Berita

Panduan Borderlands 4, Kod SHiFT & Vault Hunter Baharu dan pelbagai lagi

C
Craig Pearson
11 Sep 2025
Kami meraikan pelancaran Borderlands 4 dengan penghormatan yang sesuai untuk penembak penjarah ini yang pasti menyeronokkan! Di bawah anda akan menemukan panduan untuk bermula, kod SHiFT untuk beberapa item dalam permainan, butiran tentang penghasilan permainan ini, maklumat asas tentang Vault Hunter baharu dan peringatan tentang cara mendapatkan Mad Moxxxi dalam Fortnite. 

Dapatkan segera!
 

Panduan Borderlands 4


Kami ada satu pengakuan: Kami sudah pun bermain Borderlands 4 selama beberapa minggu! Tidak, kami tidak merepek. Kami dapat menyelinap masuk ke peti rahsia Gearbox dan melarikan item terbaik, iaitu permainan itu sendiri.
Borderlands 4 Kod Shift Panduan Vault Hunter Baharu dan Pelbagai Lagi Panduan
Ini bermakna kami ada segalanya yang anda perlukan untuk mula berlari di Kairos. Daripada menguasai Vault Hunter baharu sehingga melawan setiap bos, panduan kami akan membantu anda menelusuri tanah terbiar ini dengan lancar.
 

Panduan Borderlands 4: 12 petua untuk membantu anda kekal selamat di planet Kairos


Bersedia untuk sesi tembak-menembak yang lebih mencemaskan sambil anda menerokai dunia Kairos dalam Borderlands 4. Panduan kami menyediakan semua petua yang anda perlukan untuk membantu anda memulakan pengembaraan, daripada ikhtisar kelas yang tersedia sehingga mekanik baharu untuk dikuasai.
 

Panduan Borderlands 4: Memilih kelas terbaik untuk kempen


Seru konco ghaib, kawal peranti berteknologi tinggi atau hentam musuh dengan tumbukan api dalam Borderlands 4. Panduan kami menjelaskan tentang kelas yang boleh anda gunakan dalam kempen dan kelas yang patut anda pilih.
 

Panduan Borderlands 4: Semua bos kempen dan cara menewaskan bos tersebut


Daripada keganasan yang mengancam kepada pemusnah yang gila kuasa, anda telah menyelesaikan tugas anda dalam Borderlands 4. Panduan kami memperincikan semua perlawanan bos yang boleh anda jangkakan semasa bermain kempen.
 

Panduan Borderlands 4: Mod Ultimate Vault Hunter dan perkara yang boleh anda jangkakan pada penghujung permainan


Kisah mungkin telah tamat, namun legenda anda baru saja bermula dalam Borderlands 4. Panduan kami membincangkan mod Ultimate Vault Hunter pascakempen dan semua cabaran yang menanti anda pada penghujung permainan.
 

Kod SHiFT Borderlands 4

Inilah Kod SHiFT Borderlands 4, boleh ditebus merentas semua platform. Cepat! Kod ini tamat tempoh pada 2:59 ptg GMT+8 1 Oktober 2025. 

THRBT-WW6CB-56TB5-3B3BJ-XBW3X
Borderlands 4 Kod Shift Panduan Vault Hunter Baharu dan Lebih Banyak Senjata Api
Kod SHiFT boleh ditebus untuk Akaun SHiFT anda di laman Gearbox SHiFT atau melalui menu Social dalam permainan dalam Borderlands 4 semasa pelancaran. Jika anda tidak mempunyai akaun SHiFT, anda boleh mencipta akaun pada laman Gearbox SHiFT! Akaun SHiFT adalah percuma. Setiap kod boleh ditebus sekali (1) untuk setiap akaun SHiFT.

Baca panduan Kod SHiFT kami sebelum ini, yang meliputi segalanya yang perlu anda tahu dan juga mengandungi kod untuk tajuk lain dalam siri Borderlands.

Temui Vault Hunter baharu


Anda akan tiba di Kairos dan menentang Timekeeper dengan empat Vault Hunter baharu: Vex, Rafa, Amon dan Harlowe. Setiap watak memiliki tiga kemahiran, setiap satu kemahiran memiliki tiga cabang dalam cabang kemahiran, semuanya menuju kepada Capstone yang berkuasa. Panduan kami akan membimbing anda menerusi beberapa petua terbaik untuk binaan setiap watak, oleh itu inilah maklumat ringkas tentang setiap Vault Hunter.
Borderlands 4 Kod Shift Panduan Vault Hunter Baharu dan Lebih Banyak Watak

Vex Si Siren


Vex ialah Siren, ini bermakna dia boleh menggunakan tenaga fasa ghaib yang memberinya bantuan eldritch.

Menurut panduan kami: “Siren ialah kelas yang terbaik dalam Borderlands 4 bagi pemain solo. Ini kerana kebolehan Vex untuk menyeru entiti daripada Phase. Konconya boleh melakukan segala-galanya termasuk mengenakan kerosakan dan melakukan kekacauan serta menerima serangan. Selain itu, Ciri Vault Hunter Vex, Phase Covenant, menukarkan kemahirannya dan jenis kerosakan jarak dekat kepada elemen senjata yang dipakai, menjadikan dia yang paling serba boleh dalam semua kelas.”
 

Rafa, Exo-Soldier


Rafa ialah Exo-Soldier

Daripada panduan kami: “Exo-Soldier ialah kelas yang terbaik dalam Borderlands 4 bagi pemain yang mahukan kepelbagaian. Ini kerana Rafa, yang pakar dalam elemen Shock dan Corrosive, ialah watak hibrid yang hebat dalam pertempuran jarak dekat dan juga jarak jauh. Ciri Vault Hunter miliknya, Overdrive, memberikan kerosakan dan kelajuan pergerakan yang dipertingkatkan bagi tempoh Action Skill.”
 

Amon, Forgeknight


Amon ialah Forgeknight. Tengok sajalah rupanya dan anda pasti tahu. Action Skill miliknya sangat gagah. Dia menyukai serangan jarak dekat!

Melalui panduan kami: “Amon ialah pakar tempur jarak dekat yang lebih bergantung pada kerosakan Incendiary dan Cryo. Amon yang memiliki pertahanan yang kuat boleh menerima dan memberikan kerosakan yang tinggi. Selain itu, Ciri Vault Hunter miliknya, Forgeskill, berubah bergantung pada Action Skill yang anda gunakan. Ciri-ciri ini menjadikan Forgeknight sebagai kelas Borderlands 4 yang terbaik untuk pemain yang ingin kekal hidup lebih lama dalam pertempuran yang sengit.”
 

Harlowe, Gravitar


Harlowe ialah Gravitar. Senjata berasaskan teknologi miliknya membolehkan dia mengikat musuhnya, menghubungkan kerosakan dan melancarkan serangan yang hebat.

Panduan watak kami menyatakan yang berikut: “Harlowe, yang agak bagus dengan elemen Cryo dan Radiation menggunakan segala jenis peranti canggih untuk membantu pertempurannya. Ciri Vault miliknya, Entanglement, menyebabkan musuh berkongsi kerosakan dengan semua kohort lain yang terikat. Ini menjadikan Gravitar sebagai kelas yang terbaik dalam Borderlands 4 untuk mereka yang ingin mengukuhkan pasukan dengan kerosakan terpaut, kawalan gerombolan dan utiliti sokongan.”
 

Dapatkan Borderlands 4 di Epic Games Store dan terima Bundel Mad Moxxi dalam Fortnite!


Mad Moxxi ialah salah satu watak paling ikonik dalam Borderlands. Pemilik bar yang digemari ramai dan hos Underdome ini telah muncul dalam semua permainan Borderlands setakat ini, dan kini anda boleh bawa sedikit sentuhan Moxxi ke dalam Fortnite. Bundel ini mengandungi koleksi kosmetik yang boleh anda gunakan dalam Fortnite. Beli Borderlands 4 di Epic Games Store sebelum 12 September 2026 dan terima Pakej Mad Moxxi dalam Fortnite! Tawaran akan tamat pada jam 11:59 pagi MYT, 13 September 2026.
  • Mad Moxxi (dengan varian Shader Off)
  • Aksesori Belakang Moxxi's Tip Jar
  • Beliung Megafon Underdome
Untuk makluman penuh, baca Soalan Lazim.

Nikmati Borderlands 4