
GTA Online: Cara terbaik untuk menjana wang

GTA Online daripada Rockstar Games telah menjadi taman permainan untuk mereka yang ingin memulakan empayar jenayah mereka sendiri, tetapi anda memerlukan wang tunai untuk berjaya di Los Santos. Panduan kami memiliki beberapa petua untuk menjana wang dalam GTA Online. Kami juga menyertakan sedikit maklumat berkenaan dengan mekanik umum bagi mereka yang baru memulakan permainan, serta contoh perniagaan tidak sah yang menjana wang tunai secara pasif.

Pertimbangkan lokasi hartanah dan naik taraf
Kita semua biasa mendengar “masa itu emas”, dan ini juga benar dalam GTA Online. Oleh sebab sifat misi, anda perlu mempertimbangkan lokasi perniagaan anda. Terdapat dua faktor untuk dipertimbangkan:
- Kawasan misi: Secara umumnya, kawasan terbaik untuk memiliki perniagaan ialah tempat berlakunya kebanyakan misi, seperti bandar Lost Santos atau dok.
- Berhampiran dengan perniagaan lain: Dengan memiliki perniagaan yang berdekatan antara satu sama lain juga memendekkan masa perjalanan.
Anda juga boleh membuat naik taraf yang berkos tinggi kepada perniagaan sebagai pulangan untuk mendapatkan pelbagai manfaat. Contohnya, naik taraf fasiliti dan pengeluaran meningkatkan daya pengeluaran bekalan untuk pembuatan. Naik taraf sekuriti pula mengurangkan peluang hab anda diserbu.

Mulakan dengan kerja bergaji rendah, kemudian cuba lakukan Rompakan
Banyak aktiviti yang membantu anda memperoleh lebih banyak wang dalam GTA Online. Ini boleh menjadi mudah seperti misi/pencarian NPC, merompak kedai runcit, memenangi perlumbaan atau melakukan putaran rolet harian di The Diamond Casino & Resort. Kami juga mencadangkan agar melihat panduan pemula GTA Online kami untuk beberapa petua tambahan jika anda baharu kepada dunia kotak pasir ini.
Selepas itu, kami mengesyorkan anda untuk cuba melakukan Rompakan. Aktiviti ini memiliki berbilang peringkat yang memuncak dalam peringkat akhir yang penuh aksi. Antara semua Rompakan dalam permainan, kami mengesyorkan:
- Serbuan Ladang Cluckin’ Bell: Anda boleh memulakan ini dengan bertemu dengan polis bernama Vincent, yang memiliki ikon “V” pada peta anda.
- Rompakan Cayo Perico: Rompakan ini bagi mereka yang telah mengumpulkan wang tunai untuk membeli kapal selam Kosatka (yang berharga $2.2 juta).
Rompakan biasanya agak mencabar, oleh itu buat kumpulan dengan rakan anda dan pemain lain sehingga anda menguasai selok-belok sepenuhnya. Kemudian, anda boleh memilih untuk mencuba aktiviti ini sendiri.

Salvage Yard dan Auto Shop: Mencuri kereta dan kontrak Union Depository
Menjana wang dalam GTA Online cukup mudah jika anda memiliki Salvage Yard atau Auto Shop (atau kedua-duanya, jika anda mampu).
Aktiviti Salvage Yard termasuk:
- Rompakan Salvage Yard: Ini serupa dengan Rompakan, namun sasaran utama anda ialah jenis kenderaan. Setelah dihantar ke Salvage Yard anda, anda boleh menjual kenderaan pada harga yang tinggi.
- Tow Truck Service dan Salvage Yard Safe: Ini memerlukan anda memandu trak tarik dan menghantar kenderaan ke destinasi. Lebih banyak anda selesaikan, lebih tinggi reputasi Salvage Yard anda meningkat, justeru itu lebih banyak wang yang anda peroleh secara pasif daripada peti anda.
Anda boleh menjangkakan yang berikut untuk Auto Shop:
- Pengubahsuaian Kereta: Anda akan menerima pesanan untuk membaiki dan/atau mengubah suai kereta. Kemudian anda boleh memandu kereta itu kepada pemilik untuk mendapatkan wang.
- Eksport Eksotik: Anda perlu mencuri kenderaan mewah tertentu dan menghantar kereta itu ke dok.
- Kontrak: Ini juga serupa dengan Rompakan kerana terdapat beberapa misi persediaan dan misi akhir. Kontrak yang kami syorkan ialah Union Depository kerana ini pantas dan mudah (atau sekurang-kurang lebih mudah) untuk diselesaikan.

Acid Lab: Rantaian Misi Dos Pertama dan menjual bekalan anda
Satu daripada cara terbaik untuk menjana wang dalam GTA Online ialah melalui Acid Lab, yang dibuka kunci setelah melengkapkan rantaian misi Dos Pertama. Berikut ialah ringkasan pantas:
- Misi permulaan diberikan oleh Ron Jakowski, simbol “R” di kawasan Sandy Shores pada peta. Ini akan membawa kepada pertemuan dengan watak bernama Dax.
- Das, yang memiliki ikon “D” pada peta, memberi anda dengan lima lagi misi yang perlu diselesaikan mengikut urutan. Ini termasuk aturan perjalanan asid yang mengejutkan.
- Setelah anda menamatkan semua rantaian misi Dos Pertama, anda boleh membayar $750,000 kepada NPC bernama Mutt untuk membuka kunci fungsi Acid Lab.
Anda juga boleh membeli kenderaan yang diperlukan, Brickade 6x6 daripada laman web Warstock Cache & Carry. Walaubagaimanapun, ia berharga $1,450,000—kami langsung tidak mengesyorkan kaedah ini kerana duit anda boleh digunakan untuk aktiviti lain.
Setelah Acid Lab dibuka kunci, anda perlu mendapatkan sumber bekalan. Kami mengesyorkan agar anda melengkapkan pekerjaan 10 Fooligan daripada Dax pada masa ini, kerana ini membolehkan anda membeli naik taraf kelengkapan Acid Lab. Dengan ini, anda boleh membeli tolok penuh untuk bekalan anda, membolehkan anda menghasilkan dan menghantar produk yang siap dengan usaha yang sangat sedikit.

The Bunker: Jadi penjual senjata
The Bunker juga menawarkan beberapa cara menarik untuk memperoleh wang dalam GTA Online. Setelah anda berjaya membuat persediaan, anda perlu mendapatkan bekalan untuk memaksimumkan tolok. Kemudian, pada terminal, anda diberi tiga pilihan untuk tugasan kakitangan:
- Penyelidikan: Ubah bekalan untuk mengkaji pengubahsuaian atau kosmetik secara rawak.
- Pembuatan: Ubah bekalan menjadi senjata yang boleh dijual.
- Kedua-dua Penyelidikan dan Pembuatan: Kakitangan akan cuba melakukan kedua-dua tugasan tetapi ini juga akan memperlahankan bar kemajuan.
Selepas mengumpulkan stok senjata yang banyak, pilih untuk menjual senjata ke Los Santos untuk keuntungan yang lebih tinggi. Kemudian anda perlu memandu kenderaan ke lokasi yang ditandakan untuk meninggalkan barangan, tetapi hati-hati dengan geng pesaing yang akan menyerang anda sepanjang perjalanan!

CEO: Gudang untuk kargo dan kenderaan
Memiliki Pejabat Eksekutif membolehkan anda memulakan operasi CEO dan membeli tiga jenis gudang:
- Gudang Kargo
- Gudang Kargo Istimewa
- Gudang Kenderaan
Secara umumnya, tugasan ini agak sama: Anda perlu mendapatkan sumber dan mengumpulkan bekalan anda dengan menghantar bekalan ke gudang anda. Setelah anda memiliki bekalan yang cukup, anda boleh memilih untuk menjual kepada pembeli yang betul dengan memandu kenderaan ke lokasi sasaran.

Presiden Kelab Motosikal: Lebih banyak perniagaan haram
Setelah anda memiliki Pusat Kelab, anda boleh memulakan perniagaan haram untuk Kelab Motosikal anda, termasuk menghasilkan dadah, wang tunai palsu dan dokumen palsu.
Proses ini serupa dengan operasi perniagaan lain. Pertama sekali, anda perlu mendapatkan sumber dan memperoleh lebih banyak bekalan, anda juga boleh membeli terus daripada terminal. Kemudian, setelah anda memiliki stok yang mencukupi, pilih untuk menjual dan menghantar barangan anda.
Anda boleh menukar antara peranan CEO untuk Pejabat Eksekutif dan perniagaan Bunker yang disebutkan di atas dan peranan Presiden untuk Kelab Motosikal. Namun, sila ingat bahawa sesetengah pekerjaan Kelab Motosikal tidak boleh dilakukan sendirian. Anda akan perlu menjemput pemain lain menyertai geng anda untuk menyelesaikan objektif.

Kelab malam: Pendapatan pasif, populariti dan akruan barangan
Akhir sekali, salah satu cara terbaik menjana wang dalam GTA Online melibatkan Kelab Malam, kerana pendapatan pasif yang boleh anda peroleh sambil bermain.
Selepas membeli hartanah dan melengkapkan misi persediaan, anda perlu mengekalkan populariti yang cukup tinggi bagi Kelab Malam. Ini boleh dilakukan melalui kaedah yang berikut:
- Kejadian rawak yang memerlukan anda menghalau tetamu teruk atau menghantar VIP ke satu lokasi.
- “Misi “Promotion” yang berlaku di bandar.
- Mengupah semula DJ untuk menghiburkan pengunjung.
Populariti Kelab Malam menentukan nilai yang anda peroleh setiap hari dalam permainan, atau kira-kira 48 minit dalam masa nyata selagi anda dalam talian. Nilai ini boleh mencapai maksimum $50,000 dan tidak memerlukan usaha keras.
Selain itu, anda boleh mengupah lima juruteknik Kelab Malam yang boleh ditugaskan kepada perniagaan selagi perniagaan beroperasi:
- CEO/Pejabat Eksekutif - Gudang Kargo: Kargo dan Penghantaran
- Bunker - Penyeludupan/Penjual Senjata Api: Barangan Sukan
- Pusat Kelab Motosikal - Perniagaan haram: Import Amerika Selatan (dadah), Penyelidikan Farmasi (dadah), Hasil Organik (dadah), Pencetakan & Salinan (dokumen palsu) dan Pembuatan Wang Tunai (wang tunai palsu).
Juruteknik memperoleh lebih banyak barangan dari semasa ke semasa dan tugasan mereka tidak akan menjejaskan stok perniagaan sedia ada. Setelah anda memiliki barangan yang banyak, anda boleh memilih untuk menjual dan menghantar produk ini.
Itulah panduan penjanaan wang GTA Online kami. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda mengembangkan empayar jenayah anda dan mengumpul jutaan dolar.
Mereka yang berminat untuk terlibat dalam dunia gelap Los Santos dan melakukan aktiviti mencabar bersama pemain lain seharusnya mendapatkan Grand Theft Auto V: Premium Edition yang merangkumi permainan asas, GTA Online dan Criminal Enterprise Starter Pack. Sama juga, kami mengesyorkan supaya anda melihat panduan pemula GTA Online kami untuk mendapatkan petua lanjut sambil anda mula menerokai Los Santos.