Berita

Berikut ialah urutan anda patut bermain semua permainan Kingdom Hearts

J
Jess Reyes
1 Ogo 2023

Kingdom Hearts memiliki reputasi sebagai satu daripada kisah yang rumit dalam permainan video. Sora, iaitu wira kita yang memakai Keyblade, bergerak dari satu dunia ke dunia yang lain dengan teman Disney dalam pengembaraan epik untuk menyelamatkan berbilang dunia Kingdom Hearts. Anda akan menghadapi musuh seperti Maleficent dan Big Bad, Master Xehanort. Ada juga pengembaraan yang melibatkan pengembaraan merentasi masa dan versi berbeza bagi individu yang sama. Keunikan ini menambahkan lagi drama tetapi ini juga menyebabkan kekeliruan bagi pemain baharu yang baru saja meninjau permainan ini. 

Kingdom Hearts telah tiba pada PC melalui Epic Games Store pada tahun 2021. Anda boleh menemui lima produk Kingdom Hearts dalam pustaka kami:

 

Nombor dalam tajuk mendorong pemain baharu ke arah yang betul tetapi mereka tidak memberikan penjelasan penuh. Inilah susunan anda patut bermain permainan Kingdom Hearts untuk mudah memahami kisahnya.

Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMIX
Jika anda tidak tahu dari mana untuk bermula, mulakan dengan Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMIX. Permainan Kingdom Hearts 1.5 atau Kingdom Hearts 2.5 memang tidak wujud. Sebaliknya, Kingdom Hearts 1.5 ReMIX ialah koleksi HD yang diperbaharui daripada Kingdom Hearts asal yang berlangsung di antara penghujungnya dengan Kingdom Hearts II, manakala 2.5 ReMIX ialah koleksi serupa bagi Kingdom Hearts II dan dua permainan yang terkait dengan peristiwanya. 

Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMIX cumalah nama yang menarik bagi bundel mega kedua-dua koleksi ini, termasuk Kingdom Hearts asal dan sambungannya, Kingdom Hearts II. Kesemua enam permainan telah diperbaharui dan dipindahkan ke PC untuk tontonan khalayak moden. Sebahagian daripadanya turut menyertakan sinematik yang telah diperbaharui dalam HD.

Inilah susunan anda patut bermain enam permainan dalam bundel Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMIX:

 

  • Kingdom Hearts Final Mix - Kisah bermulanya Kingdom Hearts. Sora, Riku dan Kairi merupakan rakan sejak kecil berimpian untuk meninggalkan rumah mereka di Destiny Islands dan menjelajahi dunia. Namun, semangat kuasa gelap menculik Riku dan Kairi sebelum pengembaraan mereka bermula. Sora tiba-tiba menyeru senjata yang dinamakan Keyblade, pedang berbentuk kunci dan mendapati dirinya di dunia lain di mana dia bekerjasama dengan watak Disney Goofy dan Donald untuk mengalahkan kegelapan. 
  • Kingdom Hearts Re:Chain of Memories - Chain of Memories menyambungkan kisah di mana Kingdom Hearts Final Mix berhenti. Sora, Donald dan Goofy memasuki tempat yang dinamakan Castle Oblivion, yang mula mencelarukan ingatan mereka. Satu-satunya petunjuk yang mereka ada tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam istana ialah seorang gadis misteri bernama Namine dan ahli-ahli berjubah hitam dari kumpulan yang dikenali sebagai Organization XIII.
  • Kingdom Hearts 358/2 Days - Kingdom Hearts 358/2 Days pada asalnya dikeluarkan selepas Kingdom Hearts II tetapi siri ini dianggap kisah yang lebih awal. Main permainan ini untuk mengetahui identiti sebenar Roxas dan hubungannya dengan ahli Organization XIII sebelum Kingdom Hearts II Final Mix
  • Kingdom Hearts II Final Mix - Versi Kingdom Hearts II yang telah diperbaharui. Roxas sedang menikmati percutian musim panas di Twilight Town sehingga dia mengalami mimpi aneh dan dikejar oleh makhluk aneh bernama Nobodies. Dia bertemu dengan perempuan misteri bernama Namine, yang mungkin memiliki jawapan kepada kejadian terkini yang berlaku di Twilight Town dan sebab dia boleh memakai senjata aneh bernama Keyblade.
  • Kingdom Hearts Birth by Sleep Final Mix - Peristiwa Birth by Sleep sebenarnya berlaku sebelum permainan Kingdom Hearts yang pertama. Namun, agak sukar untuk mengesyorkan pemain untuk mengutamakannya sebelum siri lain kerana emosi yang terdapat dalam permainan pertama. Birth by Sleep memperkenalkan pemakai Keyblade, Ventus, Aqua dan Terra yang merupakan perantis bagi watak jahat siri iaitu Master Xehanort.
  • Kingdom Hearts Re:coded - Kingdom Hearts Re:coded ialah versi Kingdom Hearts Coded yang telah dperbaharui dan berlaku selepas Kingdom Hearts II. Jiminy Cricket meminta bantuan daripada King Mickey dan rakannya selepas dia melihat dua baris bermisteri di tempat dalam entri jurnalnya. Selesaikan misteri jurnal untuk mengetahui rahsia di sebalik plot Kingdom Hearts’.


Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue
Kingdom Hearts 2.8
dikeluarkan selepas Kingdom Hearts II dan tidak lama sebelum Kingdom Hearts III. Siri ini bertujuan untuk menghubungkan dua siri ini, menyediakan peminat untuk Kingdom Hearts III sepanjang siri ini terhenti lama. Lebih-lebih lagi, Kingdom Hearts II dikeluarkan pada tahun 2005. Kingdom Hearts III dikeluarkan pada tahun 2019.

The Kingdom Hearts II.8 Final Chapter Prologue mengandungi tiga bahagian yang ideal untuk anda mainkan mengikut turutan ini:

  • Kingdom Hearts Dream Drop Distance HD: Versi yang telah diperbaharui dalam HD penuh bagi Dream Drop Distance, suatu kisah yang berlaku selepas Kingdom Hearts II. Sora dan Riku mencuba peperiksaan Mark of Mastery, yang seharusnya memberikan mereka kuasa untuk mengalahkan musuh mereka iaitu Master Xehanort.
  • Kingdom Hearts χ Back Cover: Filem HD yang menceritakan kisah permainan mudah alih Kingdom Hearts χ daripada pandangan Foretellers, sebuah kumpulan pemakai Keyblade elit yang bertanggungjawab melindungi dunia daripada kegelapan. Kisah mereka lebih awal dari kisah utama, malah lebih awal dari Birth by Sleep.
  • Kingdom Hearts 0.2 Birth by Sleep – A Fragmentary Passage: Kisah sampingan Kingdom Hearts tentang Aqua, salah satu watak utama dalam Birth by Sleep dan Kingdom Hearts III. Ini menceritakan kisahnya yang tidak dapat disertakan dalam Kingdom Hearts III


Kingdom Hearts III & Re Mind DLC
Kingdom Hearts III ialah bab terbaharu Dark Seeker Saga, kisah utama Kingdom Hearts’. Peminat telah menunggu sekian lama untuk sambungan ini, yang meneruskan kisah Kingdom Hearts II serta memberikan penjelasan yang belum terungkai dari Birth by Sleep dan judul lain. 

Re Mind DLC, yang ditawarkan sebagai pilihan bagi kandungan berbayar selepas keluaran awal Kingdom Hearts III menceritakan kisah semasa dan selepas klimaks Kingdom Hearts III. Ia terbahagi kepada tiga bahagian: Re Mind, the Limitcut Episode dan Secret Episode

Re Mind mengisahkan Sora yang menyelamatkan Kairi dalam babak akhir Kingdom Hearts III. Limitcut Episode menjelaskan kesan selepas penamat Kingdom Hearts III, setahun selepas kejadian itu berlaku. The Secret Episode memfokuskan kepada bagaimana pengakhiran Kingdom Hearts III memberi kesan kepada Sora sendiri.. Namun, agak sukar untuk menceritakan lebih lanjut tanpa membongkarkan penamatnya.

Kingdom Hearts Melody of Memory
Kingdom Hearts Melody of Memory lebih kepada kisah sampingan bagi siri teras itu. Ia menceritakan Dark Seeker Saga, yang merupakan kisah utama Kingdom Hearts dari permainan pertama sehinggalah Kingdom Hearts III. Kairi menceritakan kisah dari sudut pandangannya menerusi Melody of Memory dan ini memberitahu peminat tentang perkara yang berlaku kepadanya selepas Kingdom Hearts III Re Mind DLC. Menurut salah seorang pencipta siri, Tetsuya Nomura, ia juga bertujuan untuk meneroka secara ringan zaman kanak-kanak Kairi, sesuatu yang kurang diberi perhatian dalam permainan terdahulu kerana lebih menekankan plot utama mengenai para wira dan Heartless.

Berbeza dengan judul Kingdom Hearts yang lain, Melody of Memory ialah permainan rentak yang menampikan muzik daripada Kingdom Hearts dan Disney. Daripada menekan butang secara rawak untuk menewaskan bos dengan aksi hack-and-slash, anda menekan butang mengikut rentak semasa pertarungan bos. Anda mungkin tidak tahu setiap muzik yang ada tetapi ini suatu pembaharuan yang menyegarkan untuk memberikan rehat kepada anda daripada kesibukan pertarungan RPG daripada permainan Kingdom Hearts yang lain. 

Apakah urutan semua permainan Kingdom Hearts yang patut saya mainkan?
Perlukan senarai ini dengan jelas? Tiada masalah. Berikut ialah semua permainan Kingdom Hearts , disenaraikan mengikut urutan yang patut anda ikut dengan bundel diserlahkan di atasnya:

Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMIX

  • Kingdom Hearts Final Mix
  • Kingdom Hearts Re:Chain of Memories
  • Kingdom Hearts 358/2 Days
  • Kingdom Hearts II Final Mix
  • Kingdom Hearts Birth by Sleep Final Mix
  • Kingdom Hearts Re:coded

Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue

  • Kingdom Hearts Dream Drop Distance HD
  • Kingdom Hearts χ Back Cover 
  • Kingdom Hearts 0.2 Birth by Sleep – A Fragmentary Passage
Kingdom Hearts III & Re Mind DLC
  • Kingdom Hearts III
  • Kingdom Hearts III Re Mind DLC
Kingdom Hearts Melody of Memory

Jangan bermain semua Kingdom Hearts secara serentak. Menurut How Long to Beat. Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 ReMIX sahaja boleh mengambil masa lebih 100 jam untuk dihabiskan. Pilih setiap bundel satu demi satu dan ambil masa anda untuk mempelajari tentang setiap watak dan memahami tentang peribudaya yang aneh ini. 

Anda boleh memuat turun semua permainan Kingdom Hearts daripada Epic Games Store.