi. Sebaliknya, mereka melakukan kerja yang rumit, ada juga yang memerlukan perubahan pengekodan untuk membuat pelarasan. Projek ini memang besar, namun ini harus dilakukan jika pasukan mahu komited untuk mendengar suara pemain, menurut Paul Parsons, Ketua Penerbit Gaya Permainan untuk EA SPORTS FC 26.
“Kami juga ada pemerhati yang lantang mengatakan ‘Kami memerlukan gaya permainan asas untuk menjadi lebih baik,’” kata Parsons. “Kenangan keseronokan yang tersemat, itulah sebab mereka bermain permainan. Mereka meminta supaya gaya permainan diperhalusi lagi sebaik mungkin. Itulah yang dapat kami lakukan dengan pasukan gaya permainan.”
Menurut Parsons, menggelecek melibatkan animasi, input, kedudukan dan segala pembolehubah yang banyak, oleh itu mereka harus menumpukan perhatian untuk ini terlebih dahulu. Penggelecek kini menyentuh boleh lebih kerap, bergerak lebih pantas sambil berlari-lari anak atau memecut dan dapat mengubah arah dengan pantas. Penggelecek elit mendapat manfaat daripada animasi yang lebih pantas dan boleh membuat kejutan di padang jika dimainkan oleh tangan yang mahir.
Namun, bola sepak bukan semata-mata tentang kepantasan dan ketangkasan, mereka yang bergantung pada saiz, kekuatan dan fizikal turut mendapat peningkatan. Merempuh pemain pertahanan semasa menggelecek lebih berkesan untuk pemain yang lebih besar dan berkuasa di padang, membolehkan mereka menggunakan otot dan rangka untuk mengekalkan kawalan. Saiz juga menterjemahkan cara pelanggaran berebut kedudukan berfungsi—perlanggaran bahu daripada pemain pertahanan tengah yang besar dengan pemain sayap bersaiz kecil mungkin membuatkan mereka terkial-kial, mencipta ruang untuk peluang menyerang. Ini juga memberikan gaya permainan baharu iaitu Enforcer, dengan kemahiran memfokuskan rempuhan cabaran dan mempertahankan bola.
“Kekuatan, kuasa dan kemahiran ditunjukkan melalui kawalan ruang. Kami sudah ada ciri bertahan dalam permainan, namun kami mahu menjadikan itu sebagai gaya permainan teras, kebolehan untuk menahan pihak lawan atau ketika anda menggelecek, untuk menggasak dan merempuh pemain supaya terlepas bola.”
Berita baik untuk pemain pertahanan ialah mereka juga tidak dilupakan. Khususnya, penjaga gol mendapat naik taraf yang direka untuk menjadikan mereka lebih berkesan dan lebih seperti pemain sebenar. Untuk penjaga gol dikawal komputer, ini bermakna posisi yang lebih bijak dalam gawang untuk mencipta sudut yang betul bagi mengurus serangan yang datang, animasi baharu dan pemahaman lebih pintar tentang trajektori sepakan ke gawang untuk menghasilkan percubaan menyelamatkan gawang yang realistik. Bagi pemain dikawal manusia, kemas kini bermaksud skema kawalan yang dibaharui, membolehkan anda bersedia untuk terjun dengan tolakan kayu bedik, menentukan masa tandukan atau tangkapan bola, atau merempuh penyerang bagi menghalang atau menyekat bola.
Pemain pertahanan di padang pula akan merasai perubahan dalam terjahan, hadangan dan pemintasan, terutamanya apabila melibatkan cara pemain mereka mengawal laluan bola. Pemain pertengahan yang memintas hantaran bola tidak akan tertolak bola ke arah rawak. Mereka akan cuba memastikan mereka atau ahli pasukan mengekalkan kawalan bola. Terjahan yang tepat pada masanya akan memberikan kawalan bola yang bersih lebih kerap, serta halangan berdekatan gawang gol (termasuk oleh penjaga gol) kini akan menumpukan usaha menjauhkan bola daripada penyerang dan daripada bahaya, sama seperti profesional bertahap tinggi akan lakukan, ini akan menyebabkan kekurangan gol murahan daripada lantunan semula.
Bola sepak untuk semua
Tidak kira sama ada anda penyerang atau pertahanan, satu daripada perubahan utama pada tahun ini adalah pembahagian untuk penyesuaian mod kompetitif dan bukan kompetitif. Ideanya agak ringkas: alih keluar pilihan seperti mod permainan lawan seperti Ultimate Team dan Kelab supaya kemahiran, bukan tuah akan menentukan pemenang, namun aksi kekal asli (dan kadangkala sukar dijangka) bagi mereka yang mahukan aksi yang lebih hampir dengan dunia sebenar dalam mod seperti Kerjaya.
Satu contoh yang Parson berikan kepada saya ialah apabila satu pemain bertemu dengan pemain lain, satu perkara biasa yang sering berlaku dalam permainan bola sepak. “Ia hampir dengan ciri yang baik, dalam Authentic, kami membuatkan pemain mengangkat tangan mereka dan melihat ke arah pengadil, kerana inilah perkara yang ingin kami pamerkan. Manakala dalam Competitive, saya mahukan pemain ini bangun dan mula bermain semula. Itu bukan sesuatu yang boleh ditetapkan pada tetapan gelansar.”

Tumpuan besar yang satu lagi ialah kebolehaksesan. Menurut pasukan EA SPORTS FC 26, matlamatnya adalah untuk mencipta permainan sukan yang paling mudah diakses di planet, perkara yang dikritik oleh komuniti mereka. Dengan usaha kerjasama pakar kebolehaksesan di EA dan dalam komuniti, mereka dapat menemui langkah pertama dalam proses yang berterusan.
Ciri baharu yang terbesar ialah pengenalan mod High Contrast. Ini membolehkan pengubahsuaian warna pasukan rumah dan lawan, ketepuan padang dan warna bola. Terdapat pilihan warna yang berbeza untuk setiap satu, bagi menyertakan julat yang memiliki masalah visual, lebih penting lagi, mod ini tersedia dalam permainan kompetitif.
“Agak jarang bagi permainan kompetitif menyediakan ciri seperti Kontras Tinggi dalam permainan kompetitif,” kata Parsons. “Itu mengarut. Itu bukan kebolehaksesan, itu kemudahan. Kami mahu memastikan permainan kami mudah diakses.”
Lebih banyak untuk diuruskan
Salah satu matlamat utama Manager Careers dalam EA SPORTS FC 26 adalah untuk menyampaikan pengalaman yang lebih menarik, terutama sekali bagi mereka yang pernah bermain mod ini sebelum ini. Ini bermula dengan cabaran Manager Live baharu. Ini merupakan senario yang dipilih susun berdasarkan kelab kegemaran anda, dengan objektif tertentu yang perlu dicapai. Sesetengah cabaran pemula akan memfokuskan perpindahan atau peninjauan dan bagus untuk mempelajari cara menggunakan mekanik ini, manakala matlamat yang lebih maju mungkin berkenaan memenangi kejohanan selepas bermula daripada mata utama atau defisit kewangan.

Cabaran baharu akan dihantar setiap minggu dan objektif yang dilengkapkan bukan sekadar hak untuk berbangga. Kemajuan anda boleh memberi anda ganjaran dalam permainan seperti kit retro untuk pemain anda atau membuka kunci Ikon, termasuk tambahan baharu Zlatan Ibrahimović dan Alex Morgan, yang kemudiannya boleh anda masukkan ke dalam pasukan kegemaran anda.
Menurut Andreas Wilsdorf, Penerbit Barisan untuk EA SPORTS FC 26, idea ini tiba daripada melihat perkara yang diminati oleh pemain Mod Kerjaya.
“Jika anda melihat forum atau halaman Reddit,” Wisdofr memberitahu saya, “anda akan melihat siaran pemain yang telah bermain Manager Career selama 10 tahun, telah melakukan pembinaan semula berulang kali. ‘Sesiapa ada cadangan pasukan yang boleh saya mainkan, atau cabaran yang saya patut lakukan?’ Atau seseorang berkata ini tahun pertama mereka bermain FC, dan mereka berasa agak tertekan dengan pilihan. ‘Bolehkah sesiapa berikan saya tugas pemula yang lebih mudah untuk dilakukan?’ Kami pun terfikir, 'Hei, sebentar, ada sesuatu di sini.'”
Anda tidak perlu menyertai senario Manager Live, namun dengan acara yang tidak dijangka mungkin berlaku dapat memberikan drama yang tersendiri melalui permainan yang lebih konvensional sambil mengurus kelab kegemaran anda. Bola sepak wujud bukan sekadar di padang, apa yang berlaku di luar padang boleh mempengaruhi keputusan. Contohnya, apakah yang anda lakukan jika anda mempunyai perlawanan liga yang penting tidak lama lagi ketika pasukan anda mengalami keracunan makanan? Itu baru berlaku kepada Salernitana dan mungkin menjadi ujian bagi kebolehan kepimpinan anda juga.

Acara ini boleh berkaitan dengan kecederaan (seperti pemain yang anda pinjamkan kembali dalam keadaan tercedera) atau kewangan (seperti lembaga mengambil alih pasukan). Jika pemain merindui kampung halaman, bermain ribuan batu jauh dari keluarga, adakah anda akan memberitahu mereka supaya bertahan atau mungkin membawa pemain lain dari kawasan yang sama untuk memudahkan penyesuaian diri? Atau adakah anda menerima kerugian dan memindahkan mereka untuk apa saja pemain lain yang tersedia? Sesetengah peristiwa boleh diselesaikan dalam satu permainan, ada juga yang boleh bertahan selama beberapa musim untuk diselesaikan. Semua ini bergantung kepada keputusan yang anda buat dan biasanya tiada jawapan yang mudah
"Jika pemain memberikan temu bual keluar dan mengatakan bahawa mereka ingin meninggalkan kelab, bagaimanakah anda akan bertindak balas?" tanya Wilsdorf. "Adakah anda berkeras dan menamatkan kontrak? Apakah kesan daripada tindakan anda terhadap moral seluruh ahli pasukan yang lain? Jika anda meletakkan pemain itu dalam senarai perpindahan dan membiarkan dia keluar, apakah pula reaksi lembaga anda apabila mereka mendengar anda membuat keputusan untuk menjual pemain mereka?”
Hidup sebagai pengurus memiliki banyak taruhan, kerjaya boleh naik dan jatuh mengikut kedudukan pasukan. Tahun ini membawakan tumpuan yang tajam. Ia mungkin cukup untuk memenangi perlawanan dengan kelab tempatan yang lebih kecil, namun usaha yang lebih diperlukan untuk menandingi kelab besar seperti Chelsea. Anda boleh menyemak penilaian keselamatan pekerjaan bagi sukan ini dan jika anda melihat peluang yang menarik, anda boleh mengejarnya sendiri. Namun, sama seperti kelab sebenar, setiap pasukan akan memiliki visi taktikal dan lebih jarang menggunakan pakar Park the Bus yang memfokuskan pertahanan sebagai contoh, jika mereka dibangunkan untuk pergerakan serangan pantas dengan gaya Tiki Taka.
Kesannya ini tidak terpakai kepada hanya anda sahaja. Sama seperti bola sepak di seluruh dunia, pengurus akan diambil kerja, dibuang kerja, dipindahkan dan bersara atau bahkan digantikan oleh pengurus sementara yang mungkin diserap sebagai pengurus kekal. Satu pengurus dibuang kerja boleh memberikan kesan domino, menyebabkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perubahan sementara jawatan diisi semula, menerajui cabaran baharu ketika pasukan dalam liga anda berubah, walaupun jika anda sendiri kekal di dalam kelab anda.
Arketip berinspirasikan Ikon
Bagi mereka yang mengutamakan tumpuan untuk mengawal seorang pemain, pembangun bagi mod Player Kerjaya dan Kelab telah diubah secara besar-besaran. Kini, apabila anda mencipta pemain bola sepak anda, anda akan memilih kumpulan posisi mereka dan menentukan Arketip mereka. Terdapat tiga belas pilihan Arketip yang tersedia, setiap satu diinspirasikan oleh Ikon bola sepak. Target diinspirasikan Zlatan sebagai contoh, bertindak sebagai titik tumpuan serangan, menggunakan fizikal mereka untuk menguasai pusat aksi. Creator yang dimodelkan mengikut Xavi, boleh menghampakan pertahanan dengan pas yang tepat, mencipta peluang gol yang tidak disangka-sangka.

Seperti yang diberitahu oleh Pengarah Reka Bentuk Permainan bagi EA SPORTS FC 26, Pete O’Donnell berkata pemain akan memiliki kebebasan untuk membina sesiapa sahaja yang diinginkan, namun dengan kerangka untuk bermain seperti pemain kegemaran mereka.
“Anda boleh pilih sesiapa yang anda ingin jadi,” kata O’Donnell, “dan menghubungkan idea ikon untuk membantu anda membayangkannya. Dengan memiliki pengkhususan dan personaliti, ini memberikan anda suatu rasa pemilikan.”
Setiap Arketip memiliki tiga pengkhususan unik yang boleh dibuka kunci semakin anda maju, menyesuaikan gaya permainan mereka dengan lebih lanjut. Arketip Magician sebagai contoh, boleh menjadi Hotshot, melakukan sepakan kuat selepas memasuki kotak gawang atau Invader, memberikan galakan kepada ahli pasukan apabila anda menghantar bola kepada mereka dalam situasi serangan yang betul.
Kemajuan kini dipengaruhi oleh prestasi latihan dan perlawanan anda, pohon naik taraf juga digantikan oleh kebolehan untuk mengagihkan mata secara bebas terhadap atribut yang paling penting untuk Arketip anda. Anda boleh menggunakan mata mengikut keinginan anda, namun anda perlu meningkatkan atribut utama anda untuk meningkatkan rating anda dalam Arketip anda.
“Kami mahu pemain fahami dengan jelas laluan yang mereka telah pilih, oleh itu kami akan memfokuskan atribut utama, terdapat 20 hingga 30 lagi yang boleh anda ubah, maka ikutlah laluan anda sendiri,” kata O’Donnell.
Permainan dunia
Fokus EA SPORTS FC 26 tentang gaya permainan asas berbanding ciri baharu yang menonjol merupakan tindakan yang berisiko daripada perspektif pemasaran, namun dengan satu kali sesi bermain boleh membuktikan bahawa inilah keputusan yang tepat. Kelajuan dan tindak balasnya memang bagus. Pengenalan pilihan yang lebih dinamik untuk menggegarkan Kerjaya Pengurus juga akan mengujakan, sama juga idea membina pemain untuk mengikut Icon pada tahap yang ditampilkan dalam permainan. Kadangkala, keputusan yang tepat adalah semudah mendengar maklum balas pemain dan merealisasikan hasrat mereka.
Prabeli EA SPORTS FC 26 atau EA SPORTS FC 26 Ultimate Edition lebih awal sebelum keluaran September 2025 pada Epic Games Store.