Train Sim World® 7: Tadami Line: Aizu-Wakamatsu - Tadami Route Add-On

Dengan Tadami Line daripada Union Workshop, lembah menghijau dan laluan kereta api unik di desa Jepun muncul buat julung kalinya dalam Train Sim World! Terokai keindahan alam semula jadi Wilayah Fukushima dan kendalikan perkhidmatan kereta api penumpang tempatan merentasi kawasan pergunungan.

Train Sim World® 7: Tadami Line: Aizu-Wakamatsu - Tadami Route Add-On

Mulakan pengembaraan baharu dalam Train Sim World! Dengan Tadami Line daripada Union Workshop, lembah menghijau dan laluan kereta api unik di desa Jepun muncul buat julung kalinya dalam Train Sim World! Terokai keindahan alam semula jadi Wilayah Fukushima dengan memandu kereta api di landasan sempit sambil mengendalikan perkhidmatan kereta api penumpang tempatan merentasi kawasan pergunungan.

Tadami Line yang memukau ini bermula pada tahun 1928 apabila seksyen pertamanya, yang ketika itu dikenali sebagai Aizu Railway, bercabang dari Aizu-Wakamatsu ke Aizu-Yanaizu. Pembinaannya mengambil masa beberapa dekad untuk diluaskan sedikit demi sedikit mengikut aliran Sungai Tadami yang berliku, dibuka hingga ke Aizu-Kawaguchi pada tahun 1956 dan akhirnya sampai ke Tadami pada tahun 1963.

Laluan kereta api ini merupakan antara yang paling menawan di Jepun dan menerima pengiktirafan kerana keindahannya, membawa para pengembara menyusuri laluan yang jarang diterokai dalam sebuah kembara merentasi dunia yang dilupakan oleh masa.

Kagumi keindahan bunga sakura dan jambatan ikonik sambil menyusuri pelosok Oku Aizu yang belum diterokai. Laluan ini berlatarbelakangkan keadaan sebelum kejadian hujan lebat besar pada tahun 2011 yang merosakkan landasan dan menyebabkan perkhidmatan hanya beroperasi sehingga Aizu-Kawaguchi, membuatkan Tadami bergantung pada perkhidmatan bas ulang-alik selama lebih satu dekad. Sepanjang perjalanan sejauh lebih 80 km ini, anda dapat menikmati panorama yang memukau, dari Aizu-Wakamatsu melalui Aizu-Kawaguchi hingga ke Tadami; pemandangan di setiap selekoh umpama sekeping poskad! Terokai persekitaran yang unik dengan berjalan kaki sambil menikmati keindahan seni bina, budaya dan bentuk muka bumi Jepun yang dipersembahkan dengan perincian yang memukau.

Ciri-ciri Utama

  • Laluan rel tunggal luar bandar sepanjang 88 km dari Aizu-Wakamatsu ke Tadami seperti pada era 2010-an

  • Sistem isyarat dan keselamatan yang serba baharu

  • 28 stesen yang diperincikan dengan teliti, pemandangan hutan tebal dan lembah di samping jambatan-jambatan ikonik

  • Gerabak diesel KiHa 40 dalam pelbagai livery

  • Kabin pemanduan yang terperinci dan kaya dengan ciri

  • Prestasi, suspensi dan pengendalian yang realistik

  • Tutorial dan Pengenalan Laluan yang Mudah Diikuti

  • 5 senario, setiap satunya memfokuskan bahagian laluan yang berbeza merentasi musim yang berlainan

  • Jadual waktu autentik yang merangkumi jadual operasi harian sebenar laluan ini, dengan setiap perkhidmatan dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi menjadikan perjalanan yang tenang ini lebih mudah diikuti

  • Mod Perjalanan yang menggabungkan Latihan, Senario dan Perkhidmatan Berjadual

  • Pilihan Tugasan Laluan untuk diselesaikan

  • Terokai laluan dan tren dalam Mod Free Roam

  • Serasi dengan Livery Designer, Formation Designer dan Scenario Planner. Kongsi ciptaan anda dengan Creators Club

  • Dikuasakan oleh enjin dinamik kenderaan SimuGraph® milik Dovetail Games serta teknologi Unreal Engine 4®

Ikuti Kami

Keperluan Sistem Train Sim World® 7: Tadami Line: Aizu-Wakamatsu - Tadami Route Add-On

Minimum

Disyorkan

OS Windows

Windows 10 atau Windows 11 64-bit

OS Windows

Windows 10 atau Windows 11 64-bit

Pemproses Windows

Intel Core i5-4690 @ 3.5 GHz atau AMD Ryzen 5 1500X @ 3.7 GHz

Pemproses Windows

Intel Core i5-9600K @ 3.7 GHz atau AMD Ryzen 5 3600 @ 3.6 GHz

Memori Windows

8 GB

Memori Windows

16 GB

Storan Windows

35 GB

Storan Windows

50 GB

Windows Direct X

DirectX Version 10

Windows Direct X

DirectX Version 10

Grafik Windows

NVIDIA GeForce GTX 750 Ti atau AMD Radeon RX 460 dengan 2 GB VRAM atau lebih tinggi

Grafik Windows

NVIDIA GeForce RTX 3070 atau AMD Radeon RX 6800 dengan 8 GB VRAM atau lebih tinggi

Windows Lain-lain

Memerlukan tetikus dan papan kekunci atau Xbox Controller + DLSS/FSR hanya tersedia pada perkakasan yang disokong

Windows Lain-lain

Memerlukan tetikus dan papan kekunci atau Xbox Controller + DLSS/FSR hanya tersedia pada perkakasan yang disokong

Log Masuk Akaun Diperlukan

Epic Games

Bahasa yang Disokong

  • Audio: Inggeris, Perancis, Jerman. Teks: Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Poland, Rusia, Sepanyol - Sepanyol, Cina - Ringkas

©2026 Dovetail Games, a trading name of RailSimulator.com Limited (DTG). Dovetail Games and Train Sim World are trademarks or registered trademarks of DTG. All other trademarks are the property of their respective owners and are used here with permission. Developed and published by DTG. All rights reserved.

Dasar Privasi (Dibuka dalam tab baharu)
* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun