Artikel

Mark of the Deep kini boleh dimainkan di peranti mudah alih, Art the Clown menggerunkan pemain dalam Dead by Daylight, sistem bintang baharu Warframe kini mempunyai tarikh pelancaran, dan dapatkan pakaian Monika daripada Doki Doki Literature Club untuk Fortnite

E
Epic Games
28 Nov 2026

Mark of the Deep (Dibuka dalam tab baharu) kini di peranti mudah alih | Penambahan Dead by Daylight (Dibuka dalam tab baharu) yang Menakutkan | Tarikh pelancaran sistem bintang baharu Warframe (Dibuka dalam tab baharu) | Dapatkan pakaian Doki Doki Literature Club  (Dibuka dalam tab baharu) Fortnite

Mark of the Deep kini di Android, iPhone

Kira-kira dua tahun telah berlalu sejak permainan pengembaraan lanun yang menggabungkan elemen Metroidvania dan Soulslike, Mark of the Deep dilancarkan di PC, dan kini permainan itu beralih ke telefon mudah alih.

Versi mudah alih ialah eksklusif masa terhad Epic Games Store di Android dan, di rantau yang disokong, iOS. 

Kami berbual dengan pembangun di studio Brazil Mad Mimic tentang proses menghasilkan permainan itu untuk PC serta beberapa perubahan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka semasa membawakan permainan itu ke peranti mudah alih.

Idea asal itu termasuk sekurang-kurangnya satu ciri yang tidak disertakan: kapal lanun yang semakin berkembang apabila anda menyelamatkan kru anda.

“Idea asalnya ialah, sedang [Marcus “Rookie” Ramsey] meneroka pulau itu dan menemui lebih ramai ahli kru lanunnya yang hilang, kapal mereka akan dibina semula dan diperluas secara beransur-ansur, sekali gus mencerminkan kemajuan pemain secara visual menuju ke penghujung permainan,” kata Luis Gustavo Marte de Arruda Sampaio, Pengarah Permainan dan Pereka Utama Mark of the Deep. “Pada akhirnya, kami terpaksa mengutamakan skop projek ini dan menumpukan sumber kami pada aspek permainan teras, penerokaan dan naratif. Itulah elemen-elemen yang kami rasakan paling penting untuk disempurnakan.”

Sistem bintang kedua Warframe tiba pada 9 Dis

Kemas kini Tau percuma Warframe dilancarkan pada 9 Dis di semua platform. 

Ini kali pertama permainan ini keluar dari Origin System menuju ke sistem bintang kedua dengan dua wilayah yang boleh dimainkan: bandar gelang Sentient Fornax dan bulan gurun Perita.

Misi selama dua hingga tiga jam memperkenalkan Brysko, sebuah Warframe detektif noir yang disuarakan oleh Matthew Mercer, bersama dengan Portau, Permainan Kad pertama Warframe, dan Night Walk, sebuah mod baharu tanpa pertempuran.

Tema kemas kini ini ialah ketagihan dan Fornax dibina berasaskan kasino, tetapi pengarah kreatif Rebecca Ford berkata cip kasino Portau tidak mempunyai nilai wang sebenar dan tiada kaitan dengan platinum. Apabila ditanya mengapa mereka mengadakan Tau dan bukan Warframe 2, Ford berkata permainan sekuel “akan merosakkan kami.”

Art the Clown daripada Terrifier, Sienna Shaw dan Mall kini tersedia dalam Dead by Daylight minggu ini

Kita belum tahu tarikh tayangan filem Terrifier yang seterusnya (Terrifier 4 dilaporkan bakal dilancarkan pada tahun 2027), tetapi kita tahu bila Art the Clown akan muncul lagi: Minggu ini.

Art the Clown dan final girl Sienna Shaw kedua-duanya tiba di Dead by Daylight oleh Behaviour Interactive pada hari Selasa.

Kedua-duanya tiba dalam The Fog bersama-sama peta baharu yang asli: Hartshorne Mall, yang diilhamkan daripada trauma zaman kanak-kanak Dwight Fairfield. Pembelian bab ini juga akan membuka kunci azimat Art Crispies Cereal dan Sepanduk Clown Cafe.

Art membawa bersama pelbagai kuasa jahat dan Perk yang diambil terus daripada filem. Kuasanya iaitu Bag of Toys membolehkan dia mengeluarkan dua senjata rawak dan memilih satu: flail, penyembur api, pistol, botol asid atau hon basikal. Setiap serangan dengan mainan menjadikannya lebih berbahaya. 

Perk miliknya ialah: Funny Business memberi Art peningkatan kelajuan dan bonus rawak apabila dia menyerang Generator. Kill Spree membolehkan dia membunuh Survivor yang tersisa setelah semua Generator siap dan setiap Survivor telah mencapai dua Hook State. Laughingstock menyebabkan Survivor yang berada berhampiran Generator yang hampir siap mengalami Exhausted dan Oblivious.

Sienna Shaw mendapat tiga Perk: Best Gift Ever membolehkan dia menjatuhkan item untuk mendapatkan kebolehan pasif yang berkuasa. Shared Trauma membolehkan Survivor dalam lingkungan 12 meter pulih daripada status Exhausted. Dan Valkyrie’s Rage membolehkan dia melepaskan Pallet kuat yang boleh memegunkan.

Monika dari Doki Doki Literature Club hadir ke Fortnite

Mulai minggu ini, jika anda membeli Doki Doki Literature Club Plus! di Epic Games Store atau Epic Games Mobile, anda akan mendapat Pakaian Monika dalam Fortnite.

Ini gabungan simulator janji temu, seram psikologi, dan novel visual sepenuhnya: Doki Doki Literature Club! pada asalnya dikeluarkan pada tahun 2017. Kesan emosi permainan yang mengejutkan terhadap pemain telah menjadikannya seperti satu fenomena budaya.

Kemudian pada tahun 2021, Doki Doki Literature Club Plus! telah dikeluarkan untuk PC, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X/S. Permainan ini membawakan enam kisah sampingan baharu.

Pakaian ini dibuka kunci mulai 28 November jam 8:00 PG GMT+8 dan memerlukan akaun Epic yang dipautkan. Syarat penuh terkandung dalam Soalan Lazim Epic. (Dibuka dalam tab baharu)

Dalam kisah ini
Dead by Daylight: Terrifier
Dead by Daylight: Terrifier
USD 7.99