Berita

Monument Valley 2 dan The Battle of Polytopia adalah percuma minggu ini di Epic Games Store untuk peranti mudah alih

E
Epic Games
11 Sep 2025

Dari 11 – 18 September 2025 di aplikasi mudah alih Epic Games Store, anda boleh memuat turun Monument Valley 2 dan The Battle of Polytopia secara percuma di Android seluruh dunia serta iOS di Kesatuan Eropah.

*Nota: Mungkin tidak tersedia di semua wilayah
MS EGS 3PFreeGames Mobile Spring2025 EditorialBanner 3840x632
Monument Valley 2 6

Monument Valley 2

ustwo games

Monument Valley 2 ialah permainan teka-teki yang memenangi anugerah, bertempatkan dunia seakan mimpi yang penuh dengan ilusi.

Siri sambungan ini mengisahkan ibu yang bernama Ro dan anaknya dalam pengembaraan tentang keibuan dan berdikari. Pembangun di ustwo games menjadikan hubungan ibu dan anak ini sebagai teras Monument Valley 2, memfokuskan naratif keseluruhan dalam teka-teki, penyelesaian dan tampilan permainan ini.

Seperti dalam permainan pertama, Monument Valley 2 ialah tingkap ke alam semesta dengan geometri nampak mustahil dan sukar dilalui. Walaupun menerusi interaksi anda yang santai yang biasanya ada dalam dunia permainan pastel, anda akan menemui rahsia, mendedahkan laluan rahsia, memanipulasi monumen untuk menyelesaikan teka-teki. Setiap teka-teki diinspirasikan oleh ilusi optik, seni dan lokasi dunia sebenar.

Sama seperti siri sebelumnya, Monument Valley 2 memberikan kedamaian, mencabar minda, intuitif, memberi anda kepuasan atas usaha anda dengan penyelesaian yang mengejutkan. Lebih jauh anda bermain permainan, lebih banyak yang anda akan terokai, lebih banyak mekanik yang akan anda buka, serta lebih ramai rakan anda. Walaupun permainan ini dalam alam semesta yang sama seperti Monument Valley yang asal, ia memberikan pengalaman yang berasingan yang tidak memerlukan pengetahuan tentang siri sebelumnya.

The Battle Of Polytopia 1 3840x2160 7dce85548280

The Battle of Polytopia

Midjiwan AB

The Battle of Polytopia ialah permainan strategi pemenang anugerah yang berlatarbelakangkan dunia low-poly yang comel.

Dalam permainan berdasarkan giliran ini, anda bermain sebagai salah satu daripada 16 puak (setiap satunya dengan budaya dan kecenderungan berbeza), meneroka dunia, membangunkan teknologi, dan berperang dengan puak lawan, semuanya demi menguasai tanah Polytopia. 

Anda boleh bermain The Battle of Polytopia secara solo atau bersama pemain dari seluruh dunia dalam mod berbilang pemain. Dalam mod Perfection, matlamatnya ialah meningkatkan skor dan membina tamadun dengan gerakan yang terhad. Dalam mod Domination, tugas anda ialah menyingkirkan semua lawan. Dalam mod Creative, anda boleh meneroka dan bereksperimen tanpa memberi tumpuan kepada persaingan.

Genre strategi 4X menekankan penerokaan (eXplore), pengembangan (eXpand), penerapan sumber (eXploit) dan penyingkiran musuh (eXterminate) — dan anda boleh lakukan semuanya secara percuma di aplikasi mudah alih minggu ini. 

Muat turun Monument Valley 2 dan The Battle of Polytopia secara percuma hari ini di aplikasi mudah alih, dan lawati Epic Games Store di peranti mudah alih untuk meneroka katalog yang semakin berkembang. Jika anda berminat dengan lebih banyak ciri, panduan dan berita tentang dunia permainan video, kunjungi juga halaman berita Epic Games Store.