
Senaman sambil bermain untuk memastikan anda sentiasa di tahap terbaik

Permainan video mungkin bukan hobi yang paling aktif dari segi fizikal, tetapi terdapat banyak senaman ringkas yang boleh membantu anda bersenam sambil bermain.Dalam cerita ini, kami akan kongsikan beberapa senaman yang boleh anda lakukan tanpa perlu menekan butang jeda sekalipun.
Perhatian: Sebelum anda memulakan rutin senaman, dapatkan nasihat dan kelulusan perubatan daripada doktor anda terlebih dahulu.
Fokus pada senaman yang boleh anda lakukan semasa duduk.
Terdapat banyak rutin senaman yang boleh anda lakukan sambil memegang alat kawalan atau papan kekunci dan tetikus, dan kami telah senaraikan beberapa kegemaran kami di bawah.Sebahagian daripada senaman ini boleh dilakukan sambil duduk, manakala yang lain memerlukan anda untuk berdiri.Memandangkan senaman ialah satu proses berterusan, pastikan anda menjejaki kemajuan anda dengan mencatat bilangan ulangan (bilangan kali anda melakukan sesuatu senaman secara berturut-turut) dan set (bilangan kali anda melakukan ulangan tersebut setiap hari).
Sentiasa pastikan anda tidak berlebihan semasa bersenam.Keupayaan anda untuk melakukan sesuatu senaman akan meningkat dengan latihan yang konsisten.Teruskan bernafas, dengar isyarat tubuh anda, dan berhenti jika perlu.
Kemutan perut
Salah satu senaman permainan video yang paling mudah ialah cara terbaik untuk menguatkan otot teras anda, iaitu kumpulan otot di bahagian tengah badan anda.
Untuk melakukan kemutan perut, mulakan dengan duduk dalam posisi yang selesa.Sekarang, kemutkan otot perut anda perlahan-lahan sehingga anda berasa tegang.Dan kekalkan kemutan itu selama 5-10 saat sambil bernafas seperti biasa.Kemudian, longgarkan otot anda perlahan-lahan, rehatkannya dan ulangi sehingga anda mencapai matlamat anda.
Gerakan mencangkung
Jika anda boleh duduk dan bangun semula, maka anda pada dasarnya telah melakukan gerakan mencangkung.
Dari posisi berdiri, luruskan tangan anda ke hadapan, dan bengkokkan lutut anda perlahan-lahan sambil memastikan belakang anda lurus.Dari posisi membengkok, kembali semula ke posisi berdiri perlahan-lahan.Gerakan mencangkung boleh menjadi sangat mencabar dengan cepat.Anda mungkin tidak dapat melakukan banyak gerakan mencangkung pada mulanya, dan itu tidak mengapa!Bagi pemula, anda boleh menjangkakan untuk melakukan antara 6 hingga 15 ulangan cangkung bagi setiap set.
Duduk dinding
Duduk dinding umpama duduk tanpa kerusi, dan ini merupakan senaman permainan video yang bagus kerana membiarkan tangan dan lengan anda bebas.
Untuk melakukan duduk dinding, sandarkan belakang anda rata pada dinding dan gelongsor ke bawah sehingga lutut anda membentuk sudut 90 darjah, selari dengan lantai.Tahan posisi tersebut selama yang anda mampu.Bagi pemula, tempoh tersebut mungkin antara 5 hingga 20 saat.Apabila kekuatan anda bertambah, anda boleh tingkatkan tempoh dudukan sehingga 60 saat.Ini adalah senaman kaki yang sangat berkesan dan anda mungkin akan mula rasa kepanasan otot dengan cepat.
Lunjuran lengan
Lunjuran lengan ialah senaman yang sangat sesuai dilakukan antara perlawanan dalam permainan video.Senaman ini membantu memastikan lengan anda kekal fleksibel dan tidak kaku.
Untuk melakukan lunjuran lengan, mulakan dalam posisi duduk dan hulurkan tangan anda ke bawah ke arah lutut di hadapan anda.Angkat lengan anda ke hadapan sehingga selari dengan paras bahu.Sekarang gerakkan lengan anda ke sisi sehingga badan anda membentuk huruf T. Bawa semula lengan anda ke hadapan, kemudian turunkan kembali ke arah lutut.
Gerakan gunting duduk
Anda mungkin memerlukan sedikit ruang tambahan di hadapan anda untuk melakukan gerakan gunting duduk dengan betul.
Mula-mula, pastikan belakang anda tegak dan anda duduk dalam posisi yang selesa.Sambil mengetatkan otot perut teras anda, letakkan tangan anda di hadapan, dan angkat kaki anda ke hadapan.Tutup kaki anda, buka semula dan ulangi.Pergerakannya kelihatan serupa dengan sepasang gunting yang sedang memotong, maka dari situlah datangnya nama tersebut.
Angka lapan dengan alat kawalan
Kedudukan untuk senaman mesra pemain permainan video ini sangat serupa dengan gerakan gunting duduk.Untuk yang ini, sebaiknya pegang alat kawalan anda juga.
Pastikan belakang anda lurus, dan anda duduk dengan selesa.Luruskan tangan dan kaki anda ke hadapan.Kekalkan tangan anda pada alat kawalan dan buat gerakan angka lapan tidak lebih lebar daripada sisi luar bahu anda.
Melabur dalam peralatan senaman
Walaupun kebanyakan senaman di atas sesuai dilakukan sambil duduk dan bermain, terdapat banyak lagi cara untuk menambah baik rutin senaman anda dan menggerakkan badan dengan lebih aktif semasa bermain.
Pertimbangkan untuk menambah peralatan senaman seperti sawat injak (treadmill) atau mesin elips di bawah meja.Berbasikal menggunakan basikal senaman sambil bermain permainan video juga boleh menambah senaman kardio kepada hobi anda.
Bola yoga dan bangku merupakan alternatif yang bagus untuk duduk di sofa anda.Peralatan ini mengaktifkan otot teras anda dan membolehkan anda melakukan regangan sambil bermain.Alat dengar realiti maya juga boleh membuatkan anda bergerak aktif semasa bermain permainan video.Dan untuk cabaran tambahan, anda boleh menambah pemberat lengan dan kaki kepada semua senaman permainan video di atas untuk membantu mendapatkan dan mengencangkan otot anda.
Terokai seluruh koleksi permainan di Epic Games Store
Epic Games Store menawarkan katalog permainan yang sangat luas untuk anda pilih. Pastikan anda menyemak semua kategori dan keluaran terbaru kami untuk mencari permainan yang boleh menaikkan semangat anda dan mengalihkan fokus daripada kepenatan semasa melakukan senaman sambil bermain. Selamat berseronok dan kekal sihat!
Pastikan anda melihat halaman berita Epic Games Store untuk mengikut kemas kini terbaharu daripada semua pembangun kegemaran anda tentang semua permainan kegemaran anda.