
Berita
Relooted ialah permainan rompakan penghantaran semula relik Afrika yang anda tak sangka diri anda perlukan
B
Brian Crecente
“Ini merupakan proses yang rumit,” kata Ben Myres, Pengarah Kreatif Relooted. “Kami ada dua pengkaji untuk tempoh dua tahun. Memang banyak.”
Akhirnya, pasukan telah membuat keputusan tentang artifak yang ingin digunakan dalam Relooted dengan memfokuskan kisah yang berkaitan dengan artifak itu.
“Kami mencari artifak dengan kisah yang hebat dari segi cara artifak ini diambil,” katanya. “Mengapakah ini penting kepada orang ramai? Apa saja yang berkaitan dengannya.”
Contohnya, satu artifak dalam permainan ialah gendang dari Kenya. Orang Kenya menganggap gendang ini telah musnah sejak sekian lama, kata Myres.

“Ini artifak yang paling penting dari segi rohani bagi mereka,” katanya. “Mereka menganggap artifak ini telah dimusnahkan. Rupa-rupanya gendang ini dalam simpanan Muzium British sejak 100 tahun yang lalu. Orang Kenya pertama yang melihatnya sejak 100 tahun yang lalu ialah pada tahun 2010. Artifak ini diambil pada tahun 1870.
“Orang yang melihat gendang ini merupakan keturunan raja yang telah dirampas gendang itu pada asalnya. Ini bukanlah artifak yang barui ditemui di sebalik debu dan digali oleh ahli arkeologi. Ini budaya yang masih aktif.”
Idea permainan yang ditemukan di dalam muzium
Artifak ditemukan dalam Relooted ,memainkan peranan penting. Permainan ini berlatarkan abad ke 21 dengan inspirasi Zaman Canggih Afrika, ketika perjanjian untuk memulangkan semula artifak Afrika dari muzium Barat. Namun hal di saat genting mengganggu perjanjian ini dan kini anda serta ahli kru anda dari negara Afrika yang berbeza perlu bekerjasama untuk merampas semula 70 artifak.
Permainan ini ialah pemplatform teka-teki penatalan sisi pada dasarnya. Pemain perlu meninjau muzium, merancang laluan masuk dan keluar serta melakukan rompakan dalam masa nyata ketika penggera berbunyi dan pintu dihentak. Tiada keganasan; ini semata-mata hal seperti Ocean's Eleven.
Myres mendapat idea ini apabila dia dan ibu bapanya berada di London.
“Saya pergi ke bar permainan video; mereka pergi ke Muzium British,” katanya. “Kami bertemu untuk makan malam kemudian, ibu saya berasa sangat marah kerana dia terlihat yang mereka memiliki seluruh bahagian hadapan kuil di selatan Turki yang mereka telah pindahkan. Dia berkata, ‘Ini suatu kegilaan.’ Kemudian dia berkata, ‘Kamu perlu jadikan ini sebagai permainan.’”
Myres berkata dia tak tahu cara untuk merealisasikannya, namun dari semasa ke semasa, idea semakin terbentuk. Dia membuat keputusan untuk menjadikan pangkalannya di Afrika kerana pergerakan penghantaran balik Afrika agak besar dan dia mahukan artifak Afrika sebagai tumpuan.
Kemudian pasukan yang berkembang mula bekerja untuk menghasilkan karya ulangan permainan rompakan ini.

“Tidak ada banyak rujukan bukan keganasan,” katanya.
Ulangan ialah cabaran yang harus dikuasai, setelah anda kuasai, ini memberikan gabungan parkur, penyelesaian teka-teki yang pintar dan pengetahuan yang apabila semuanya bergerak, tidak akan berhenti lagi sehingga anda memasuki kenderaan pelarian.
Pengenalan Relooted membimbing anda menerusi konsep kawalan asas permainan ini. Selagi anda memegang pencetus, watak anda akan berlari dan melakukan aksi parkur melepasi persekitaran. Ketik butang wajah untuk memberi anda pecutan kelajuan. Asas ini membolehkan anda bergerak menerusi susun atur muzium dengan pantas: melompat dinding, menuruni melalui tali, berlari merentasi plat tekanan kemudian menggelincir di bawah pintu yang hampir ditutup rapat.
Pada tutorial yang kemudiannya, anda menggerakkan barang di sekitar bilik untuk menyediakan laluan yang akan anda ambil. Akhir sekali, permainan ini memperkenalkan ahli kru yang berbeza, setiap seorang dengan kemahiran yang berbeza. Anda boleh memberi mereka peranan dalam rompakan anda, seperti bergayut di siling untuk membantu anda berpaut dan berayun dari sana, atau membuka pintu secara paksa pada detik yang sesuai.
Walaupun pergerakan dan mekanik permainan agak seronok untuk dipelajari, ini cuma sebahagian daripada permainan. Gaya permainan telah mengambil masa yang lama untuk disiapkan; pasukan menghadapi cabaran yang agak lama tentang ini.
“Kami menghasilkan versi permainan strategi berdasarkan giliran bagi ini,” kata Myres. “Kami menghasilkan versi sim.”

Tetapi ini tidak berlaku sehinggalah permainan kemusnahan berdasarkan fizik yang bernama Teardown keluar.
“Permainan ini memiliki ulangan gaya permainan yang kami adaptasikan dan berpindah kepada perspektif ini,” katanya. “Sebaik sahaja anda mengambil satu daripada relik yang cuba anda curi, penggera akan berbunyi. Jika anda tidak keluar dalam masa 30 saat, permainan ini tamat.”
Pergerakan parkur menerusi tahap semasa anda melarikan diri dari muzium sambil membawa relik ialah unsur permainan ini, perkara ini bukanlah yang paling penting.
“Parkur ini bagaikan ganjarannya,” kata Myres. “Apa yang anda cuba lakukan sebelum ini adalah mengalihkan segala penghalang untuk parkur anda kerana matlamat anda untuk melepasi laluan ini agar bebas daripada sebarang halangan, maka anda dapat bergerak dengan lancar dan pantas.”
Permainan yang digemari oleh pasukan
Sejauh mana gaya permainan ini berubah, malah rupa permainan ini lebih banyak berubah ketika proses pembangunan, kata Myres. Dia berkata anjakan ini hasil semula jadi daripada pasukan yang berkembang, dengan setiap ahli baharu yang membantu untuk membentuk rupa dan gaya Relooted.
Contohnya, gaya permainan ini pada awalnya seperti Afrofuturist, akhirnya berubah ke Futurisme Afrika, keunikan yang mungkin tidak difahami oleh sesetengah orang dengan serta-merta. Afrofuturism adalah berdasarkan sejenis kolaj rujukan Afrika dengan negara yang tidak wujud, Futurisme Afrika ialah tempat khusus, dengan rujukan yang khusus.
“Setiap ahli kru rompakan ini daripada negara, budaya, etnik yang khusus serta rujukan pakaian mereka daripada budaya serantau dan bukan tempat gabungan,” katanya.

Ini bukan tajuk pertama studio; itu ialah Semblance, yang keluar pada tahun 2018 dan menjadi IP yang dibangunkan oleh Afrika yang pertama dilancarkan pada konsol Nintendo.
Saiz Nyamakop berkembang dan surut berdasarkan permainan yang sedang dihasilkan oleh studio ini. Ketika pembangunan Semblance, studio ini memiliki tiga orang pekerja sepenuh masa dan berjumlah tujuh orang. Untuk permainan ini, studio mencapai 30 orang pekerja sepenuh masa dan kredit pasti akan lebih panjang, kata Myres.
“Kami memang membina pasukan untuk menghasilkan permainan ini,” katanya.
Studio ini berpusat di Johannesburg, Afrika Selatan dan menumpukan permainan diinspirasikan Afrika oleh pasukan yang berbilang kaum dan terangkum. Kebanyakannya dari Afrika Selatan, ada juga yang dari serta Afrika.
“Orang di sini tidak memiliki banyak peluang untuk menghasilkan permainan video secara profesional,” kata Myres. “Jika anda menawarkan peluang itu kepada orang di sini, malah ini projek diinspirasikan Afrika, yang tidak banyak dilihat dalam permainan, pasti ramai orang yang teruja untuk menyertai projek ini.
“Kebanyakan pasukan pembangunan berada di Afrika Selatan, namun kami ada kira-kira dua belas orang dari negara Afrika yang berbeza bekerjasama untuk permainan ini. Kami ada satu artis gerakan Ethiopia pada ketika ini.”
Ini ialah artifak sebenar yang masih ada di dalam muzium
Topik ini juga menarik dan penting untuk diusahakan oleh pasukan. Artifak ialah jantung bagi tema itu.
Pasukan dengan sukarnya menghasilkan setiap artifak sebagai model 3D menggunakan beberapa imej yang dapat ditemukan.
“Kami ada artis 3D sepenuh masa yang tugasnya hanya mencari foto atau mencari imbasan yang ada, kemudian menghasilkan tekstur model dengan tangan untuk artifak ini,” kata Myres. “Tiada foto yang banyak untuk sesetengah artifak kerana disimpan terlalu lama, maka kami perlu membuat sedikit anggaran.”
Walaupun watak dalam permainan dan orang yang menjadikan kedua-duanya merasakan bahawa artifak itu patut dikembalikan, permainan itu sendiri bukanlah untuk “menyeru orang dengan mesej itu,” kata Myres.

“Kami mahu memberi orang maklumat tentang betapa pentingnya artifak ini kepada orang yang telah dirampas haknya,” katanya lagi. “Kemudian orang boleh membuat keputusan sendiri jika mereka merasakan artifak itu patut kekal berada di muzium atau tidak.”
Tiada muzium di dalam permainan yang berdasarkan lokasi dunia sebenar, semuanya adalah fiksyen. Satu-satunya tempat yang wujud dalam permainan ialah Afrika.
Setelah artifak “diambil semula,” artifak boleh dilihat di pangkalan rumah anda, tempat anda boleh pelajari sedikit sebanyak tentang sejarah sebenar. Penciptaan perihalan pendek ini juga merupakan suatu cabaran kerana tiada maklumat yang banyak tentang setiap item ini. Ketika mengkaji tentang artifak ini, pasukan telah mencipta pangkalan data yang penuh dengan segala jenis maklumat berkenaan dengan artifak.
Pada masa ini, maklumat yang terdapat dalam permainan hanyalah beberapa perenggan, Myres berkata ini mungkin akan ditambah lagi. Pasukan sangat bimbang jika pemain rasa terbeban dengan maklumat yang terlalu padat.
Membina kru yang asli
Pangkalan kru anda ialah rumah bagi muzium artifak yang anda kutip dalam permainan, itu juga tempat anda memulakan setiap misi. Ini dirasakan sedikit seperti penghormatan kepada rancangan televisyen Mission: Impossible yang asal, misi ini menampilkan taklimat yang membolehkan anda memilih ahli bagi kru yang ingin anda bawa bersama anda. Setiap seorang dengan set kemahiran yang tersendiri, termasuk tukang kunci, pakar gajet, akrobat, penggodam dan kekuatan otot.
Apabila kru menyertakan pelbagai jenis watak dari latar belakang yang berbeza, ini bukan terhasil daripada keinginan untuk mewakili orang dari serta negara asal ahli pasukan pembangun kami. Sebaliknya, proses ini lebih semula jadi yang ditentukan semasa membina permainan.
Mereka berusaha keras untuk mencari pelakon suara yang tepat mewakili latar belakang setiap watak. Contohnya, satu daripada kru ialah Angolan, pembangun telah menemukan pelakon suara Angola, yang agak sukar ditemui, kata Myres. Tidak semestinya kami dapat menemukan pelakon suara yang sesuai sepenuhnya. Satu watak dari Congo tetapi disuarakan oleh Afrika Selatan.
“Saya masih rasa ini koleksi yang paling berbilang kaum bagi loghat Afrika yang pernah wujud dalam sesebuah permainan video,” kata Myres. “Terdapat perkara yang muncul di sebelah Barat apabila anda mendengar satu jenis loghat Afrika, yang masih menonjol dalam sesuatu seperti Black Panther, kami ingin mengelakkan perkara ini dengan mengadakan sebanyak mungkin loghat Afrika asli.
“Seperti lelaki akrobat kecik, dia memiliki loghat Afrika Barat Perancis yang sangat asli.”

Setelah anda memilih pasukan anda, anda bergerak ke fasa seterusnya dalam permainan, andan memfokuskan muzium, mencari laluan anda ke artifak dan cara untuk keluar sebelum pasukan anda ditangkap. Anda juga mempelajari sedikit maklumat tentang tahap itu.
Akhir sekai, anda menempatkan semua kru sokongan anda, memastikan mereka bersedia untuk melakukan peranan mereka dalam rompakan ini. Setiap tempat memiliki had untuk anda menempatkan ahli kru anda.
Secara keseluruhannya, permainan ini memiliki rasa seperti teka-teki. Myres berkata bahawa dia percaya ini permainan rompakan sejati yang pertama.
“Saya berkata sebegini kepada pasukan pembangun kami kerana permainan ini separuh aksi separuh teka-teki,” katanya. “Teka-teki yang berpunca daripada mengenal pasti laluan. Aksi pula dari segi pelaksanaan. Manakala setiap tahap dibuat antara lima hingga 15 teka-teki yang sangat kecil dan mudah, yang perlu diselesaikan. Oleh sebab anda perlu menyelesaikan kesemuanya dalam satu perjalanan sebagai sebahagian daripada laluan untuk keluar, kerumitan itu boleh menjadi agak mencabar.
“Teka-teki ini mudah, namun keseluruhan tahap ini merupakan satu teka-teki yang besar.”
Tambahkan Relooted sebagai Senarai Hajat di Epic Games Store hari ini!