
Berita
CEO Netmarble Monster berbual tentang penghasilan permainan menjinak raksasa akan datang, Mongil: Star Dive
A
Ana Diaz
Kadangkala idea yang besar datang dalam pakej yang kecil dan pasukan Kim membawakan pelbagai konsep pada permainannya yang akan datang, Mongil: Star Dive. Permainan separa aksi, sebahagian lagi pengembaraan didorong kisah dan pengumpul raksasa, pasukan di sebalik Mongil: Star Dive mempunyai cita-cita yang tinggi untuk membawa dunia mengumpul raksasa ini kepada khalayak Amerika Utara.
Sebagai sebahagian daripada Gamescom 2025, saya duduk bersama pengasas dan CEO Netmarble Monster, Ken Kim untuk mengetahui selanjutnya tentang penciptaan permainan studio itu yang akan datang, Mongil: Star Dive. Kami berbual kira-kira sejam tentang penciptaan dan visi di sebalik Mongil: Star Dive..
Temu bual ini dijalankan secara bersemuka dan diterjemahkan oleh Youngnoh Jang di Netmarble Monster. Ia telah disunting dan dipadatkan untuk kejelasan.

Epic Games News: Boleh tak anda jelaskan Mongil: Star Dive menurut pendapat anda sendiri? Bagaimanakah anda boleh jelaskan tentang projek ini?
Ken Kim: So Mongil: Star Dive ialah genre aksi pengembaraan yang menggabungkan pengumpulan watak. Ia ada banyak sinematik dan kisah yang tersendiri. [Permainan Mongil] sebelumnya ada banyak permainan mini dan pelbagai ciri.
Epic Games News: Bolehkah anda kongsikan serba sedikit tentang Netmarble Monster dan pasukan yang menghasilkan Mongil: Star Dive?
Ken Kim: Mongil dibangunkan oleh Netmarble Monster, iaitu subsidiari kepada Netmarble. Ada banyak subsidi yang membangunkan tajuk di bawah Netmarble. Netmarble Monster menyertai Netmarble pada tahun 2010. Salah satu tajuk terbesar [Netmarble Monster] ialah Marvel Future Fight, yang menampilkan hero Marvel dan IP Disney.
Epic Games News: Adakah terdapat mana-mana permainan atau media lain yang menjadi inspirasi Mongil: Star Dive? Ada tak mana-mana permainan sedia ada yang dikeluarkan dan pemain itu mungkin menggemari Star Dive?
Ken Kim: Kami tidak dapat menyatakan IP atau drama yang mencetuskan idea ini, namun [Mongil: Star Dive] ialah pengembangan daripada tajuk terdahulu yang bernama Monster Taming. Dalam tajuk ini, kami ada banyak cerita naratif, watak dan gaya permainan. Ini untuk peminat lama yang boleh menikmati pengembangan alam Monster Taming.
Epic Games News: Bagaimanakah pengalaman untuk mengusahakan projek baharu selepas bekerja untuk Monster Taming selepas sekian lama?
Ken Kim: Monster Taming berlangsung selama 10 tahun dan ada sedikit jarak masa. Jarak ini terhasil daripada usaha kami mengembangkan IP kami kepada permainan silang platform PC dan peranti mudah alih. Oleh itu kami cuba mengembangkan alam Monster Taming kepada pemain di sebelah Barat.

Epic Games News: Berikutan itu, terdapat beberapa permainan gacha yang kini cuba menarik minat khalayak Amerika Utara. Bagaimanakah Mongil: Star Dive memberikan keunikan berbanding permainan lain seperti itu?
Ken Kim: Permainan ini berdasarkan genre pengembaraan, namun menawarkan naratif mendalam tentang Monster Taming. Bahagian awal permainan ini bermula dengan perubahan yang terdapat di alam semesta Mongil, watak utama cuba untuk menerokainya. Kami cuba menjadikan tatabahasa permainan ini lebih ringkas dan kasual. Itulah yang membezakan kami dengan yang lain.
Kami telah memfokuskan naratif watak. Ada banyak permainan berprestasi tinggi yang memiliki grafik yang hebat. Kami pula sebaliknya cuba menumpukkan naratif watak, untuk menyampaikan perasaan gembira dan menghidupkan lagi watak. Perasaan mereka, fikiran mereka, kami cuba menyampaikan semua itu dalam permainan.
Epic Games News: Anda sudah menyentuh sedikit tentang hal ini dalam jawapan tadi, tapi saya mahu ulang sekali lagi. Nampaknya terdapat banyak unsur yang mempengaruhi pengalaman keseluruhan bermain Mongil: Star Dive — animasi, rekaan watak, gaya permainan, kisah dan pelbagai lagi. Adakah terdapat unsur tertentu dalam permainan yang ditumpukan oleh pasukan anda ketika menghasilkan karya ini?
Ken Kim: Kami cuba mencipta watak yang lebih terperinci dan memberitahu khalayak tentang pemikiran dan kata-kata watak itu. Kami cuba memfokuskan naratif watak. Untuk memaksimumkan perkara ini, kami ada pembangunan berterusan watak, menambahkan unsur seperti alih suara dan rekaan.
Epic Games News: Bolehkah anda kongsikan keluasan kandungan permainan ini semasa pelancaran? Berapa lamakah masa main dan kandungan yang akan tersedia semasa pelancaran permainan ini?
Ken Kim: Terdapat lima episod utama dan 120 misi utama dalam permainan itu sendiri. Termasuk semua misi sampingan dan permainan mini, ada lebih 200 kandungan dalam permainan ini. Untuk menceritakan tentang masa main, ia akan mengambil masa lebih tiga puluh jam.
Selain episod, kami ada raksasa yang boleh dijinakkan. Kami menyediakan 150 spesies raksasa. Selepas proses penjinakan dan interaksi dalam permainan, ada lebih 50 spesies lagi yang boleh dijinakkan.

Epic Games News: Bolehkah anda berkongsi serba sedikit tentang menjinakkan raksasa dalam permainan ini?
Ken Kim: Raksasa itu sendiri bermula dengan 'familiars'. Rupanya seperti kucing dan ia memburu raksasa itu sendiri. Selepas pemburuan, terdapat aspek pengumpulan dan watak boleh membawa azimat kecil. Maksimum tiga slot yang tersedia untuk setiap watak. Selepas melakukan interaksi tertentu, raksasa akan membantu watak berlawan.
Epic Games News: Apakah nilai teras permainan ini?
Ken Kim: Untuk Mongil, nilai teras kami untuk memastikan [permainan ini] ringkas, tidak berat dan berkekalan lama. Kami cuba memiliki berbilang peranti yang tersedia, termasuk PC, peranti mudah alih dan peranti lain juga. Dan kami cuba menjangkau pemain global dengan berbilang peranti yang tersedia. Selepas pelancaran permainan ini, kami akan memantau maklum balas pemain dan cuba menerapkan maklum balas itu dalam permainan serta membuat penambahbaikan.
Epic Games News: Bagaimanakah caranya pemain dapat memberikan maklum balas kepada pasukan anda ketika mereka bermain permainan?
Ken Kim: Ada dua cara: Satu ialah percubaan beta tertutup dan satu lagi ialah komuniti peminat, seperti saluran sosial. Kami telah mengadakan beberapa siri beta tertutup di Jepun, Korea dan Amerika Syarikat. Selepas setiap beta tertutup, kami cuba menunjukkan kepada pemain tentang penambahbaikan permainan ini. Kami cuba membuka kemas kini besar, berinteraksi dengan peminat dan mendapatkan maklum balas pengguna.
Untuk saluran sosial, kami cuba membuat siaran berjenama Mongil, oleh itu kami sebenarnya ada studio yang membolehkan interaksi melalui siaran langsung. Itulah cara kami menerapkan maklum balas. Ini cubaan pertama kami. Ada banyak kegagalan dan percubaan, kami cuba berinteraksi dengan peminat sebanyak yang mungkin.
Anda boleh menambahkan Mongil: Star Dive pada senarai hajat anda di Epic Games Store sekarang. Pengembaraan sambil mengumpulkan raksasa akan tersedia untuk dimainkan pada PC Windows dan peranti mudah alih.
