Berita

League of Legends: Juara terbaik untuk pemula belajar dalam setiap peranan

B
Brittany Alva
9 Jan 2024

League of Legends boleh memberikan rasa yang sukar untuk mula bermain. Sistemnya rumit dan terdapat pelbagai sistem untuk dipelajari yang boleh menyebabkan kerisauan dalam permainan pertama anda.

Selain itu, terdapat hampir 150 Juara untuk dipilih dan dimainkan, perkara ini boleh menyebabkan kesukaran apabila anda baru saja mahu mempelajari tentang permainan ini. Walaupun selepas anda mempelajari asasnya, anda akan mendapati bahawa lima lorong berbeza MOBA semuanya dimainkan dengan cara sedikit berbeza pada permulaan permainan. JUara kegemaran anda tidak berfungsi untuk semua senario, anda perlu mencari Juara lain daripada pelbagai pilihan.

Siapakah yang patut dipilih? Setiap Juara dibina dengan kelebihan yang berbeza, ini juga bermakna sesetengah Huara sesuai untuk pemula dan lebih mudah digunakan. Di bawah, kami memperincikan Juara yang paling sesuai untuk bermula dengan setiap peranan, sama ada anda baru bermain League of Legends atau hanya mahu mempelajari lorong baharu.
Juara Teratas League Of Legends
 

Lorong Atas: Garen, Shen, Nasus


Lorong atas adalah seperti lambung syiling. Ia agak mudah dipelajari kerana anda juga bekerja keras di lorong anda untuk bahagian permulaan permainan. Namun, jika anda melawan seseorang yang selesa dan mengenali peranan dan Juara mereka, mereka akan menyukarkan anda untuk menumpukan usaha dalam perladangan. Itulah sebab Juara yang mudah dimainkan, seimbang dan mengenakan kerosakan yang bagus adalah yang terbaik untuk dipilih semasa anda masih belajar.

Garen adalah yang pertama dalam senarai ini. Keupayaan Garen agak kuat dan menjadikan dia agak selamat. Decisive Strike, keupayaan Q Garen (a.k.a. kemahiran yang dicetuskan apabila anda menekan kekunci ‘Q’ pada papan kekunci anda), membuang segala kesan yang melambatkannya dan meningkatkan kelajuan pergerakannya, membolehkan dia keluar dari situasi yang rumit dengan mudah.

Garen juga memiliki perisai yang boleh digunakan dengan keupayaan Keberaniannya (dipetakan pada W) dan keupayaan E Judgement yang membolehkan dia berputar dengan pedangnya dan mengenakan kerosakan dalam bulatan di sekitarnya, yang menyebabkan sesetengah pemain menggelarkannya sebagai “putar untuk menang”. Dengan pertimbangan bahawa Juara di lorong atas ialah Juara serangan jarak dekat dan perlu hampir untuk mengenakan kerosakan, ini boleh menjadi satu pertahanan juga.

Akhir sekali, ultimate Garen, Demacian Justice ialah serangan luas yang menghentam musuh di tempat mereka berdiri. Secara keseluruhannya, Garen ialah Juara yang sangat seimbang yang boleh membantu anda mempelajari cara bermain lorong atas.

Satu lagi Juara pemula yang mudah ialah Shen. Shen lebih memfokuskan perlindungan diri (dan sekutunya( tetapi dia masih mengenakan jumlah kerosakan yang bagus dengan keupayaan Q, Twilight Assault, yang memanggil pedangnya kembali dan menyerang dengan pedang itu. Kit Shen agak mengelirukan pada kertas tetapi itu tidaklah begitu sukar setelah anda berada dalam permainan. Dia juga memiliki beberapa gerakan perlindungan, dengan Spirit’s Refuge (W) dan keupayaan Penghadang Ki pasif yang boleh menghalang beberapa serangan yang datang.

Adakah anda pemula bagi lorong atas tetapi bukan pemain baharu League of Legends? Nasus mungkin lebih sesuai dengan anda. Dia sesuai dengan lorong atas dan mudah digunakan untuk mempelajari lorong itu tetapi anda perlu lebih mengenali permainan pertama untuk menggunakan dia dengan mudah.
Juara Hutan League Of Legends
 

Jungle: Master Yi, Warwick, Nunu


Dua perkara penting yang menjadikan Juara bagus untuk Jungle: keupayaan untuk mengalahkan kem Jungle dan menyelinap terhadap musuh dengan pantas. Master Yi dan Warwick sesuai untuk membantu pemula melakukan perkara ini sambil mudah dikendalikan.

Master Yi boleh mengenakan kerosakan tinggi dengan pantas dan keupayaan ultimate miliknya iaitu Highlander yang mempercepatkan dia dan membolehkan dia meletupkan musuh, terutamanya apabila digabungkan dengan keupayaan E dan Q, Wuju Style dan Alpha Strike. Master Yi juga boleh menjana semula nyawanya dan melindungi dirinya dengan keupayaan W, iaitu Meditate yang membantu dia dalam pertarungan berpasukan.

Sama juga, Warwick mengenakan kerosakan yang tinggi sambil memiliki cara untuk mengejar sasaran pada peta dengan sangat pantas. Keupayaan W Warwick iaitu Blood Hunt memberi dia serangan bonus dan kelajuan pergerakan apabila musuh memiliki nyawa di bawah 50% dan ini melukiskan garis di tanah yang membawa ke arah Juara musuh, yang bertujuan sebagai peringatan yang dia sepatutnya membantu lorong lain. Warwick memiliki pelbagai penyembuhan diri berdasarkan kerosakan yang dia kenakan, maka dia pilihan yang agak selamat bagi pemain yang belum mahir.

Adakah anda veteran League of Legends yang akhirnya mempelajari jungle? Nunu & Willump merupakan pilihan yang baik. Budak lelaki dan yetinya sangat pantas dan boleh memasuki laluan dengan pantas dan mengawal gerombolan (CC) musuh. Namun, pasangan Juara boleh menjadi sukar dimainkan jika anda belum menguasai selok-belok League of Legends lagi.
Juara Pertengahan League Of Legends
 

Lorong Tengah: Annie, Lux, Ahri


Terdapat dua jenis Juara lorong tengah: penyihir dan asasin. Manakala asasin agak menarik dan tidak terlalu sukar untuk dimainkan, mereka tidak sesuai untuk pemula kerana kitnya memerlukan banyak pertimbangan. Jika anda baru saja mempelajari League of Legends, Juara seperti Annie dan Lux lebih mudah digunakan.

Annie biasanya digelar salah satu Juara paling mudah dalam League of Legends. Kit dia ditetapkan untuk membolehkan dia bermain dengan selamat dan memastikan musuh tidak mendekatinya. Keupayaan E Annie ialah Molten Shield yang melindungi dia sambil mengenakan kerosakan kepada sesiapa yang menyerangnya ketika perisai diaktifkan dan keupayaan Disintegrate (Q) dan Incinerate (W) ialah serangan jarak jauh yang tidak memerlukan kemahiran tinggi untuk mengenai sasaran.

Pasif Pyromania annie membolehkan dia memegun musuh setiap empat serangan asas, menjadikan keupayaan lain mustahil untuk tersasar. Tidak dilupakan juga Tibbers iaitu keupayaan ultimate Annie yang menyeru gergasi, beruang teddy garang yang menyerang musuh berdekatan. Secara keseluruhannya, kit Annie boleh digunakan untuk menyerang dan bertahan, menjadikan dia pilihan yang bagus untuk pemula.

Lux agak serupa. Dia selalu digelar sebagai anak emas League of Legends kerana dia agak kuat dan mendapat banyak sokongan dalam meta. (League of Legends dari semasa ke semasa menambah baik Juara untuk memastikan keseimbangan sementara pembangun menambahkan ciri baharu dalam permainan dan meta ialah kumpulan Juara yang berprestasi baik dalam tampung semasa.)

Lux sentiasa dalam meta dan dia mudah digunakan. Keupayaannya termasuk kesan pegun, perlahan, perisai dan keupayaan ultimate (Final Spark) iaitu menembak pancaran laser gergasi dengan cooldown yang sangat pendek. Sama seperti Annie, keupayaan ini membolehkan Lux dimainkan untuk menyerang atau bertahan, maka pemain boleh mempelajari lorong tanpa dibuli oleh musuh mereka.

Jika anda sudah biasa bermain League of Legends dan mahu mencuba, Juara seperti Ahri ialah pilihan yang baik. Dia sangat kuat tetapi anda perlu pandai menyasarkan tembakan kemahiran. Dia juga mendapat manfaat dengan mengetahui cara dan waktu untuk merayau di peta, kemahiran yang mungkin telah diketahui daripada lorong jungle dan bawah (bot).
Juara Bot League of Legends
 

Lorong Bawah: Miss Fortune, Ashe, Caitlyn


Lorong bawah dalam League of Legends boleh menjadi sukar untuk dikuasai kerana peranan ini secara amnya bagaikan meriam kaca. Musuh patut menyasarkan anda setiap kali peluang muncul, oleh itu anda perlu bermain Juara yang boleh mengelakkan musuh. Miss Fortune dan Ashe ialah contoh yang baik.

Miss Fortune memiliki kelajuan pergerakan yang ditingkatkan apabila dia tidak bertempur kerana keupayaan W, Strut dan dia juga boleh memperlahankan dan mengenakan kerosakan terhadap[p musuh dalam bulatan gergasi menggunakan keupayaan E miliknya, Make It Rain. Selain itu, keupayaan Q (Double Up) dan ultimate (Bullet Time) Miss Fortune mengenakan kerosakan yang tinggi kepada berbilang musuh secara serentak, menjadikan dia pilihan yang kukuh secara keseluruhan. Had kemahiran Miss Fortune juga agak tinggi kerana kitnya juga menyertakan sistem yang kurang rumit untuk memaksimumkan kerosakan, maka dia Juara yang bagus untuk dimainkan.

Sama juga, ultimate (Enchanted Crystal Arrow) Ashe dan keupayaan W (Volley) bagus untuk terus menghalau musuh. Keupayaan E (Hawkshot) miliknya juga memberikan penglihatan Ashe ke mana-mana arah yang dipilihnya, ini membantu dia (dan Sokongan) supaya berjaga-jaga dengan serangan daripada Jungler musuh. Keupayaan ini juga bagus untuk penggunaan menyerang, menjadikan Ashe agak menguasai jika anda mendahului.

Jika anda tahu cara bermain di lorong lain dan baru mencuba lorong bawah, maka Caitlyn mungkin pilihan yang baik. Dia memiliki jarak serangan terpanjang dalam League of Legends (dengan pengecualian tahap 18 Tristana) yang menjadikan dia pilihan yang sangat selamat. Namun, anda perlu menjadi selesa bermain pada jarak maksimum dan juga menyerang dengan animasi serangan yang panjang untuk keupayaannya.
Juara Sokongan League of Legends


Sokongan: Nami, Nautilus, Yuumi


Peranan Sokongan berfungsi dengan Juara lorong bahawa untuk membantu mereka menjadi kuat. Oleh itu, anda perlu mengubah pemikiran untuk membantu ahli pasukan anda dan bukannya membantu diri anda. Terdapat beberapa Juara yang memudahkan tugasan ini.

Nami ialah Juara Sokongan yang bagus untuk bermula. Dia memiliki cara untuk menyembuhkan rakannya (sambil mengenakan kerosakan kepada musuh berdekatan) dengan Ebb atau keupayaan (W) Flow serta dua cara berbeza untuk CC musuhnya menggunakan keupayaan Q atau ultimate miliknya, iaitu Aqua Prison dan Tidal Wave. Dia juga boleh menguatkan serangan rakan sepasukannya terhadap musuh dengan keupayaan E, Tidecaller's Blessing. Kit Nami membolehkan dia menyesuaikan gaya permainan dengan rakan sepasukannya, sama ada mereka bermain secara lebih agresif atau pasif.

Nautilus serupa dengan Nami tetapi merupakan versi yang lebih tahan lasak. Nami ialah penyihir yang boleh menyembuhkan untuk melindungi dirinya daripada musuh di lorong bawah, Nautilus pula boleh mara dan menerima serangan sambil melakukan CC terhadap musuh secara berulang kali. Keupayaan Q miliknya, Dredge Line ialah tarikan, yang membolehkan rakan sepasukannya bermain lebih jauh di belakang manakala Nautilus mendekati dan bersemuka dengan musuh. Walaupun Dredge Line ialah kemahiran jenis tembakan, keupayaan Nautilus yang lain tidak sukar untuk disasarkan tepat.

Jika anda bermain dengan seseorang yang anda kenali dalam lorong bawah, maka Juara seperti Yuumi amat berguna. Kelebihan utama Yuumi ialah dia menjangkaui ADC (Serang Kerosakan Mara), maka merayau tidaklah penting. Yuumi memiliki had kemahiran yang tinggi, membolehkan dia menjadi Sokongan yang hebat tetapi anda mahu bermain dengan seseorang yang boleh menjelaskan cara untuk menggunakan keupayaan anda dan cara lorong berfungsi.

Dengan semua Juara tersedia dalam League of Legends, pasti ada yang anda dapati lebih mudah digunakan berbanding yang lain, maka senarai ini bukanlah suatu yang ketat atau menyeluruh. Juara ini permulaan yang baik sambil anda mempelajari League of Legends (atau mempelajari peranan baharu). Mereka tidak akan membuatkan anda sukar membuat keputusan atau keliru, justeru itu membolehkan anda menumpukan perkara asas. Jika anda pemain baharu kepada permainan ini, anda patut merujuk panduan pemula bagi League of Legends juga.

League of Legends tersedia melalui Epic Games Store.