Artikel

Samorost 2 dan Road Redemption Mobile percuma minggu ini di Epic Games Store untuk peranti mudah alih dan PC

E
Epic Games
18 Sep 2025
Dari 18 – 25 September 2025 di aplikasi mudah alih dan PC Epic Games Store, anda boleh memuat turun Samorost 2 dan Road Redemption Mobile secara percuma di Android seluruh dunia dan iOS di Kesatuan Eropah.
MS EGS 3PFreeGames Mobile Spring2025 EditorialBanner 3840x632
*Nota: Mungkin tidak tersedia di semua wilayah

Samorost 2 
Amanita Design
Samorost2
Samorost 2 ialah permainan pengembaraan gabungan hala dan klik (atau hala dan ketik, bergantung pada platform anda bermain) yang memenangi anugerah, dipenuhi dengan persekitaran yang indah, watak yang ceria dan teka-teki yang pelbagai.

Anda bermain sebagai gnome angkasa, humanoid yang kecil dan comel dengan topi tajam yang melompat dari planet ke planet serta menerokai persekitaran pelik dan seakan mimpi. Kisah dalam Samorost 2 berkisar tentang anjing gnome, yang telah diculik oleh makhluk asing. Tugas anda untuk mencari dan menyelamatkan anjing itu. 

Pembangun di Amanita Design mempunyai gaya yang tersendiri, dari segi visual dan juga tatamain. Anda boleh melihat siri yang pertama dalam setiap syot layar dunia Samorost yang indah dan pelbagai ciri-ciri lain yang memerlukan interaksi anda. 

Setiap lokasi dipenuhi dengan penguji minda dan teka-teki untuk anda berinteraksi. Tanpa dialog tradisional atau teks yang boleh difahami—tetapi banyak muzik yang menghidupkan suasana dan kesan bunyi hasil karya Tomáš “Floex” Dvořák yang sering bekerjasama dengan Amanita—tugas anda untuk melihat, mencuba dan menggunakan petunjuk konteks untuk melepasi halangan dalam perjalanan gnome. Selesaikan teka-teki, bergerak ke kawasan seterusnya dan terus maju untuk semakin hampir menyelesaikan setiap misteri permainan. 

Road Redemption Mobile
Pixel Dash Studios
Road
Road Redemption Mobile ialah permainan perlumbaan selepas apokalips daripada pembangun di Pixel Dash Studios yang meletakkan anda sebagai seorang ketua geng bermotorsikal. 

Diinspirasikan oleh Mad Max, kisah bermula apabila seseorang membunuh pengedar senjata api terkaya apokalips ini, dan anda mengembara untuk mengetahui siapa pembunuhnya serta menuntut baunti bernilai $15 juta. Malang bagi anda, dunia ini penuh dengan kumpulan pesaing yang inginkan ganjaran itu juga. Hanya ada satu pilihan: Mulakan perjalanan dan kalahkan pesaing anda dengan paip besi dan cara kemusnahan lain. 

Gaya permainan Road Redemption Mobile melibatkan pembunuhan, perlumbaan, rompakan dan banyak lagi. Anda juga mengumpul wang tunai dan mendapatkan pengalaman sambil anda mengalahkan musuh anda. Rebut jarahan dan guna apa yang anda ada untuk menyesuaikan motor, watak dan senjata anda termasuk melalui pohon kemahiran mendalam. 

Dengan Road Redemption Mobile di the Epic Games Store untuk peranti mudah alih minggu ini, anda akan mendapat akses ke semua tahap premium secara percuma sepanjang tempoh ini. 

Muat turun Samorost 2 dan Road Redemption Mobile, dan semak Epic Games Store untuk melihat katalog yang semakin berkembang. Jika anda berminat dengan lebih banyak ciri, panduan dan berita tentang dunia permainan video, kunjungi juga halaman berita Epic Games Store.