Berita

Football Manager 2024: Panduan kepada wonderkid terbaik dan pindahan percuma

P
Phil Iwaniuk
6 Nov 2023

Sesetengah pemain Football Manager 2024 gembira untuk mula mengawal bagi Man City dan mengetuai skuad yang serba lengkap penuh dengan bintang untuk menuju kegemilangan. Namun, kebanyakan pemain mahu menghimpunkan pasukan permulaan mereka sendiri. Itulah kepentingan wonderkid dan pemindahan percuma.

Di bawah, kami memperincikan cara menjadikan pasukan sebagai kuasa besar dengan memilih pemain terbaik esok hari—dan juga mendapatkan manfaat terpenting dari hari sebelumnya.
 

Wonderkid terbaik dalam Football Manager 2024


Terma “wonderkid” (daripada Jerman wunderkind) merujuk kepada pemain bola muda yang memiliki bakat luar biasa, dan sepanjang kewujudan siri Football Manager , peminat telah menerokai pangkalan data bagi pemain muda dengan kebolehan potensi (PA) yang tinggi, yang mampu berkembang menjadi bintang super pada kemudian hari.

Manfaat mendapatkan wonderkid untuk pasukan anda sangat banyak—hak untuk berbangga, pilihan untuk menjual mereka dalam beberapa tahun dan meraih keuntungan besar, atau peluang untuk menikmati banyak musim permainan pada tahap tinggi daripada mereka.

Masalahnya, dunia bola sepak cukup mengenali manfaat ini dan ini menjadikan pemain muda berbakat sangat mahal dan sukar diperoleh.
Football Manager 2024 KHB05109 SI FM24 Imej 4 R13 FMFC
Jadi perkara yang kami pilih dalam panduan ini merupakan senarai enam wonderkid untuk setiap posisi, tiga dengan kebolehan potensi paling tinggi secara muktamadnya dalam pangkalan data dan tiga lagi memiliki PA yang sangat tinggi tetapi dengan gaji bawah 5K/minggu dan mungkin sudi menyertai anda.

Dalam sesetengah kes, wonderkid terbaik dalam sesuatu posisi juga paling murah. Contohnya, Rome-Jayden Owusu-Oduro memiliki stat PA tertinggi berbanding mana-mana penjaga gol dan dia bergaji £500 seminggu di AZ. Dalam kebanyakan kes, terdapat kompromi dalam mengenal pasti bakat paling hebat dan pemain yang mampu anda beli.

Sila ambil perhatian bahawa gaji yang disenaraikan ialah gaji semasa pemain, bukan gaji yang mereka sudi terima untuk bermain demi anda. Sila ambil perhatian juga selain pangkalan data Football Manager 2024, kami menggunakan maklumat daripada panduan wonderkid hebat FMScout.
Football Manager 2024 GK Bart Verbruggen
Penjaga gol wonderkid terbaik (Nama, Umur, Kelab, Kewarganegaraan, Gaji)

  • Bart Verbruggen - 20, Brighton, Belanda, 20K/week
  • Guillaume Restes - 18, Toulouse, Perancis, 11K/minggu
  • Dennis Seimen - 17, Stuttgart, Jerman, 7K/minggu

Penjaga gol wonderkid murah

  • Rome-Jayden Owusu-Oduro - 19, AZ, Belanda 0.5K/minggu
  • Jack Thompson - 16, Derby, UK, 0.2K/minggu
  • Bartosz Zelasowski - 18, OGC Nice, Poland, 0.1K/minggu

Football Manager 2024 DC Giorgio ScalviniPemain pertahanan tengah wonderkid terbaik

  • Giorgio Scalvini - 19, Atalanta, Itali, 24K/minggu
  • Levi Colwill - 20, Chelsea, UK, 75K/minggu
  • Castello Lukeba - 20, RB Leipzig, Perancis, 66K/minggu

Pemain pertahanan tengah wonderkid murah

  • Chadi Riyad - 20, Real Hispalis, Maghribi, 3K/week
  • Jorrel Hato - 17, Ajax, Belanda, 3K/minggu
  • Martin Vitik - 20, Sparta Prague, Czech, 3K/minggu

Football Manager 2024 DL Valentin BarcoPemain pertahanan (kiri) wonderkid terbaik

  • Valentin Barco - 18, Boca, Argentina, 5K/minggu
  • Alejandro Balde - 19, Barcelona, Sepanyol, 123K/minggu
  • Amar Dedic - 20, RB Salzburg, Bosnia, 7K/minggu

Pemain pertahanan (kiri) wonderkid murah

  • Matteo Ruggeri - 20, Atalanta, Itali, 1K/minggu
  • Harvey Araujo - 18, Fulham, UK, 0.4K/minggu
  • Alex Valle - 19, Levante, Sepanyol, 2K/minggu

Football Manager 2024 DR Ivan FresnedaPemain pertahanan (kanan) wonderkid terbaik

  • Ivan Fresneda - 18, Sporting CP, Sepanyol, 25K/minggu
  • Rico Lewis - 18, Man City, UK, 25K/minggu
  • Tino Livramento - 20, Newcastle, UK, 65K/minggu

Pemain pertahanan (kanan) wonderkid murah

  • Filippo Missori - 19, Sassuolo, Itali, 0.9K/minggu
  • Michael Kayode - 19, Fiorentina, Itali, 0.2K/minggu
  • Arnau Martinez - 20, Girona, Sepanyol, 3K/minggu

Football Manager 2024 DMC Eduardo CamavingaPemain tengah pertahanan wonderkid terbaik

  • Eduardo Camavinga - 20 Real Madrid, Perancis, 127K/minggu
  • Warren Zaire-Emery - 17, PSG, Perancis, 78K/minggu
  • Stefan Bajcetic - 18, Liverpool, Sepanyol, 8K/minggu

Pemain tengah pertahanan wonderkid murah

  • Adam Wharton - 19, Blackburn, UK, 5K/minggu
  • Giacomo Faticanti - 18, Salento, Itali, 2K/minggu
  • Marc Bernal - 16, Barcelona, Sepanyol, 0.7K/minggu

Football Manager 2024 MC Jude BellinghamPemain pertengahan wonderkid terbaik

  • Jude Bellingham - 20, Real Madrid, UK, 329K/minggu
  • Pedri - 20, Barcelona, Sepanyol, 148K/minggu
  • Gavi - 18, Barcelona, Sepanyol, 124K/minggu

Pemain pertengahan wonderkid murah

  • Archie Gray - 17, Leeds, UK, 1K/minggu
  • Assan Ouedraogo - 17, Schalke, Jerman, 4K/minggu
  • Joao Veloso - 18, Benfica, Portugis, 3K/minggu

Football Manager 2024 AML Ansu FatiPemain sayap kiri wonderkid terbaik

  • Ansu Fati - 20, Brighton, Sepanyol, 129K/minggu
  • Andreas Schjelderup - 19, FC Nordsjælland, Norway, 18K/minggu
  • Samuel Iling - 19, Juventus, UK, 31K/minggu

Pemain sayap kiri wonderkid murah

  • Mikey Moore - 15, Tottenham, UK, 0.1K/minggu
  • Joao Rego - 18, Benfica, Portugis, 3K/minggu
  • Kendry Paez - 16, Independiente del Valle, Ecuador, 0.1K/minggu

Football Manager 2024 AMR Nico WilliamsPemain sayap kanan wonderkid terbaik

  • Nico Williams - 20, Athletic Bilbao, Sepanyol, 33K/minggu
  • Yeremy Pino - 20, Villareal, Sepanyol, 24K/minggu
  • Badredine Bouanani - 18, OG Nice, Algeria, 5K/minggu

Pemain sayap kanan wonderkid murah

  • Lamine Yamal - 15, Barcelona, Sepanyol, 0.1K/minggu
  • Shea Lacey - 16, Man Utd, UK, 0.1K/minggu
  • Ben Doak - 17, Liverpool, Scotland, 3K/minggu

Football Manager 2024 AMC Jamal MusialaPemain tengah penyerang tengah wonderkid terbaik

  • Jamal Musiala - 20, FC Bayern, Jerman, 90K/minggu
  • Arda Guler - 18, Real Madrid, Turki, 4K/minggu
  • Noah Darvich - 16, Barcelona, Jerman, 8K/minggu

Pemain tengah penyerang tengah wonderkid murah

  • Estevao - 16, SEP, Brazil, 0.2K/minggu
  • Jano Monserrate - 17, Real Zaragoza B, Sepanyol, 0.3K/minggu
  • Junior Kroupi - 17, FC Lorient, Perancis, 3K/minggu

Football Manager 2024 Penyerang Youssoufa MoukokoPenyerang wonderkid terbaik

  • Youssoufa Moukoko - 18, Dortmund, Jerman, 58K/minggu
  • Victor Roque - 18, ATP, Brazil, 12K/minggu
  • Marcos Leonardo - 20, SAN, Brazil, 10K/minggu

Penyerang wonderkid murah

  • Endrick - 16, SEP, Brazil, 3K/minggu
  • Gabriel Silva - 16, Sporting CP, Portugis, 0.1K/minggu
  • Enzo Sternal - 16, OM, Perancis, 0.6K/minggu

 

Ejen bebas dalam Football Manager 2024


Ejen bebas ialah pemain yang memiliki kontrak yang telah tamat dengan kelab mereka yang terdahulu. Terdapat pelbagai sebab, ejen tamak cuba mencungkil kelab untuk bayaran yang tidak wajar, pemain tamak mencari gaji yang tidak realistik, kecederaan jangka panjang, usia lanjut, dan sebagainya. Apa-apa pun, bukan semua ejen bebas tidak dapat dimanfaatkan.

Hakikatnya, dengan mengambil senarai 20 pemain teratas yang disusun mengikut kebolehan dan reputasi, anda telah mendapat skuad pasukan pertama yang agak baik.
Football Manager 2024 KHB05109 SI FM24 Imej 1 R19 UCL
Jika anda mengurus sisi pasukan teratas, secara realistiknya anda hanya akan mendapat satu atau dua musim yang dapat dimanfaatkan daripada pemain berumur atas 30, oleh itu, anda harus merancang dengan wajar. Namun tarikan untuk memilih pemain seperti Lingard, Pastore, Quagliarella, David De Gea dan Jerome Boateng sememangnya kuat.

Sila ingat bahawa pindahan percuma bukanlah percuma. Anda tidak membayar yuran kepada kelab terdahulu pemain itu tetapi anda menambahkan gaji kepada keseluruhan bil gaji kelab anda. Selain itu, anda juga mungkin diminta untuk membayar pemain itu, ejen dan yuran kemasukan.

Ejen bebas yang berbaloi dipertimbangkan (Nama, Kedudukan, Umur, Warganegara):

  • Jesse Lingard - AMLC, 30, UK
  • Javier Pastore - AMC, 34, Argentina
  • Fabio Quagliarella - Penyerang, 40, Itali
  • Luan Silva - FC, 24, Brazil
  • Diego Perotti - AMR, 34, Argentina
  • Jose Campana - MC/AMC, 30, Sepanyol
  • David de Gea - GK, 32, Sepanyol
  • Brian Fernandez - Penyerang, 28, Argentina
  • Marlos - AMR, 35, Ukraine
  • Shkodan Mustafi - DC, 31, Jerman
  • Salvador Rodriguez - DLC, 20, Mexico
  • Jozo Simunovic - DC, 28, Croatia
  • Xeka - DM, 27, Portugis
  • Clifford Aboagye - ARMC, 27, Ghana
  • Jerome Boateng - DC, 33, Jerman
  • Helder Costa - AMRL, 28, Angola
  • William de Camargo - AMRL, 23, Brazil
  • Imoh Ezekiel - ST, 28, Nigeria
  • Hacen - DM, 24, Mauritania
  • Timo Horn - GK, 29, Jerman

Mampukah anda mengetuai pasukan ke tempat teratas? Pilih Football Manager 24 di Epic Games Store.