Artikel

Great One baharu Once Human, Merfolk dan kapal lanun dalam Disney Dreamlight Valley, serta Metroidvania Soulslike bertema lanun yang percuma

20 Nov 2026

Putaran Visional Wheel baharu Once Human  | Jadilah Merfolk dalam Disney Dreamlight Valley | Dapatkan Mark of the Deep secara percuma

Musim 5 membawakan The Echo, mod permainan baharu ke Once Human

Musim 5 Visional Wheel, “Dissonant Resonance,” membawakan Great One baharu yang bertekad untuk memusnahkan sisa-sisa dunia pascapkiamat dalam permainan survival dunia terbuka Once Human.

Echo memberi kesan kepada Manibus (tidak termasuk Novice Scenario), Evolution’s Call, Prismverse’s Clash, The Way of Winter, Endless Dream, Isles of Abyss dan Deviation: Survive, Capture, Preserve. Meta boleh beralih ke dunia “Vision” melalui Worldstone untuk merasai pengalamannya.

Dalam senario yang terjejas, kehendak makhluk yang terusir berubah menjadi Dissonant Husk yang terapung di langit.

Echo juga membawakan dua mod permainan baharu: Resonant Movements dan The Echo War.

Layari Blog Pembangun rasmi  (Dibuka dalam tab baharu)untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Echo, mod baharunya dan ganjaran, kedai penebusan dan Deviation yang menanti anda.

Merfolk, biom pulau dan kapal lanun anda sendiri bakal tiba di Disney Dreamlight Valley

Mulakan pengembaraan merentasi pantai Dreamlight Valley, belayar dengan kapal lanun dan bertukar menjadi Merfolk untuk menerokai laut dalam sambil anda mencari rakan lama dalam pengembangan kandungan baharu, The Keepsake Sea.

Terokai segala keunikan yang ditawarkan di perairan The Keepsake Sea, termasuklah mencari rakan baharu. Pengembaraan bermula di Dazzle Beach, tempat anda akan menemui mesej rahsia yang ditinggalkan pada patung oleh kenalan lama.

Untuk mencari rakan anda yang terkandas, anda akan dapat berubah menjadi Merfolk, dengan pilihan penyesuaian baharu termasuk telinga, sirip, lengan, badan, corak ekor dan pelbagai warna. Sebagai Merfolk, anda boleh berenang merentasi air di seluruh Valley malah di kawasan pengembangan sebelum ini.

Jika anda lebih gemar menaiki bot, anda juga boleh belayar di lautan dengan Enchanted Pirate Ship anda sendiri, yang boleh anda suaikan dan gunakan untuk menyelematkan barang dari air. Malah anda boleh membawa empat Villager and bersama-sama sebagai kru anda.

Pengembangan kandungan ini juga termasuk tiga biom pulau baharu dengan persekitaran unik, watak Disney dan Pixar baharu serta empat Guardian yang menjaga laut.

Antara watak yang ada termasuklah Milo Thatch daripada Disney’s Atlantis: The Lost Empire, Captain Jack Sparrow daripada Pirates of the Caribbean Disney, Megara daripada Hercules Disney, serta Captain Hook dan Wendy daripada Peter Pan Disney.

Setiap biom juga mempunyai Companion yang tersendiri: Toucan, Meringuin dan Axolotl. Malah ada Companion Adventure pertama bagi permainan ini, Dory daripada Finding Nemo Disney dan Pixar, yang membantu anda mencari arah di dalam air.

Permainan ala Metroidvania Soulslike lanun, Mark of the Deep adalah percuma untuk minggu ini

Mark of the Deep daripada Mad Mimic kini boleh didapati secara percuma di Epic Games Store hhingga 27 November pada 12 TGH MLM GMT+8

Dalam permainan aksi pengembaraan isometrik ini, anda bermain sebagai Marcus “Rookie” Ramsey, seorang lanun yang terkandas akibat kapal karam di sebuah pulau puaka dan sedang mencari anak kapalnya yang hilang. Untuk mendapatkan mereka kembali, anda perlu berhadapan dengan lebih 80 musuh dan 16 bos.

Kehadiran raksasa laut, mayat hidup dan fanatik berjubah di pulau itu pastinya menyukarkan keadaan. Nasib baik, Rookie ialah Mark Keeper, dan Mark yang dibuka kunci memberi dia kuasa baharu dalam pertempuran serta cara baharu untuk meneroka pulau itu. Sepanjang perjalanan, anda juga akan memperoleh kemahiran, senjata dan hiasan supaya anda boleh menyesuaikan binaan anda untuk menghadapi apa-apa sahaja cabaran di pulau itu nanti.