Berita

Panduan Pembeli Jualan MEGA Epic Games: Dapatkan tawaran permainan, barangan percuma, dan banyak lagi!

E
Epic Games
14 Mei 2026
Jualan MEGA Epic Games sudah tiba—beli-belah untuk mendapatkan diskaun besar untuk ratusan permainan! Dapatkan tajuk AAA yang hebat dan indie ikonik, dan jimat pada keluaran baharu dan klasik, dengan diskaun hingga 75% untuk permainan PC terpilih. Selain itu, nikmati permainan percuma dan Epic Ekstra
 

Bilakah Jualan MEGA Epic Games akan berlangsung?


Jualan MEGA Epic Games berlangsung dari 14 Mei 2026 jam 11 MLM GMT+8 hingga 11 Jun 2026 jam 11 MLM GMT+8
 

Permainan apakah yang tersedia semasa Jualan MEGA Epic Games?


Kami memiliki ratusan tajuk dengan tawaran hebat. Berikut ialah pilihan yang tersedia

Panduan Pembeli Jualan Mega Epic Games Cyberpunk
Cyberpunk 2077

Jelajahi Night City dan ukir nama anda dalam kalangan fixer serta broker kuasa. Dalam Cyberpunk 2077, anda akan membentuk askar upahan anda, V, menjadi senjata hidup. Dengan pohon kemahiran yang mendalam dan persenjataan berteknologi tinggi, pilihan anda menentukan cara anda bermain dan cara dunia bertindak balas. Anda boleh menggodam, bertarung, atau bahkan berbincang untuk keluar daripada masalah sambil membina legenda dalam salah satu dunia permainan yang paling mengasyikkan

Super Meat Boy 3D 

Jika anda fikir Super Meat Boy sudah cukup mencabar, Super Meat Boy 3D menampilkan tahap yang lebih berliku-liku, dipenuhi perangkap pencincang daging, jurang maut, dan platform yang direka untuk menjamin malapetaka anda. Kesabaran, ketepatan, dan eksekusi yang hampir sempurna diperlukan untuk setiap tahap.

Beli Super Meat Boy 3D di Epic Games Store dan dapatkan Super Meat Boy Sidekick dalam Fortnite sebagai hadiah dengan pembelian.

John Carpenter's Toxic Commando

John Carpenter's Toxic Commando ialah penembak ko-op berinspirasi 80-an yang melibatkan empat pemain menentang gerombolan mayat hidup yang tiada henti. Sebuah trak berperisai turut serta dalam perjalanan ini, pangkalan bergerak yang membawa anda merentasi dunia zombi, melalui lumpur pasca-apokaliptik yang suram dan mencengkam. Jika lumpur tidak memerangkap kenderaan anda, ribuan zombi pula yang akan mengerumuni anda. Jom menembak

RIDE 6

RIDE 6 ialah simulasi perlumbaan motosikal terperinci yang menampilkan lebih 350 motosikal dan pelbagai acara yang sangat luas. Dibina berdasarkan fizik dan kawalan penunggang yang fenomenal, ia perlumbaan paling realistik yang pernah ada. 

Anda boleh mennaik basikal dan meluncur di trek untuk berseronok, tetapi cabaran utamanya adalah menentang sepuluh pelumba legenda dunia sebenar. Anda memerlukan kemahiran yang mantap, jadi kuasai teknik brek dan selekoh, dan kembangkan gaya anda sendiri di sekolah menunggang permainan ini. Tiada cara yang lebih baik untuk mengubah teknik menjadi kejayaan. 

NORSE: Oath of Blood

Gunnar, seorang pahlawan muda, ingin membalas dendam selepas kematian bapanya di tangan Steinarr Far-Spear yang kejam. Bina semula penempatan anda yang musnah, rekrut dan latih pahlawan unik, dan pimpin mereka dalam pertempuran taktikal berdasarkan giliran di mana rupa bumi, kedudukan, dan kemahiran memainkan peranan. Urus kampung Viking anda, tempa senjata dan perisai, dan jalin perikatan seraya anda berkembang dari buangan menjadi pemimpin, membimbing rakyat anda ke arah kelangsungan hidup dan pembalasan.

Panduan Pembeli Jualan MEGA Epic Games Gtav
Grand Theft Auto V Enhanced

Permainan jenayah Rockstar masih rancak dengan aksi rompakan walaupun sudah lebih sedekad dilancarkan. Kempen pemain tunggal mengisahkan cerita yang meluas yang bertukar antara tiga penjenayah berpengalaman ketika mereka cuba merebut kuasa di Los Santos. Sementara itu, berbilang pemain telah banyak berevolusi selama bertahun-tahun sehingga anda boleh benar-benar leka di dalamnya. Penuh dengan misi luar biasa dan cerita menarik, dan memberikan penghormatan kepada warisan Los Santos

Ghost of Tsushima EDISI PENGARAH

Selepas terselamat daripada serangan tentera penceroboh, Jin Sakai mesti memilih sama ada berjuang seperti samurai atau menggunakan taktik musuhnya. Ghost of Tsushima ialah pengembaraan dunia terbuka yang ganas namun anggun, meneroka dendam dan keadilan dalam salah satu latar permainan paling menakjubkan yang pernah dicipta. Anda boleh (dan patut) berhenti, menarik nafas, dan menghargai sepenuhnya perjuangan anda.

The Witcher 3: Wild Hunt – Complete Edition 

RPG dunia terbuka CD Projekt merupakan antara yang terbaik. Jelajahi kawasan pedalaman berbahaya sambil bertarung dengan raksasa, membancuh posyen, membongkar rahsia, dan menyelesaikan perhitungan. Beberapa misi terbaik dan karakter paling diingati dalam permainan hadir untuk menguji kemahiran dan kepintaran Geralt. 

Stellar Blade

Aksi Stellar Bladeyang dahsyat ini seharusnya disaksikan. Menetak konco dan ketua dengan pedang berpusing, ketenangan, dan keanggunan, sebelum menikmati rehat yang sewajarnya dalam permainan mini memancing permainan yang aneh—tetapi memberikan kepuasan. Ya, permainan ini serba boleh. 

Hell Is Us 

Hati kemanusiaan yang hancur terdedah dalam Hell Is Us, ketika raksasa ialah cerminan naluri terburuk manusia. Ini merupakan salah satu permainan paling mencabar yang pernah anda main, hampir tiada langsung panduan dan penanda untuk anda. Anda mesti meneroka dunia, mengikut naluri anda, dan perlahan-lahan membongkar rahsia tanah yang musnah.
 

Adakah terdapat permainan percuma dalam Jualan MEGA Epic Games?


Ya! Jualan MEGA Epic Games menawarkan permainan percuma sepanjang tempoh jualan. 
 

Adakah terdapat jualan murah permainan mudah alih?


Jualan MEGA Epic Games juga terdapat di Epic Games Store untuk mudah alih dari 14 Mei 2026 pada 11 MLM GMT+8 hingga 11 Jun 2026 pada 11 MLM GMT+8. Rebut diskaun hebat dan permainan percuma sepanjang tempoh jualan.

MS EGS 3PFreeGames Mobile Spring2025 EditorialBanner 3840x632

Nikmati Epic Ekstra! 


Epic Ekstra ialah hadiah hebat daripada pelbagai permainan menarik, termasuk pek kosmetik, mata wang dalam permainan, peningkatan XP, percubaan aplikasi, dan banyak lagi. Pergi ke artikel berita kami untuk mengetahui lebih lanjut.
 

Gunakan Pemberian Hadiah untuk berkongsi kegembiraan


Hantar permainan dan item tambahan terus kepada rakan anda, dapatkan Ganjaran Epic dengan setiap pembelian, atau gunakan baki anda untuk pemberian hadiah yang seterusnya. Berkongsi permainan kini lebih mudah. Sekatan dikenakan, lihat Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.


**Sebarang pembelian Super Meat Boy 3D di Epic Games Store bermula 1 April 2026 8:00 PG GMT+8 akan memberi anda Super Meat Boy Sidekick dalam Fortnite mulai 1 April 2026 8:00 PG GMT+8. Promosi ini memerlukan akaun Epic yang dipautkan dan tamat jika permainan meninggalkan Epic Games Store. Lihat Soalan Lazim untuk terma penuh.