
Berita
Epic Games Store Kini Dalam iPhone di Jepun bersama Fortnite dan Rocket League Sideswipe
E
Epic Games
Inilah masa yang sesuai untuk menyertai Musim Battle Royale baharu, Fortnite Showdown. Sertai sama ada Pasukan Foundation atau Pasukan Ice King, pimpin pasukan anda mencapai kemenangan, serta buka senjata, item dan ganjaran baharu sepanjang musim. Atau main satu daripada lebih 345,000 permainan ciptaan pembangun dalam Unreal Editor untuk Fortnite (UEFN) — daripada pertarungan gelanggang kepada permainan seram dan taikun.
Apabila anda memuat turun Fortnite pada mana-mana peranti mudah alih dan menjemput rakan untuk bermain, anda akan memperoleh Pakaian Yeddy baharu.

Cara Muat Turun Epic Games Store
Anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih Epic Games Store secara terus daripada Epic di sini dan anda boleh mendapatkan video panduan di sini. Semasa proses pemasangan, anda akan dibawa ke tetapan peranti anda yang mana anda perlu memilih “Benarkan Aplikasi daripada Epic Games Inc” untuk meneruskan.
Epic Games Store juga tersedia pada peranti Android dan PC di seluruh dunia. Anda juga boleh menggunakan aplikasi Epic Games Store untuk bersembang dengan rakan di seluruh ekosistem Epic dan menyediakan Penyahihan Dua-Faktor (2FA) untuk akaun Epic anda.