
Berita
Strange Horticulture adalah percuma pada minggu ini di Epic Games Store untuk peranti mudah alih
D
Dave Tach
*Nota: Mungkin tidak tersedia di semua wilayah

Strange Horticulture
Bad Viking
Strange Horticulture ialah sejenis permainan teka-teki berunsurkan tumbuhan yang diselitkan dengan magis dan boleh didapati secara percuma pada minggu ini di Epic Games Store untuk peranti mudah alih.
Anda bermain sebagai Ahli Hortikultur, tuan punya sebuah kedai tumbuhan yang dipanggil Strange Horticulture. Anda telah mewarisi kedai tersebut dan menjalani kehidupan seharian dengan menjual penawar botani bagi penyakit yang menimpa pelanggan anda. Keadaan di bandar misteri Undermere kelihatan tidak berbahaya. Akan tetapi, apabila tersebar berita tentang kematian ketua kumpulan ahli sihir tempatan, keadaan menjadi aneh dan anda terjerumus ke dalam misteri kultus yang berkurun lamanya.
Gaya permainan teka-teki Strange Horticulture berpandukan sekitar penerokaan dan petunjuk konteks. Bayangkan anda bertemu dengan seorang pelanggan dengan permintaan tertentu. Anda menuju ke hutan di sekitar kawasan bagi mencari penawar botani, mengenal pasti flora misteri dengan menggunakan ensiklopedia tumbuhan anda. Selama anda meneroka dan menghindari daripada bahaya, anda juga akan menjumpai penemuan dan mengemas kini rekod serta menggunakan pengetahuan tersebut bagi mengeluarkan kesan-kesan aneh.

Namun begitu, ada suatu perkara: Tugas dan perkhidmatan anda tidak akan selalunya jelas dan mudah. Pilihan yang anda buat tentang apa yang diciptakan dan sediakan akan menentukan cara yang sepatutnya anda membantu (atau mengelakkan) pelanggan anda - dan diri sendiri.
Anda mengetahui populasi di dalam dan sekitar bandar Undermere selalunya dalam keadaan tidak sependapat. Khidmat pelanggan mungkin sesuatu yang berbeza bagi anda selaku empunya kedai tumbuhan penawar. Semakin tinggi kehandalan dan tahap pengetahuan anda, semakin kuat campuran penawar yang anda hasilkan. Pilihan yang anda buat sepanjang permainan memberikan kesan besar bukan sekadar terhadap jalan penceritaan, tetapi juga kepada watak dalam Strange Horticulture.
Muat turun Strange Horticulture secara percuma hari ini dan kunjungi Epic Games Store pada peranti mudah alih untuk meneroka katalog yang semakin berkembang. Jika anda berminat dengan lebih banyak ciri, panduan dan berita tentang dunia permainan video, kunjungi juga halaman berita Epic Games Store.