
Berita
Sesi bermain Industria 2 di Gamescom, FPS yang mencemaskan tentang menyelamatkan diri daripada AI berbahaya
A
Alan Wen
Walaupun ini ialah siri sambungan, tidak sukar untuk memahami siri 2021 terdahulu, memandangkan pengalaman yang mudah difahami dan boleh diselesaikan dalam suatu petang. Akan tetapi, bagi mereka yang perlu mengimbas kembali, anda bermain sebagai wanita bernama Nora yang tinggal di Berlin Timur ketika Perang Dingin hampir tamat, dia telah tersangkut di suatu tempat, “terperangkap di antara dinding binaan mesin, di suatu dimensi lain, jauh dari rumah”.

Namun dia tidak keseorangan, tidak jauh dari permulaan permainan, inilah waktu bermulanya demo, dia telah bertemu dengan Marlene, juga rakan sekerja dari Berlin Timur yang juga terperangkap dalam dimensi lain ini. Ini memberikan ketenangan apabila ada orang lain bersama anda sambil menerokai bangunan industri yang gelap ini, lampu suluh pun tidak cukup terang untuk melihat persekitaran anda.
Namun pemandangannya yang cantik diproses dalam Unreal Engine 5, memanfaatkan sepenuhnya pencahayaan dinamik Lumen, manakala perkara yang lebih memberikan kesan ialah interaksi berasaskan fizik. Contohnya, anda bukan sahaja perlu mengklik tetikus, anda perlu menahan dan menarik untuk membuka pintu atau mengutip item, mengambil wayar untuk dipalamkan ke soket kuasa, yang memberikan dimensi selari lebih mengasyikkan dan taktil.
Sama juga apabila menghasilkan item, anda perlu membuka beg galas Nora, menarik dan meletakkan bahan dalam slot pertukangan. Walaupun dalam pengabstrakan proses menghasilkan item, saya gemar melihat komponen ini bertindan di atas satu sama lain sementara pistol yang saya hasilkan telah bertukar menjadi peluru, yang menghasilkan bunyi yang meyakinkan apabila ia dimasukkan ke dalam kantung peluru sebelum Nora menutup zip beg galasnya.
Walaupun Marlene ialah teman yang bagus kerana memberikan petunjuk atau dialog untuk memberikan maklumat tentang situasi semasa, dia tidak boleh berlawan dan itulah sebab Nora menasihatinya untuk tunggu sambil Nora menerokai fasiliti ini dengan lebih jauh untuk mencari modulator bagi membuka jalan untuk terus mara. Saya juga terkejut setelah menemui jalan keluar yang terdapat sinaran matahari di tengah hari - hanya bangunan industri itu yang sangat gelap di dalam.
Tidak lama dahulu saya kembali dalam bangunan ini dan menyaksikan ancaman maut dalam Industria 2. Jika dibandingkan dengan zombi atau raksasa lain, robot ini lebih menggerunkan kerana kesenyapannya. Namun saya dapat mengakses penjejak pergerakan, yang tidak jauh berbeza seperti Alien: Isolation, yang boleh digunakan untuk mengesan musuh berdekatan, walaupun cas item itu agak terhad.
Dengan interaksi fizikal melibatkan Nora yang mampu memanjat tebing atau menyelit di celahan, apabila melibatkan tembak-menembak, ia rasa lebih perlahan dan lebih tertib berbanding FPS biasa, juga dengan animasi isi peluru yang lama. Dengan peluru yang terhad, maksudnya setiap tembakan perlu dimanfaatkan jika anda mahu berlawan. Anda juga ada pilihan untuk menjimatkan peluru itu dan memilih untuk menyelinap agar tidak dikesan sambil anda mencari jalan untuk mara.

Anda perlu lebih berhati-hati apabila bertemu dengan musuh yang lebih berbahaya, iaitu Surger yang mampu membunuh anda sekelip mata. Makhluk ini juga buta, oleh itu anda perlu kekal senyap dengan berjalan secara membongkok atau menghasilkan alat penyegap untuk pistol, anda masih ada peluang untuk mengelak makhluk ini, ia juga tidak nampak jika anda menyuluh lampu suluh anda dalam kegelapan. Namun tiada jalan lain apabila satu-satunya cara untuk mara adalah dengan memutarkan engkol yang sangat bising untuk membuka pintu ke kawasan seterusnya. Saya juga perlu memecut ke arahnya sebelum pintu itu tutup. Walaupun saya telah mengutip senapang patah, bekalan peluru saya sangat terhad, itulah senjata saya dalam situasi kecemasan. Daripada pertimbangan yang buruk kerana panik, menghabiskan semua peluru senapang patah anda untuk membunuh satu surger ialah tindakan yang kurang bijak kerana surger yang lain sudah mengetahui lokasi anda.
Saya terasa lega jika berpeluang untuk berehat dan merayau di luar, ini juga membuatkan saya menghargai keluasan dan ketersambungan dunia ini, walaupun kawasan masih terpisah dengan skrin pemuatan. Paling menenangkan jika saya berjaya pulang bertemu Marlene semula, yang menyapa agak sinis, “Hidup lagi?” ketika saya kembali.
Daripada sesi pendek bermain permainan ini pada peringkat awal, Industria 2 pastinya menawarkan dunia yang memiliki suasana dan taktil, namun ketakutan AI yang menanti dalam dimensi selari ini juga lebih boleh diterima jika anda memiliki teman.
Industria 2 akan datang tidak lama lagi ke Epic Games Store dan anda boleh menambahkan permainan ini dalam senarai hajat anda sekarang. Jika anda belum mencuba, apa kata anda mula bermain Industria untuk sementara waktu?
