Berita

Plants vs. Zombies: Replanted menggabungkan cabaran baharu dalam siri kegemaran peminat ini

A
Aron Garst
14 Okt 2025
Sudah hampir dua dekad selepas Plants vs. Zombies menjadi popular pada tahun 2009, PopCap Studios menghidupkan kembali siri ini dengan Plants vs. Zombies: Replanted. Dengan pembangunan yang diterajui oleh maklum balas komuniti, Plants vs. Zombies: Replanted mengekalkan gabungan tarikan dan strategi menarik yang menjadikan permainan asli ini sebuah klasik pertahanan menara, sambil memperkenalkan mod taman segar dan cabaran yang akan digemari pemain moden.

Fokus mod yang baru dituai mengikut dua trend yang datang untuk menguasai sejak keluaran Plants vs. Zombies asal: mod berbilang pemain kerjasama dan roguelike mencabar yang membawa pemain terus kepada permulaan sebaik sahaja zombi melepasi pertahanan mereka dan memakan otak mereka. Kedua-dua mod ini dibina berdasarkan formula pertahanan menara Plants vs. Zombies yang tidak asing lagi, namun dengan pemain yang menyediakan askar Pea Shooter, Cabbage-pult dan makhluk hijau lain untuk menyekat gelombang demi gelombang penceroboh taman mayat hidup.
Kami menemu bual dengan PopCap Studios untuk mengetahui lebih lanjut tentang kedua-dua mod—dan perkara yang perlu kita nantikan apabila Plants vs. Zombies: Replanted dikeluarkan pada 23 Oktober. Kami juga berbual tentang versi lalu berbilang pemain (kompetitif dan juga kerjasama) Plants vs. Zombies, ciri kosmetik baharu dan mod permainan Cloud Day baharu yang memperkenalkan mekanik cuaca.

“Akhirnya, matlamat kami adalah untuk mencipta permainan yang memperingati versi asal sambil memberi pemain sebab untuk kembali bermain,” kata Penerbit Eksekutif Popcap Studios, Jake Neri. “Sama ada anda melawat semula taman belakang untuk kali keseratus atau cuba bermain untuk kali pertama, kami berharap semua orang dapat mencari sesuatu yang menjadi kesukaan masing-masing.”
 

Melawati semula “kerjasama persaingan” pertahanan menara


Plants vs. Zombies: Replanted bukanlah kali pertama francais Plants vs. Zombies menampilkan mod berbilang pemain. Salah satu daripada keluaran siri yang jauh dari genre pertahanan menara, Plants vs. Zombies: Garden Warfare 2014 ialah penembak pandangan ketiga yang melibatkan pemain berhadapan antara satu sama lain dalam mod perlawanan kalah mati berpasukan atau mod lain. Walaupun ia menyeronokkan, penembak penuh aksi ini berkongsi sedikit perkaitan dengan Plants vs. Zombies asal. 

Namun, versi konsol yang lebih awal Plants vs. Zombies juga memiliki mod persaingan yang melibatkan satu pemain mengawal serangan zombie, manakala satu pemain lagi mengawal pertahanan taman belakang dan cuba menghalang serangan. Plants vs. Zombies: Replanted menghidupkan semula mod ini, serta mahu memberikan pengalaman yang selesa untuk peminat lama dan mudah dimainkan oleh pemain baharu yang tidak pernah bermain versi konsol.
Permainan Plants Vs Zombies Replanted
“Ada banyak permainan berbilang pemain yang hebat di luar sana,” kata Neri. “Namun Plants vs. Zombies: Replanted memperkenalkan pengalaman berbilang pemain unik yang membolehkan pemain bekerjasama atau berlawan sesama mereka dan menentukan sendiri keseronokan mereka.”

Pemain boleh berpasukan atau bersaing, berkongsi detik yang sosial dan meriah. Dalam ko-op, satu pemain boleh memfokuskan pembinaan ekonomi dengan Sunflower manakala satu lagi pemain memfokuskan penembak atau perangkap, namun ketika mereka bekerjasama, persaingan yang menyeronokkan boleh berlaku apabila pemain saling menggali tanaman atau bersaing untuk sumber yang terhad.

“Inilah keajaiban sebenar mod ini,” kata Neri. “Ia membolehkan pemain bekerjasama atau membuat gaya permainan mereka sendiri melalui ‘kerjasama/persaingan’ yang menyeronokkan.”

Mod kerjasama dalam Plants vs. Zombies: Replanted berasingan daripada kempen didorong cerita dan memiliki set cabaran tersendiri yang menggalakkan kerjasama dan penambahbaikan.
 

Rest in Peace


Plants vs. Zombies: Replanted juga memperkenalkan Rest in Peace, mod roguelike yang menguji kemahiran survival pemain. Selain membina pertahanan yang rumit, pemain perlu bertindak segera dengan keadaan yang berubah, memanfaatkan tanaman terhad yang Crazy Dave berikan dalam setiap pusingan. Permadeath memastikan risiko itu tinggi. Kegagalan menghantar semula pemain kepada permulaan.
Plant Vs Zombie Replanted Mod Permainan Siang
"Plants vs. Zombies pada asasnya, ialah permainan yang membawa kegembiraan kepada pemain dari semua peringkat kemahiran," kata Neri. "Kami tahu sesetengah pemain, terutamanya peminat permainan roguelite, mahukan cabaran—dan permadeath kelihatan seperti cara terbaik untuk memberikan cabaran ini. Kami telah mencipta satu mod yang meningkatkan risiko dan membolehkan anda bermain selama mana anda mampu, tetapi jika anda kalah, anda akan diulang semula ke permulaan."
 
Sebab mod itu diberi nama Rest in Peace: “Kami memilih nama yang relevan dengan dunia Plants vs. Zombies," jelas Neri. "Kami cuba mencari cara untuk kekal dengan teras permainan dan mencipta sesuatu yang mencabar pemain."

Genre roguelike dan roguelite menekankan pengulangan untuk membina kemahiran pemain sambil membiasakan mereka dengan mekanik permainan. Salah satu roguelike paling popular, Hades (dan sekuelnya Hades II), menghantar pemain dalam misi menentang Titan dan raksasa mitologi Yunani. Sepanjang setiap percubaan, dewa-dewa akan memberikan keupayaan berbeza kepada pemain, menjadikan mereka lebih kuat dan menghasilkan apa yang dikenali dalam genre ini sebagai “build.” “Build” boleh berbeza setiap kali bermain, menggalakkan eksperimen dan menjadikan setiap satu permainan unik.

Plants vs. Zombies: Replanted mengambil pendekatan yang sedikit berbeza terhadap roguelike. Crazy Dave, yang pernah menjadi narator dan penjaga kedai dalam siri Plants vs. Zombies , bertindak lebih gila dalam Plants vs. Zombies: Replanted. Kadangkala dia memberi anda gabungan tumbuhan terbaik untuk mempertahankan halaman, tetapi ada kalanya dia meninggalkan anda dalam keadaan terdedah, memaksa anda membuat pengorbanan dan mengambil risiko yang kreatif.
Plants vs. Zombies Replanted Mod Permainan Malam
“Mod ini tidak memfokuskan ‘build’ sebanyak ia lebih kepada bertahan. Kemahiran dan kepantasan sangat penting, tetapi Crazy Dave akan memilih beberapa tumbuhan anda sebelum setiap permainan dan kadangkala, dia memang gila dan tidak memberikan tumbuhan terbaik,” kata Neri. “Anda perlu pantas membuat keputusan untuk terus mara ke pusingan seterusnya.”

Mod Rest in Peace akan terbuka selepas pemain menyelesaikan mod pengembaraan klasik. Seperti roguelike lain dengan pengakhiran tetap, terdapat cara untuk menyelesaikan Rest in Peace. Pemain perlu menamatkan setiap peringkat tanpa membuat kesilapan besar—tetapi jika mati, anda kembali ke permulaan.
 

Bertahan pada Hari Mendung


Walaupun dengan mod baharu ini, pasukan di sebalik Plants vs. Zombies: Replanted berhati-hati untuk tidak mengubah apa yang disukai peminat. Seni yang unik, muzik yang menarik, dan watak yang lucu menjadikan Plants vs. Zombies mesra semua peringkat umur, sambil mengekalkan perincian untuk pemain strategi yang berpengalaman. Mekanik, tumbuhan, dan cabaran baru ditambah dengan penuh pertimbangan.

Contoh yang menyerlah ialah mod Cloudy Day, yang memperkenalkan sistem cuaca dinamik. Cuaca memberikan lapisan cabaran yang tidak dijangka di samping serangan berterusan daripada zombi. Apabila awan datang, Sunflower yang biasa anda harapkan akan “tertidur”, memaksa anda mengurus sumber secara berbeza.
Plants Vs Zombies Replanted Permainan Mini Bowling
“Apabila ia tidur, Sunflower tidak menghasilkan Sun—dan semua orang tahu tentang Plants vs. Zombies pasti tahu yang anda perlukan Sun untuk menggunakan tumbuhan," kata Neris. “Ada keseimbangan apabila perlu menggunakan tenaga anda dan bila saat untuk menyimpan tenaga anda. Mod ini merupakan satu cabaran yang menyeronokkan dan kami sangat berbangga dengan hasilnya.”

Cloudy Day merupakan kesinambungan semula jadi kepada reka bentuk berasaskan taman yang telah menjadikan Plants vs. Zombies kekal relevan sekian lama. Ia bukanlah perubahan seperti Plants vs. Zombies: Garden Warfare tetapi cara untuk Popcap Studios moden membina dari permainan yang telah menjadi teras kepada genre pertahanan menara selama hampir dua dekad
 

Komuniti yang menjadi teras


Maklum balas komuniti turut membentuk sebahagian besar pembangunan Plants vs. Zombies: Replanted. Cadangan dari Reddit, YouTube, Instagram, dan TikTok telah membentuk mekanik dan estetik permainan. Bonus prabeli juga mencerminkan pendekatan yang dipacu komuniti, termasuk kulit Peashooter klasik, Zombie Browncoat retro dan kejutan lain yang akan diumumkan semasa pelancaran.

“Secara keseluruhan, Plants vs. Zombies: Replanted diinspirasikan oleh maklum balas komuniti, dan kami yakin pemain akan menikmati permainan ini apabila mereka mencubanya,” kata Neri. “Kami sangat menghormati tajuk ini dan semua yang telah bekerja keras untuk permainan ini sepanjang tahun. Kami ingin memberikan penghormatan dengan satu remaster yang menangkap dan memodenkan keajaiban asal permainan untuk menjadikannya pengalaman istimewa bagi pemain baru dan lama.”

Plants vs. Zombies: Replanted ialah satu sambutan terhadap siri yang membesar bersama peminatnya, menggabungkan nostalgia dengan inovasi. Mod co-op dan PvP berbilang pemain, cabaran roguelike, dan mod seperti Cloudy Day memastikan peminat lama akan menemui sesuatu yang baru, manakala pendatang baru boleh terus bermain tanpa kekok. Masa terbaik untuk mula bermain dengan Peashooter anda.

Plants vs. Zombies: Replanted akan dilancarkan pada 23 Oktober dan kini boleh diprabeli di Epic Games Store.