Berita

Cara Marvel Rivals ingin menyampaikan pengalaman penembak hero terbaik dalam berbilang alam

C
Chris Baker
2 Dis 2024
NetEase memperkenalkan Marvel Rivals pada musim bunga yang lalu dengan treler pengumuman yang paling unik: yang mempamerkan cara main yang menarik. Banyak perkara yang boleh dikatakan.

Pertunjukan itu bukan biasa-biasa. Semua orang yang melihat tahu bahawa ini ialah permainan penembak rentak pantas, lihatlah penembak herosuper—menyertakan gabungan eklektik hero dan penjahat Marvel, daripada yang luar biasa dan menakjubkan kepada yang ajaib dan tidak terkalah. Kita melihat watak yang bekerjasama dan bangunan yang runtuh, dengan gaya seni yang menarik perhatian, yang bukan sahaja memiliki pengaruh Timur, malah permainan ini juga berjaya menambahkan kelebihan baru kepada watak yang kita gemari selama berdekad. Kelebihan baharu ini juga termasuk genre hero penembak sendiri apabila Rivals dilancarkan pada hari Jumaat, 6 Dis ini.  

Pasukan berterus terang tentang kepentingan untuk memaksimumkan Marvel sebagai kunci untuk berjaya dalam ruang hero penembak yang sentiasa berdaya saing. “Kami terdorong untuk menjawab soalan, ‘apakah kisah yang disampaikan dalam permainan ini?’,” kata Jinghua, Ketua Pereka Naratif permainan. “Oleh sebab permainan ini membawa nama Marvel, kami bertanggungjawab untuk memenuhi jangkaan ini.”
SEPANDUK Boleh Klik Marvel Rivals EN
Selain menjadikan watak lebih hebat dan membuat mereka menggunakan kuasa mereka dengan cara yang mengagumkan, yang menjadi wajib, jangan salah faham, Rivals secara jelas bergantung pada naratif yang mungkin mengejutkan orang yang memulakan permainan ini untuk menghentam semua dan mengelakkan serangan untuk beberapa minit pada satu masa. Daripada rekaan permainan umum sehinggalah penceritaan, NetEase telah mewujudkan sudutnya sendiri bagi Marvel Multiverse: iaitu tempat yang mementing kisah, semuanya untuk mencipta permainan seterusnya yang akan menarik anda untuk bermain dengan kerap sehingga bertahun-tahun yang akan datang.

“Berikutan alam semesta yang diwujudkan, kami telah terlibat dalam perbincangan terperinci dengan pasukan Marvel berkenaan dengan rekaan naratif,” kata Jinghua lagi. “Kami mewakili visi latar belakang dunia yang mengasyikkan, visual yang menakjubkan dan penyampaian naratif dengan impak yang tidak terbatas. Kami bermatlamat untuk menjangkaui kaedah penceritaan tradisional dengan menyepadukan unsur naratif dalam cara main PvP, membolehkan pemain memahami sebab di sebalik konflik dan mewujudkan rasa minat dalam setiap aspek permainan kami.”
 

Pilihan yang memiliki kelas tersendiri


Rujukan Jinghua tentang cara main PvP pasti agak biasa didengari oleh veteran pemain hero penembak. Rivals menggabungkan pertempuran enam lawan enam dengan pandangan ketiga. Pasukan yang paling berjaya mengatasi huru-hara yang berlaku dengan gabungan kelas yang berkesan yang dikenali sebagai Vanguards, Duelist dan Strategists. “Agak mencabar untuk pasukan yang benar-benar ‘terbaik’,” kata Zhiyong, Ketua Pereka Pertempuran. “Dalam permainan bertahap tinggi, pilihan bergantung pada barisan musuh dan peranan yang dipilih oleh ahli pasukan kita. Pemilihan keputusan yang dinamik ini menjadikan permainan ini sangat mengasyikkan dan pelbagai.”
03 Kelas MarvelRivals
Penentuan kelas kepada watak-watak menjadi satu daripada kejadian unik, apabila NetEase mengadaptasi hero Marvel untuk sesuai dengan keperluan cara main berbanding dengan membentuk permainan mengikut batasan naratif Rivals. Sesetengah watak berperanan seperti yang anda jangkakan: Thor yang gagah dapat bertahan menerusi medan pertempuran dengan ketepatan tahap dewa sebagai Vanguard; Scarlet Witch ialah DPService sebagai Duelist memakai magis; Loki menyokong ahli pasukannya (dan mungkin agendanya sendiri) dengan tipu helah yang elegan sebagai Strategist.

Namun, peruntukan kelas yang di luar jangkaan seperti Hulk mungkin tidak dilaksanakan seperti yang anda jangkakan. “Sebagai Vanguard, kebolehan Hulk disesuaikan untuk mengutamakan ketahanannya yang hebat dan keupayaan perlindungan,” kata Zhiyong. Watak ini bukan sahaja muncul sebagai Hero Hulk tetapi juga dalam bentuk Raksasa sangat berkuasa dan bahkan Banner, manusia yang lemah juga menembak dengan pistol gama. “Lompatannya yang berkuasa membolehkan dia mengejar dengan pantas atau keluar daripada pertempuran, manakala bentuk keupayaan ultimate miliknya mengenakan kerosakan yang tinggi. Adaptasi Vanguard ini membolehkan kami menyerlahkan berbilang aspek keupayaan Hulk.”
04 MarvelRivals Hulk1
Peruntukan kelas lain mungkin mengejutkan anda. Contohnya, si kecil yang lebih dikenali sebagai penembak ialah Duelist, betul tak? “Pada masa ini, Rocket Raccoon diletakkan paling jauh daripada interpretasi yang lazim,” kata Zhiyong, sambil menjelaskan bahawa Half-Worlder itu sebagai Strategist: “Proses rekaan kami membawa kami untuk mengiktiraf peranannya sebagai jurutera super bagi Guardians of the Galaxy. Sambil mengekalkan beg galas jet yang ikonik dan senjata apinya yang mengancam, kami juga melengkapi dia dengan pelbagai peranti ajaib untuk membantu ahli pasukannya, menunjukkan sifatnya sebagai sokongan dalam dinamik pasukan.”
 

Ayuh berpasukan dengan saya, Spidey


Anda tahu perkara yang sangat menarik tentang Rocket? Dengan salah satu ciri cara main menyerlah Rivals, kini dia boleh berada di kedudukan ikoniknya iaitu di atas bahu Groot untuk peningkatan kuasa. Ini cuma salah satu contoh mekanik Berpasukan, gandingan rakan Planet X dalam kes ini yang membolehkan watak tertentu bergabung kuasa untuk manfaat yang ditingkatkan.
05 Berpasukan Groot Rocket Raccoon
“Keupayaan Berpasukan sangat berdasarkan ikatan sejadi dan bukti kerja berpasukan menerusi Marvel Universe,” kata Zhiyong. “Ini merupakan prinsip rekaan yang diketengahkan oleh pasukan kami dan Marvel, yang telah menjadi titik awal hebat bagi pengalaman Marvel yang asli sambil mengembangkan kemungkinan cara main. Rekaan Berpasukan kami mula dengan menerokai interaksi berpotensi antara watak. Ini termasuk gandingan seperti Rocket Racoon memanjat belakang badan Groot, serta sinergi berdasarkan keupayaan watak, seperti tenaga gama Hulk menguatkan Iron Man dan Doctor Strange atau symbiote Venom menguatkan Peni Parker dan Spider-Man.”

Namun, bagaimana pula jika anda Venom dan tiada siapa yang pilih untuk bermain sebagai Peni atau Spidey? Bagaimana pula jika anda Tony tanpa Stephen, atau Rocket tanpa Groot? Apakah kepentingannya Berpasukan jika identiti hero lain dalam pasukan anda berada di luar kawalan anda? “Dalam fasa rekaan awal kami, kami mengambil kira kebimbangan ini,” kata Zhiyong. “Untuk menangani perkara ini, kami mencipta kombinasi dua atau tiga watak, memudahkan lagi untuk mencetuskan Berpasukan dalam kumpulan yang lebih kecil.”
 

HULK MEMUSNAHKAN!! (Ya, SEMUA ORANG PUN BOLEH MEMUSNAHKAN)


Walaupun sesetengah Berpasukan mengutamakan fungsi dan bukannya kehebatan (cth., Hela boleh menghidupkan semula Thor dan Loki sebagai sebahagian daripada Ragnarok Rebirth), manakala untuk yang lebih menonjol mendapat manfaat besar daripada keputusan NetEase untuk mengutamakan kemusnahan sebagai mekanik permainan untuk Rivals. “Sebagai permainan PvP berasaskan pasukan hero super, kemusnahan adalah penting.” kata Zhiyong. “Kemusnahan dan interaksi alam sekitar ialah komponen penting bagi rekaan tahap kami.”
06 MarvelRivals Blackpanther Memusnahkan
Pasukan telah mengambil kata-kata yang Zhiyong rujuk sebagai “pendekatan berlapis” berkenaan dengan menyepadukan unsur ini dalam cara main, dengan kesemua tiga lapisan digabungkan untuk “persekitaran cara main yang kaya dan sentiasa berubah.” “Lapisan pertama memfokuskan pengalaman pertempuran hero super dengan memperkenalkan kemusnahan dinamik, menambahkan maklum balas tambahan pada pertempuran. Ketika pertarungan berlangsung, kawasan tertentu musnah dan bangunan runtuh, menjadikan aksi lebih gempak.”

Lapisan kedua membuktikan kemusnahan bukan sahaja nampak hebat, ini juga boleh menjadi suatu yang strategik. “Lapisan kedua memperkenalkan pengalaman dinamik melalui kemusnahan babak dengan struktur tahap. Contohnya, runtuhan platform tinggi boleh mengubah kedudukan strategik, sambil memusnahkan dinding dan mewujudkan laluan baharu. Tambahan pula, kemusnahan pelindung boleh mendedahkan lokasi selamat sebelum ini kepada serangan musuh, secara asasnya mengubah pengalaman cara main.”
07 MarvelRivals Kemusnahan Magneto
Akhir sekali, lapisan tiga menyertakan tulang belakang Rivals, iaitu unsur naratif. “Lapisan ketiga dibina menurut asas ini dengan menggabungkan mekanisme kemusnahan istimewa yang disesuaikan dengan setiap tema tahap daerah. Contohnya, di Tokyo 2099, struktur yang runtuh tergantung di udara dengan sarang labah-labah, menjadikan pelindung udara yang unik, memberikan pengalaman cara main yang unik untuk hero terbang atau watak yang memiliki keupayaan untuk memanjat platform tinggi.”
 

Telur Easter dengan maksud


Setiap persekitaran (setiap Chronoverse, untuk menggunakan vernakular dalam permainan Rivals) direka dengan teliti sambil memikirkan kemusnahan, namun anda juga perlu mengagumi tahap ketelitian NetEase, pengurusan yang jelas dibuat untuk memastikan ini sepadan dengan kisah yang diceritakan. "Dalam reka bentuk peta, kami menumpukan pada dua pendekatan teras: 'twist' dan 'link,'' kata Jinghua. "Daripada mereplikasi tetapan isu komik tertentu, kami membayangkan semula latar belakang setiap peta berdasarkan dunia konsep dan naratif musim."

Dalam erti kata lain, anda bukan sahaja mendapat Asgard, anda juga mendapat Yggsgard, versi rumah Thor yang telah bergabung sepenuhnya dengan Pohon Dunia Yggdrasil. Wakanda pula? Wakanda “wujud sebagai empayar antara bintang canggih pada garis masa 2099, berpecah dari asal-usul bumi,” kata Jinghua. Kedua-dua Yggsgard dan Wakanda 2099 menjadi perkara penting bagi naratif semasa pelancaran seperti yang dijanjikan oleh persekitaran baharu semasa kisah berjalan musim demi musim.
08 MarvelRivals Moonknight1
“Ketika mencipta peta, pendekatan kami sangat berkait rapat dengan kolaborasi antara naratif, rekaan tahap dan pasukan seni,” jelas Jinghua. “Pasukan naratif memulakan proses rekaan peta dengan mencipta kisah peta dan peristiwa dunia, sambil menekankan konflik antara puak dan kewujudan Chronovium [dijelaskan di bawah]. Kami mewujudkan titik maklumat teras dan bekerja rapat dengan pasukan tahap dan seni untuk mencipta rangkaian kerja peta awal.”

Kemudian ini bahagian yang seronok, bahagian yang menjadikan permainan ini menampilkan gaya Marvel melebihi ciptaan Stan Lee dan rakan yang sangat mencabar antara satu sama lain yang sememangnya berlaku sendiri. “Menurut kisah peta, kami memfokuskan penciptaan telur Easter untuk menghidupkan kisah ini.”

Anda akan melihat sendiri perkara yang dikatakan oleh Jinghua dalam semua peta. Namun, mari kami ambil masa seketika untuk menghuraikan satu peristiwa khusus: Walaupun alam semesta 2099 bukanlah asing bagi peminat Marvel utama selepas Spider-Man: Across the Spider-Verse dan permainan Spidey Activision Shattered Dimensions dan Edge of Time, anda masih boleh berhujah bahawa Tokyo 2099 terbit daripada kedalaman yang “berkait dan berhubung kait” oleh pengembangan kreatif NetEase sendiri. Masa hadapan Tokyo yang maju sejak lesen komik Godzilla Marvel yang tamat tempoh pada tahun 1979. Telur easter itu sendiri pelbagai rujukan yang lebih kecil.

Sebanyak manakah yang mampu anda kenal pasti, Peminat Sejati?
09 MarvelRivals Eastereggs
  1. Pixel Corp: Pernah muncul dalam sembilan jilid komik (lapan jilid daripada Doom 2099), mereka membuat robot atau sewaktu dengannya.
  2. Green Globe: Kami boleh memberitahu anda perkara yang dilakukan oleh Green Globe…namun itu akan memerlukan bacaan komik yang berkaitan, Ravage 2099. (Maaf, Stan!)
  3. 3A) Horizon Labs dan 3B) Alchemax: Bersiap sedia semua! Dalam alam semesta Rivals, majikan Peter Parker sewaktu era “Big Time” dalam jilid Amazing Spider-Man pada awal ke-10 tidak pernah bergabung dengan Allan Chemical untuk membentuk Alchemax—iaitu penjahat terbesar pada tahun 2099.
  4. Stark-Fujikawa (bercahaya malap): Hasil gabungan Stark Enterprises dan Fujikawa Corporation. Mungkin anda pernah mendengar nama lelaki yang sudah mati bernama Tony? Mereka agak jahat setelah dia tiada.
  5. D/Monix: Percayakah anda bahawa syarikat sibernetik/augmentasi manusia yang bernama D/Monix (nama itu diperoleh daripada “Manipulasi Data dan Rangkaian Organisasi” yang kurang mencurigakan) adalah berasal daripada halaman Ghost Rider 2099? Sudah tentulah!
  6. Beyond Corporation: Anda tahu bahawa bab kisah The Amazing Spider-Man: Beyond yang anda dengari agak bagus pada ke-22 tetapi tidak dapat membacanya? Perbadanan berbilang alam yang korup inilah sebab namanya begitu.
  7. Public Eye: Pasukan polis canggih yang dijalankan oleh Alchemax. Lebih khusus lagi, ini pasukan polis canggih yang dijalankan oleh seorang lelaki di Alchemax yang menggelar dirinya sebagai Fearmaster. Itulah yang perlu anda ketahui.
  8. Yashida: Klan Yashida (termasuk Silver Samurai, dilihat di bahagian bawah sebelah kanan) dikatakan musuh peribadi terbesar Wolverine selain Sabretooth dalam komik. Anda mungkin masih ingat dalam The Wolverine (2013) lakonan Hugh Jackman yang merupakan asal logo itu. Lebih dari sedekad yang lalu, politik korporat di dunia sebenar mungkin akan secara terang-terangan melarang rujukan Yashida, apatah lagi ikonografi yang dicipta oleh Fox sebelum dibeli oleh Disney.  
  9. Parker Industries: Kegagalan Peter sendiri untuk menjadi seperti Tony Stark (seperti ang dihasut oleh Doctor Octopus…panjang kisahnya). Di sini, perbadanannya berkaitan dengan SP//DR, alter ego Peni Parker, iaitu watak Rivals boleh dimainkan yang lebih dikenali sebagai Spider berinspirasikan anime Into the Spider-Verse. Terjemahan bagi teks Jepun di bawah tertulis, “Parker Industries’ Ultimate Weapon,” menunjukkan versi Rivals Peni yang didapati daripada versi masa hadapan syarikat Peter yang terselamat. Dalam komik Spider-Verse, dia mendapat sut mekanikal daripada Oscorp.
  10. Douglas Jazz Night: Arthur Douglas ialah pakar saksofon, iaitu nama manusia Drax the Destroyer dalam versi buku komik.
Ya, NetEase sememangnya ada beberapa salinan The Official Handbook of the Marvel Universe. Keasliannya mungkin melebihi apa yang kebanyakan pemain jangkakan atau tahu untuk dicari dan terdapat banyak pemikiran di sebalik keterangkuman tersebut. “Kami memantau seluruh proses dengan teliti untuk menjamin telur Easter mencerminkan konsep rekaan awal kami secara konsisten dan disepadukan secara lancar dalam dunia permainan,” kata Jinghua. “Matlamat kami adalah untuk mempersembahkan kepada pemain peta yang menceritakan kisah yang menarik.”
10 MarvelRivals Syarikat Spidey
Jinghua menjelaskan lagi: “Penyertaan nama perniagaan dalam peta bertujuan untuk mewujudkan gambaran asli Tokyo dalam garis masa 2099. Persekitaran kami menunjukkan dunia yang terkesan dengan kemajuan teknologi dan pergolakan masyarakat, apabila kemerosotan iklim dan konflik manusia super telah memadamkan sisa-sisa Era Hero. Dalam naratif ini, perbadanan teknologi telah membentuk semula dunia menggunakan teknologi canggih dari punca yang tidak diketahui. Entiti seperti Alchemax, Stark-Fujikawa, Roxxon Energy Corporation dan Puak Yashida kini mengawal kawasan yang pernah didiami oleh pelbagai negara.”

Ada perkara yang lebih mendalam yang ditunjukkan di sini melebihi petunjuk yang ada di langit. “Tindakan vigilante bagi pelbagai Web-Warriors di bawa ke sini menerusi Web of Life dan Destiny juga telah mengganggu operasi bawah tanah korporat gergasi ini,” jelas Jinghua. “Akibatnya, pasukan polis swasta Public Eye bertindak, yang membabitkan beberapa hero lain untuk beraksi lalu membentuk kumpulan serba baru yang khusus untuk 2099 yang akan didedahkan nanti. Butiran terperinci ini berkait dengan naratif latar belakang hero dan garis siaran peta, mewujudkan keasyikan yang lancar dalam papan tanda syarikat dalam babak itu.”

Sejujurnya, kebanyakan daripada anda yang membaca ini tidak akan pernah berhenti untuk meneliti semua butiran terperinci yang diletakkan oleh Jinghua dan pasukannya; anda hanya akan memusnahkan semua itu. Namun, lebih lama anda berada di situ, anda akan semakin asyik dan lebih merasai keadaan itu.
 

Hari Kiamat Masa Depan Kini


Apa yang sebenarnya berlaku? Apakah punca mereka berlawan? “Cabaran ini telah menjadi tumpuan pusat bagi pasukan naratif kami,” kata Jinghua. “Kami dengan sengaja dan terperinci memikirkan cara melancarkan penyepaduan dinamik PvP dalam naratif kami yang menyeluruh, mengubahnya menjadi pertempuran antara alam semesta yang selari dan konflik dalaman antara hero.”
11 MarvelRivals Doom V Doom
Jinghua mengenal pasti Doctor Doom sebagai “titik permulaan yang halus bagi naratif permainan kami.” Sudah tentu pasukannya tertarik untuk menerokai watak yang ramai gelarkan sebagai penjahat super terhebat Marvel. “Walaupun bukan hero klasik, adakah Doom memang jahat secara sejatinya?” kata Jinghua. “Peminatnya pasti tidak setuju. Kerumitan sifat manusia secara semula jadi membawa hero kepada pilihan yang berbeza. Peranan kami adalah untuk mencipta situasi itu, memberikan platform dan menyaksikan mereka memilih pendirian yang bertentangan secara semula jadi.”

Sejatinya yang jahat atau tidak, ini mungkin bukan idea yang terbaik untuk mempersembahkan Doctor Doom zaman sekarang dengan Doom 2099 untuk berada pada aliran masa pada masa yang sama...namun itu berkesan. Kemudian anda tahu, “gelora temporal” yang dikenali sebagai Kekusutan Aliran Masa sedang mengganas di kesemua empat pembukaan Chronoverse Rivals.

“Kekusutan ini menyebabkan pertemuan tanpa had bagi masa lalu dan masa hadapan yang berpotensi, menyebabkan keruntuhan dan penggabungan garis masa, lalu menyebabkan letusan temporal dan meninggalkan jejak fizikal merentas pelbagai alam semesta,” jelas Jinghua. “Jejak fizikal ini dijisimkan sebagai Chronovium, yang menjadikan kristal temporal dalam bentuk kristal, yang mewakili bentuk lain di lokasi berbeza.”

Itulah keadaan sekeliling didorong naratif yang dijelaskan sebelum ini. “Alam semesta yang huru-hara telah menyebabkan krisis dan bencana di merata tempat,” kata Jinghua. “Hero berarak untuk berjuang semula, dengna harapan untuk menghapuskan rekahan ruang masa dan memulihkan Kekusutan Aliran Masa.”

Bagi pemain sejati komik, latar ini mungkin menggamit memori Secret Wars pada tahun 2015, apabila realiti yang diperjuangkan untuk kelangsungan mereka ketika Pencerobohan yang mungkin menamatkan alam semesta mengancam kewujudan mereka. Bagi yang lain…ini latar belakang yang hebat untuk mempamerkan ikon budaya pop.
 

Setiap bintang pertempuran, Galacta


Malangnya, bukan setiap watak utama yang dikaitkan dengan naratif keseluruhan Rivals memasuki adegan dengan status “ikon budaya pop”. Anda perlu melihat, mendengar jurucakap sahaja bagi setiap perlawanan untuk menghargai betapa telitinya usaha NetEase untuk menemukan watak ideal bagi setiap peranan.
12 MarvelRivals Galacta1
“Objektif utama kami adalah untuk memberi sistem jurucakap dengan persona yang bertenaga, bertujuan untuk menyampaikan ulasan pertempuran yang dirasakan menarik dan dinamik, bukannya membosankan dan seperti robot,” kata Jinghua. “Untuk mencapai matlamat ini, kami mencari watak daripada komik yang boleh memecahkan dinding keempat, memiliki keturunan kosmik, dan memancarkan kemeriahan dan daya tarikan. Galacta muncul sebagai pilihan yang ideal.”

Tidak, itu bukannya salah taip, selain itu, “kemeriahan dan daya tarikan” tidaklah benar-benar menggambarkan watak penjahat super kegemaran peminat, Galactus yang menelan dunia. Namun, jika anda menyelami satu realiti Marvel yang khusus (dicipta sebagai jenaka pada tahun 2009 untuk Marvel Assistant-Sized Spectacular #2), anda akan mendapati kisah yang menceritakan masa parasit muncul dari Pemakan Dunia, dalam bentuk versi wanita bersaiz manusia bagi Galan (ya, Galactus ada nama sebenar). Dia memilih untuk menggelarkan dirinya Galacta dan dia berkongsi sifat bapanya yang memakan bumi, mereka melakukan sesuatu yang benar-benar membuatkan dia berasa geli.

Kisah sembilan halaman berusia 15 tahun ditambah segelintir komik digital berusia 14 tahun biasanya tidak meletakkan watak dalam kedudukan utama untuk berfungsi sebagai tumpuan bagi keluaran permainan utama AAA. Tambahan lagi, dia mungkin lebih banyak bercakap dalam akaun Twitter/X dunia sebenar miliknya yang pendek berbanding dengan kata-katanya dalam komik. Namun seperti yang Zhiyong jelaskan: “Kami [boleh] memilih daripada seluruh barisan Marvel IP, yang terdiri daripada 85 tahun yang penuh sejarah,” maka mereka mengambil kesempatan sepenuhnya, yang menyebabkan peranan paling utama bagi watak kecil sejak Capcom meletakkan Shuma-Gorath sebagai salah satu daripada 13 pejuang yang boleh dimainkan dalam Marvel Super Heroes.

“Kemunculannya yang terhad dalam komik sebenarnya memberi kami kebebasan kreatif yang lebih besar, membolehkan kami menghasilkan jurucakap dengan personaliti yang benar-benar unik dan menawan,” kata Jinghua. “Membuat watak dengan penampilan terhad memerlukan banyak perundingan dengan pasukan Marvel untuk mengukuhkan profil watak asasnya.” Dia mengenal pasti Cassandra Lee Morris (Sarah Hotep Fortnite) sebagai “paling sesuai” untuk menjadi suara watak itu.

“Galacta memegang peranan yang penting dalam alam semesta permainan kami,” jelas Jinghua. “Jauh daripada menjadi penonton semata-mata, dia memiliki latar belakang yang menarik dan sepenuhnya segar, bersama dengan motif tersembunyi yang akan beransur-ansur terbongkar sepanjang musim akan datang. Walaupun saya boleh mendedahkan bahawa peranannya berkait rapat dengan bapanya, sejauh mana kesannya terhadap naratif akan terungkap dari masa ke semasa.”
 

Saga berterusan dengan pelbagai peribudaya


Nampaknya kisah penuh Galacta boleh mengambil masa berbulan-bulan untuk diceritakan, perkara ini tidaklah menjadi masalah kerana tiada kekurangan peribudaya lain yang membuatkan anda sibuk sambil anda menanti. Selain penceritaan visual yang berlaku dalam dan luar permainan, Rivals membolehkan pemain membuka kunci kisah pengembaraan lain dalam alam semesta ini menerusi halaman digital dengan prosa bertulis. Jinghua menjelaskan kisah ini biasanya menampilkan gandingan yang tidak dijangka namun menarik, seperti Magneto dan Namor atau Magik dan Venom sebagai “bacaan penting untuk memahami naratif musim itu. Animasi babak untuk setiap peta, interaksi hero dan sistem galeri juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan kisah setiap musim.”
13 Doom
Perkataan “musim” sering disebut, betul tak? Anda boleh tahu bahawa pasukan naratif mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk watak baharu yang mereka adakan, sertai Berpasukan baharu dan dikemas kini. “Komitmen kami pada kemas kini musim menjadi tunjang utama, menawarkan pengalaman kandungan musim bertema lengkap,” kata Jinghua, yang mencadangkan kita supaya menantikan perkara baharu setiap kira-kira tiga bulan bermula dengan Musim 2. “Setiap musim akan bertumpukan tema kisah tertentu, memacu pengenalan watak baharu, peta, kostum dan bahkan dinamik permainan untuk musim tersebut.”

Ini perkara baik kerana dengan bilangan hero yang tersedia semasa pelancaran Rivals, anda mungkin mendapat barisan yang kekurangan satu atau dua kegemaran anda. NetEase merahsiakan perkara ini apabila ditanya tentang keluaran watak masa hadapan tertentu, namun jika satu daripada kegemaran anda merupakan watak yang anda dan orang ramai gemari, wajarlah mereka berada dalam rancangan pelancaran, serta kisah naratif yang menarik untuknya. Keluaran MCU akan datang, kami memberikan beberapa spekulasi tulen yang serius ke arah anda!
 

Daripada “SIAPA?” kepada “WAH!”


Namun, bagaimanakah keputusan bagi watak seperti Jeff the Shark dan Luna Snow dikeluarkan sebelum watak yang dikenali ramai peminat dibuat? “Keputusan kami ditentukan mengikut keperluan permainan dan keinginan peminat Marvel, agar memastikan pengalaman yang seimbang dan menarik,” kata Zhiyong.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk menampilkan Avengers, X-Men dan ahli Guardians of the Galaxy yang terkenal, malah itu termasuk watak yang jarang dilihat dalam karya sampingan,” kata Jinghua lagi. “Watak yang benar-benar mengujakan peminat komik, seperti Galacta, Luna Snow dan Jeff. Kami ingin Marvel Rivals menjadi sebagai laluan untuk pemain menerokai dan merasai pengalaman Marvel Universe.”
14 MarvelRivals Wintersoldier
Sudah tentu, ini bukan sekadar Marvel Universe, ini ialah pengaruh NetEase pada bahan itu, tidak sama seperti ambilan Marvel Cinematic Universe daripada komik dan memiliki perbezaan yang wajar. Kebebasan yang luas mencetuskan pasukan untuk mengukuhkan keupayaan watak tertentu demi memberikan permainan yang lebih menarik.

“Kami menyaring intipati teras mereka dan membina reka bentuk kemahiran kami yang berteraskan elemen ini, memastikan bahawa kami bukan sekadar mengumpulkan kebolehan sedia ada dan terikat dengan contoh sebelumnya, malah kami mencipta pengalaman unik eksklusif untuk Marvel Rivals,” kata Zhiyong.

Mungkin tiada contoh yang lebih baik bagi pemikiran itu semasa pelancaran selain Winter Soldier. “Kami mempertimbangkan tangan mekanikalnya sebagai satu daripada teras utamanya,” jelas Zhiyong. “Kami menerokai potensinya, memikirkan kemampuan tangan mekanikal berteknologi tinggi, ciir baharu dan unik yang boleh dimilikinya, dsb. Pendekatan ini mengekalkan keaslian watak sambil menawarkan pengalaman permainan yang segar dan eksklusif.”

Dalam kes ini, "segar dan eksklusif" bermaksud mempertingkatkan kuasa lengan Bucky dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini—seperti tumbukan Impak Kraken ke tanah yang memecahkan lengan mekanikalnya menjadi rangkaian sulur sebelum menghasilkan serangan kawasan yang dahsyat. Itu juga cara dia membaling anggota badannya yang berkilat untuk menangkap musuh sama seperti dia berlawan dengan musuh ketatnya, Sub-Zero dalam Outworld. “Pasukan Marvel menghargai pendekatan ini, menjadikan proses pemantauan rekaan secara keseluruhan menjadi agak lancar,” kata Zhiyong.
 

Amalan pengewangan dan kebiasaan


Winter Soldier hanya satu daripada 33 watak yang tersedia untuk dimainkan semasa pelancaran, semuanya secara percuma. Sebagai perbandingan, Overwatch genre behemoth dilancarkan dengan 21 hero, tidak mencapai 33 hero sehingga keluaran Sojourn hampir enam tahun yang lalu, hanya beberapa bulan sebelum pertukaran kepada Overwatch 2. Kini berjumlah 41.

Jika anda ingin membelanjakan sedikit wang tunai, Ketua Pereka Konsol NetEase, Aden menjelaskan keuntungan permainan akan diperoleh daripada “kaedah yang mudah seperti pas pertempuran dan jualan langsung melalui kedai dalam permainan,” termasuk “kostum, emote, tin sembur dsb.”
15 Kostum Venom
Ya, kostum, yang dianggap sama penting bagi sesetengah pemain hero super seperti permainan dan naratif. “Apabila memilih kostum, proses kami adalah dinamik dan pelbagai segi.”kata Jinghua. “Kami merancang beberapa kategori.”

Bersama dengan jenis yang dijangkakan seperti MCU dan Comic Classics (cth., Anti-Venom and Venom: Space Knight di atas), Jinghua menjanjikan sut Kisah Bermusim yang berkisarkan naratif, Kostum Musim Cuti Perayaan yang disesuaikan dengan peristiwa permainan, Tema Popular (“tema berkekalan daripada pelbagai media digabungkan dengan hero kita untuk mencipta kostum, seperti siri 1872, yang memiliki tema retro Barat dan steampunk”).
 

Adakah kami sudah memberikan penjelasan yang mencukupi?


NetEase memasuki tetingkap pelancaran dengan keyakinan tinggi, disokong dengan “uji main yang telah melebihi jangkaan kami,” menurut Zhiyong. “Keseluruhan data ujian kelihatan sangat positif, menanamkan keyakinan pada masa depan permainan yang cerah."

Jinghua berkongsi semangat Zhiyong yang positif. Anda pasti berasa kagum apabila dia melihat keadaan permainan ini. “Hari ini, Marvel Rivals menjadi sebahagian daripada barisan permainan Marvel yang penting,” katanya. “Naratif baru yang dicipta untuk hero super yang disayangi telah menjangkau peminat Marvel yang ramai, ada juga yang pernah menjadi seperti kita. Pencapaian ini memberi kami kebanggaan.”

SEPANDUK Boleh Klik Marvel Rivals EN