
Berita
Apa itu Discord dan Apakah Tujuan Penggunaan Discord?
C
Craig Pearson
Sejarah Sembang Suara dan Permainan
Permainan berbilang pemain selalunya lebih baik dengan sembang suara. Dengan cara itu, anda boleh merancang, melaksanakan dan berketawa tanpa perlu menaip semuanya. Kaedah VOIP sebelumnya (IP Alih suara) sebelum Discord termasuk program seperti Ventrilo dan TeamSpeak. Walaupun ini hebat ketika zamannya dan masih digunakan hari ini, anda mungkin tidak mendapati platform itu tidak digunakan secara meluas seperti Discord. Kedua-dua program memerlukan pelayan yang dijalankan pada PC kepada klien yang disambungkan. Kedua-dua Ventrilo dan TeamSpeak masih memerlukan anda agar mengetahui alamat pelayan (sama ada URL atau IP) yang anda masukkan apabila anda cuba mengakses pelayan. Apabila anda telah menyertai, anda boleh menggunakan sembang suara dengan rakan dan permainan lain. Itulah penjelasannya. Discord telah memudahkan proses pengehosan komunikasi bagi komuniti permainan yang rumit pada PC. Pelayan Discord dihoskan oleh syarikat dan tidak memerlukan sebarang pemasangan tambahan oleh pengguna mereka. Untuk mengakses pelayan Discord, anda mengklik jemputan yang dijana oleh pentadbir pelayan. Ini mungkin pautan peribadi yang diberikan terus kepada anda atau pautan awam yang boleh diklik oleh sesiapa untuk menyertai pelayan. Ini selamat dan membolehkan anda membina komuniti dengan mudah. Tetapi Discord menambahkan ciri kepada suara asas dan perkhidmatan sembang suara yang menjadikan Discord lebih menonjol.Apakah itu Discord?
Discord ialah aplikasi komunikasi percuma yang membolehkan anda berkongsi suara, video dan sembang teks dengan rakan, komuniti permainan serta pembangun. Ia memiliki ratusan juta pengguna, menjadikan platform ini salah satu cara paling popular untuk berhubung dengan orang dalam talian. Discord boleh digunakan pada hampir setiap platform dan peranti popular, termasuk Windows, macOS, Linux, iOS, iPadOS, Android dan melalui penyemak imbas.
Apakah tujuan penggunaan Discord?
Untuk berkomunikasi! Sesiapa saja boleh mencipta pelayan Discord secara percuma untuk pelbagai sebab. Anda boleh menggunakan Discord untuk menghimpunkan rakan dalam satu sembang teks atau suara berkumpulan secara amnya. Gunakan platform ini untuk menyiarkan gif, berkongsi meme dan tangkapan skrin atau berbulan tentang hari anda. Atau anda boleh menjalankan Discord sambil dalam permainan, menggunakan saluran suara untuk membuat rancangan atau bunyi lucu. Gagal dalam permainan? Anda boleh menstrim permainan anda kepada rakan anda. yang boleh memberi anda nasihat atau, ketawa dengan sasaran anda yang lemah. Pembangun dan penerbit permainan akan selalu menggunakan Discord sebagai tempat berkongsi barangan permainan dengan komuniti mereka. Anda boleh melihat seni konsep, tangkapan skrin baru dan akan diberikan akses kepada permainan pada Discord.Cara untuk mula menggunakan Discord?
Apabila Discord dimuatkan, skrin “Laman Utama” dipaparkan. Dari sini, anda boleh melihat senarai rakan anda dalam tetingkap utama dan pada bahagian kiri skrin, anda boleh melihat mana-mana pelayan yang anda sertai. Anda akan memerlukan seseorang untuk berbual! Setiap pengguna memiliki tag Discord unik yang merupakan nama pengguna kes sensitif dan nombor ID, yang boleh mereka berikan kepada anda. Butang ‘Tambah sebagai Rakan’ pada bahagian atas skrin utama akan membolehkan anda berhubung dengan mereka. Jika mereka menerima permintaan menjadi rakan, anda boleh mula menghantar teks, suara atau sembang video secara terus dengan mereka pada skrin ini. Anda juga boleh menambahkan yang lain pada sembang tetapi jika anda merancang untuk berbuat demikian dengan kerap, lebih baik anda lakukannya dalam pelayan.Cara mencipta pelayan Discord?
Penciptaan pelayan adalah sangat mudah dan tanpa kos. Pelayan disenaraikan pada bahagian kiri klien Discord. Jika anda belum menyertai, anda boleh mengklik butang ‘Tambah Pelayan’. Ini membolehkan anda mencipta pelayan anda sendiri dengan sangat mudah melalui gesaan dan templat yang telah dibuat oleh Discord. Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan tentang tujuan pelayan, sama ada pelayan ini awam (sesiapa saja boleh menyertai) atau peribadi (untuk rakan), memberikan nama dan anda telah mencipta pelayan. Anda mempunyai kawalan penuh terhadap tetapan pelayan. Untuk menambahkan orang lain, klik kanan pada senarai saluran di sebelah kiri skrin pelayan dan pilih ‘Jemput Orang’. Hal ini membolehkan anda menjemput rakan anda secara terus daripada senarai rakan anda. Anda boleh mencipta pautan yang membolehkan sesiapa yang memiliki pautan itu dapat menyertai tanpa dijemput secara terus oleh anda. Apabila anda memasukkan URL dalam bar URL penyemak imbas, URL itu akan menghalakan orang kepada pelayan anda dalam apl. Anda boleh mencipta saluran teks dan sembang suara, mendayakan pengguna pelayan untuk menghantar suara dan teks daripada saluran utama. Melalui cara itu, orang yang bermain Rocket League tidak akan mengganggu pemain Fall Guys. Anda boleh menendang keluar pemain yang bermasalah daripada pelayan atau menaikkan akses pemain baik untuk menggunakan alatan pentadbir yang boleh anda akses.Sembang Suara Discord
Anda boleh bersembang dengan rakan secara terus melalui sistem mesej langsung Discord. Panggilan suara boleh dimulakan dengan mengklik kanan pada nama rakan dan memilih ‘panggil’. Mereka anda mendapat pemberitahuan panggilan anda dan anda boleh berbual secara percuma selama yang anda mahukan. Anda memerlukan sepasang fojn kepala dan mikrofon untuk membuat panggilan. Pelayan memiliki saluran suara. Inilah tempat akan disertai kumpulan pengguna dan mereka boleh berbual antara satu sama lain pada masa yang sama. Ini bagaikan berada di dalam satu bilik yang sama, ini juga bermakna anda boleh bekerjasama dengan lebih mudah dalam permainan. Ciri ini juga memudahkan lagi permainan berbilang pemain. Ini biasanya tersedia kepada semua pengguna pelayan, walaupun pelayan biasanya akan mentakrifkan penggunaan tertentu untuk saluran. Ini boleh digunakan untuk permainan tertentu atau bahkan mod permainan tertentu jika orang mahu anda bermain permainan yang sama tetapi bukan mod yang sama. Maka anda boleh memiliki satu untuk pemain Fortnite Battle Royale, sementara pemain Fortnite Creative berada dalam saluran lain. Menyertai saluran suara akan menghidupkan komunikasi suara secara automatik, oleh itu anda akan mendengar sesiapa bersiaran dalam saluran itu. Sembang suara memiliki beberapa tetapan. Anda boleh menetapkan kepada ‘tekan untuk bercakap,’ ini bermaksud mikrofon anda akan hanya bersiaran apabila anda menahan kekunci atau anda boleh menetapkan kepada bersiaran apabila suara anda didengari pada kelantangan tertentu. Anda juga boleh membiarkan mikrofon anda ‘terbuka’, yang akan bersiaran pada setiap masa.Sembang Teks Discord
Pelayan Discord boleh memiliki berbilang saluran teks. Saluran ini biasanya digunakan untuk Komuniti bertanya dan menjawab soalan, berkongsi jenaka dan meme serta berbual tanpa perlu menggunakan mikrofon. Pelayan Discord baharu akan bermula dengan saluran Umum tetapi pentadbir boleh mencipta berbilang saluran untuk tujuan tertentu. Ini boleh termasuk Pengumuman dan Peraturan pelayan atau sembang berkaitan permainan tertentu, seperti saluran Fortnite. Hal ini ditetapkan oleh pentadbir dan pengguna pelayan. Sembang teks boleh dibuat menjadi ‘baca sahaja’, yang disarankan untuk saluran Peraturan. Kebanyakan saluran teks akan dibuka untuk digunakan oleh pengguna dan tiada penapis sembang untuk menyekat bahasa kesat, walaupun terdapat senarai yang akan cuba menyekat imej eksplisit daripada disiarkan.
Sembang Video Discord
Jika anda memasang kamera, Discord juga menyokong sembang video. Sama seperti sembang suara, anda boleh mula menghubungi rakan anda pada senarai daripada senarai rakan atau mesej langsung dalam bahagian Laman Utama apl. Ikon panggilan video, yang berbentuk seperti kamera, akan memulakan panggilan langsung dengan orang yang telah anda pilih daripada senarai rakan. Pelayan juga boleh mengehos panggilan video kumpulan hingga 25 orang. Panggilan ini boleh dimulakan dalam mana-mana saluran suara. Selepas menyertai, anda boleh menghidupkan kamera anda atau sama ada memulakan atau menyertai sembang video. Panggilan ini agak sama seperti panggilan Zoom dan boleh digunakan untuk mengehos mesyuarat besar.
Penstriman Permainan dalam Discord
Anda boleh menstrim skrin anda pada rakan dan komuniti Discord anda. Ini tidak sama seperti Twitch, YouTube atau Facebook, yang bertujuan untuk paparan awam. Ini versi sembang video yang lebih canggih. Anda boleh melakukannya dalam mesej langsung melalui skrin utama atau dalam sembang suara awam pada pelayan. Ini dihadkan sepenuhnya kepada pelayan dan saluran yang anda gunakan untuk memulakan penstriman. Anda boleh menggunakan ciri ini untuk berkongsi kemajuan anda dalam permainan kepada rakan atau mempamerkan item atau meminta bantuan. Anda juga mampu menstrim pada skrin lain, seperti program cat. Walaupun anda boleh menstrim skrin bersama strim video anda, anda tidak boleh menggabungkan skrin untuk menindan gambar anda bermain. Melainkan anda membeli Nitro, penstriman dihadkan kepada 720p dan hingga 30fps. Pengguna Nitro boleh menstrim hingga nilai peleraian sumber pada 60 fps.
Apakah itu pelayan Discord awam?
Pelbagai permainan sekarang memiliki pelayan Discord mereka sendiri. Ini ialah tempat pembangun dapat berkongsi dengan peminat, memberikan maklumat terkini kepada mereka tentang kemajuan permainan, memberikan sokongan pelanggan dan membolehkan komuniti berbual antara satu sama lain. Anda boleh menyertai dengan mencari melalui pelayan awam dengan butang ‘Terokai Pelayan Awam’ atau menyertai melalui jemputan awam. Saluran Fortnite Rasmi memiliki hampir 800,000 ahli yang berkongsi tangkapan skrin, mencari kumpulan dan membincangkan permainan. Sebelum anda boleh berbual dalam mana-mana pelayan, anda mestilah bersetuju dengan peraturan yang tersenarai. Apa yang diperlukan hanyalah untuk membaca 14 peraturan, termasuk tidak memberikan maklumat peribadi, tidak mengganggu orang lain, tidak memaut ke laman web berbahaya dan menyatakan persetujuan anda. Jika anda melakukan sedemikian, anda akan dibenarkan untuk berinteraksi dengan komuniti secara selamat. Jika anda melanggar peraturan, anda boleh ditendang dan disekat daripada kembali ke pelayan.Apa itu peranan Discord?
Pentadbir boleh mencipta peranan untuk pelayan Discord mereka. Ini ialah cara yang berkuasa untuk memantau pengguna lain. Mereka boleh mengehadkan atau membuka kunci keizinan merentasi pelayan. Ini bermakna anda boleh mencipta peranan pembantu dengan kebolehan untuk mencipta atau mengunci teks, suara dan saluran video serta menendang keluar atau meredamkan pengguna. Anda boleh membuat peranan yang diberikan kepada setiap pengguna pelayan, maka jika anda tidak mahu orang lain menggunakan sembang Video, ciri boleh dinyahdayakan untuk semua orang. Peranan tidak boleh disalahguna, mana-mana kuasa melebihi pengguna biasa haruslah diberikan kepada orang yang anda percaya sahaja.Kawalan Privasi Discord
Sama seperti mana-mana platform perisian moden lain, Discord memiliki pelbagai ciri keselamatan dan privasi yang boleh anda dayakan. Anda boleh menapis siapa yang boleh menghantar mesej kepada anda, menyekat sesiapa yang anda rasa tidak selamat untuk berkomunikasi serta mendayakan ciri keselamatan tambahan. Laman Discord sendiri memiliki nasihat tentang cara memastikan kehadiran Discord anda selamat. Kami mengesyorkan agar anda menyemak secara kerap untuk sebarang kemas kini.Discord Nitro
Anda mendapat pelbagai ciri dengan akaun Discord percuma. Pada harga US$9.99 setiap bulan atau US$99.99 setahun, anda boleh mendapat akses kepada muat naik yang lebih besar (100MB jika dibandingkan dengan akaun percuma sebanyak 8MB). Jika anda menstrim permainan atau skrin anda, anda boleh melebihi had 720p dan 30fps, yang mengikut output skrin anda dan hingga 60fps. Pengguna Nitro boleh menggunakan avatar beranimasi pada profil mereka dan menambahkan emoji tersuai pada mana-mana pelayan yang dimiliki oleh mereka.Muat turn Discord secara percuma pada Epic Games Store dan mula berhubung dengan rakan anda dan komuniti permainan kegemaran anda hari ini.