Berita

Causal Loop ialah teka-teki naratif mencabar minda yang melibatkan gema diri anda membantu diri anda pada waktu semasa.

A
Alan Wen
25 Ogo 2025
Ada masanya saya mungkin bermimpi bagaimanakah keadaannya jika ada ramai versi diri saya yang membantu untuk menyiapkan lebih banyak kerja. Sudah tentu ini akan menjadikan hidup saya lebih mudah di Gamescom 2025 yang sibuk, itulah tempat saya berpeluang untuk bermain Causal Loop, permainan pengembaraan teka-teki fiksyen sains pandangan pertama yang memberi anda kelebihan itu, atau mungkin ini sumpahan Faustian?
03
Anda bermain sebagai seorang ahli exo-arkeologi yang telah mengembara ke planet makhluk asing yang telah lama dilupakan untuk mengkaji peradaban yang lenyap, dengan itu berlakunya peristiwa yang hampir mencetuskan malapetaka mengakibatkan realiti menjadi retak sambil anda terperangkap dalam paradoks masa, atau boleh juga dikatakan kitaran kebersebaban yang besar.

Bale perlu mencari rakan sekerjanya Jen, exo-jurubahasa, walaupun demo bermula dengan ‘tutorial yang diselindung dengan baik’, oleh itu sindirlah teman AI terapung anda, Walter dengan cuitan nakal. Ia memberikan cara paling pantas untuk memperkenalkan bagaimana kitaran kebersebaban ini telah mempengaruhi Bale, memberikannya keupayaan untuk membuat gema dirinya.

Kebolehan ini hanya terbukti berguna pada awalnya ketika saya menghampiri terminal yang membuka pagar di hadapan saya selama beberapa saat sebelum ditutup semula. Nasib baik. di sebelah bilik itu ialah “rekahan fasa”, sejenis buih yang boleh saya masuk dan membolehkan saya berpecah, merakam diri saya secara berkesan melakukan tindakan, seperti berjalan untuk mengaktifkan terminal.
07
Setelah direkodkan, gema dari diri Bale ini melakukan aksi itu secara berulang supaya saya boleh pergi ke pagar dan menunggu ia terbuka lalu melepasinya dengan mudah. Sudah tentu, teka-teki menjadi semakin rumit selepas itu. Rakaman itu memiliki had masa yang singkat, walaupun anda boleh menamatkannya dengan lebih awal, kenal pasti terlebih dahulu apa yang perlu dilakukan oleh gema anda sebelum menjejakkan kaki dalam rekahan fasa, walaupun anda juga boleh merekodkan semula gema.

Walter sekurang-kurangnya memberikan bantuan dalam sut anda untuk membimbing anda tentang mekanik teka-teki baharu, walaupun dia ada nada yang menjengkelkan. Ada sesetengah terminal yang perlu dikuasakan dengan kunci, yang perlu anda bawa dengan cepat kerana ia tidak stabil dan mungkin meletup setelah beberapa ketika. Namun keadaan semakin sukar apabila saya perlu mengaktifkan beberapa terminal pada masa yang serentak.

Untuk melakukan ini, Bale boleh menghasilkan hingga tiga lagi gema dirinya, saya rasa jika lebih daripada itu akan menyebabkan otak cair. Setiap gema rakaman juga memerlukan rekahan fasa yang tersendiri, namun anda tidak boleh membuat gema yang berselisih dengan laluan setiap satu gema. Tambahan pula, anda juga tidak mahu bertembung dengan mana-mana gema anda, kerana anda tahulah akibat jika bertemu diri selari anda dalam kitaran kebersebaban.

Causal Loop bukan semata-mata siri bilik teka-teki abstrak, permainan itu sendiri memiliki komponen naratif yang mantap dan memiliki lokasi persekitaran yang agak luas, ketika saya keluar dari fasiliti ke rupa bumi berbatu di planet makhluk asing ini. Oleh itu anda perlu memerah otak untuk mengetahui hala tuju anda.
01
Kali ini, saya menemui terminal yang boleh menguasakan jambatan, namun ia berada di platform yang lebih tinggi dan kunci ke kuasa itu ada di kawasan lebih rendah. Pada mulanya, saya mahu merekodkan gema untuk turun dan mengambil kunci itu, namun saya sedari yang gema tidak dapat mengutip objek, saya juga tidak dapat memindahkan kunci itu ke portal. Rupa-rupanya penyelesaian ini lebih ringkas kerana saya boleh membalingnya ke atas dan pergi ke portal sendiri untuk mendapatkannya sebelum kunci itu meletup. Fizik juga penting dalam dunia ini, dalam situasi ini, saya perlu melompat untuk memastikan saya sempat membaling kunci itu cukup tinggi ke platform atas.

Walaupun gema mengulangi tindakan mereka tanpa henti, penentuan masa yang tepat menjadi faktor yang penting, kerana saya melihat teka-teki terakhir ini memerlukan rakaman gema untuk mengaktifkan jambatan lain supaya saya dapat pergi rekahan fasa lain yang muncul selama beberapa saat sahaja. Ini bermakna saya tidak merekodkan gema yang seterusnya sehingga jambatan muncul semula untuk memastikan saya ada masa yang mencukupi untuk melintasinya dan mengaktifkan dua jambatan lain di seberang peta secara berturutan dan pantas.

Ada satu lagi dilema kerana walaupun saya dapat merentas jarak dan menunggu gema mengaktifkan dua jambatan yang perlu saya lintasi, saya tidak dapat melintas dengan cukup pantas sebelum ia lenyap melainkan saya menunggu di platform di tengah-tengah sehingga gema saya mengulangi tindakan. Saya juga dapat membayangkan pemain pecut yang teliti menentukan masa dengan tepat supaya gema yang mengaktifkan dua terminal jambatan ini sempat untuk melambatkan pengaktifan jambatan kedua, itu yang berlaku ketika saya melintasi jambatan pertama.

Saya telah menyelesaikan demo ini dan teruja dengan rekaan pintar mekanisme dan teka-teki Causal Loop, namun saya terperanjat ketika terlihat suatu keadaan ketika berpaling ke suatu sudut, satu mayat dalam sut angkasa yang terlantar di kolam cecair biru, mayat yang Walter mengatakan bahawa ini ialah diri Bale yang jauh lebih ‘tua’ yang tercipta ketika dia memecahkan ruang dan masa. Daripada pemerhatian saya, ada Omega dengan agendanya yang tersendiri yang perlu saya ketahui.
Sepanduk Gamescom Dengan Logo 1920x250 00743a96bc2b
Dengan diri anda yang lebih ramai juga boleh menjadi penyelesaian kepada masalah anda, namun ini juga boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar. Apa-apa pun, saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut.

Causal Loop akan datang tidak lama lagi ke Epic Games Store dan anda boleh menambahkan permainan ini dalam senarai hajat anda sekarang.