Against the Storm

4.8
Sangat Bagus untuk Pemula
Amat Menyeronokkan
Permainan pembinaan bandar fantasi gelap di mana anda mesti membina semula peradaban dalam menghadapi hujan apokaliptik. Sebagai Wizurai kepada Ratu, pimpin manusia, berang-berang, biawak, rubah dan harpi untuk menakluki semula hutan belantara serta menjamin masa depan bagi orang terakhir yang masih hidup dalam peradaban.

TEROKAI PERMAINAN LAIN DARIPADA HOODED HORSE

Daripada pembinaan bandar hingga strategi agung, taktik berasaskan giliran hingga RTS, terokai lebih banyak permainan strategi hebat daripada Hooded Horse.

Against the Storm

PERIHAL PERMAINAN INI

Anda ialah Wizurai – seorang pemimpin yang ditugaskan oleh Scorched Queen untuk menakluki semula hutan belantara dan menemui kekayaan yang hilang bagi Smoldering City, benteng terakhir peradaban menentang Ribut Suram yang telah memusnahkan dunia lama. Tidak seperti kebanyakan permainan pembinaan bandar bertemakan kelangsungan hidup yang memberikan tumpuan pada satu bandar sahaja, dalam Against the Storm, anda perlu membina rangkaian penempatan yang luas dan makmur, dihuni oleh pelbagai bangsa fantasi yang masing-masing mempunyai kepakaran dan keperluan tersendiri.

Hutan belantara menyembunyikan banyak bahaya tersembunyi dan ribut tanpa kesudahan akan menggempur penduduk anda sehingga mereka pasrah. Jika penempatan anda jatuh, maka ekspedisi itu mungkin berakhir – namun bukan permainannya. Against the Storm ialah permainan pembinaan bandar bergaya roguelite, bermaksud anda akan membawa bersama sumber, naik taraf dan pengalaman daripada ekspedisi terdahulu setiap kali anda memulakan perjalanan baharu ke dalam belantara.

imej1

MENGURUS PENDUDUK KAMPUNG YANG PELBAGAI

Rubah, berang-berang, dan biawak bergerak seiringan bersama manusia dan harpi dalam perjuangan untuk terus hidup. Manfaatkan kekuatan setiap kumpulan sambil anda mengimbangi keperluan mereka yang berbeza, daripada tempat tinggal dan pilihan kulinari hinggalah citarasa terhadap kemewahan dan rekreasi. Adakah anda akan menghasilkan baju hujan, membuat ale dan membakar pai untuk meningkatkan semangat menghadapi keangkaran hutan yang menekan atau adakah anda akan mengutamakan keperluan satu spesies berbanding yang lain untuk bergerak lebih pantas demi Scorched Queen?

imej2

PEMBINA BANDAR BERTEMU ROGUELITE

Alami permainan teras pembinaan bandar yang diperkaya dengan kebolehmainan semula gaya roguelite. Bina dan urus pelbagai penempatan yang tersebar di seluruh peta dunia yang luas, sambil mengumpul sumber meta-kemajuan berharga untuk menaik taraf Smoldering City. Rasai tekanan daripada seorang raja yang penuh harapan ketika Scorched Queen menuntut kemajuan berterusan, sementara Ribut Suram yang berulang menjadi ancaman yang tidak dapat dielakkan terhadap penempatan anda.

Uruskan reputasi anda untuk memastikan kejayaan di mana-mana satu penempatan sebelum berpindah untuk membangunkan yang lain, sentiasa mencari peluang baharu untuk berkembang, menghadapi cabaran unik di pelbagai bioma dan bersiap sedia menghadapi kemusnahan yang tidak dapat dielakkan terhadap segalanya kecuali Smoldering City itu sendiri. Bagaimanakah anda akan memaksimumkan setiap kitaran bukan sahaja untuk menjamin nasib terbaik bagi Smoldering City, tetapi juga untuk kerjaya anda sebagai Wizurai?

imej3

PERMAINAN TIDAK AKAN BERULANG

Dengan ratusan pengubah suai permainan dan 6 bioma yang berbeza, setiap lokasi bandar menghadirkan cabaran unik walaupun bagi Wizurai yang paling bijak mengurus sumber. Sesuaikan strategi anda dengan keadaan cuaca yang berubah-ubah dan cuba pelbagai senarai pelan bangunan serta kelebihan yang boleh membantu masyarakat anda berkembang maju atau menjatuhkannya. Adakah anda akan menerima dan menyiapkan objektif tambahan serta meredah lebih dalam ke hutan berbahaya untuk berpotensi meraih ganjaran, atau adakah anda akan bertindak dengan berhati-hati bagi memastikan anda beroperasi dalam kemampuan anda?

Sepanjang masa, anda tidak pernah tahu barang dagangan apa yang akan dibawa oleh Pedagang pada tahun berikutny dan hutan itu bukan sahaja menyimpan khazanah serta sumber, tetapi juga ancaman purba.

imej4

BINA JUMLAH BANDAR YANG TIDAK BERKESUDAHAN

Meletakkan asas bagi sebuah bandar baharu adalah salah satu detik paling mengujakan dalam permainan pembinaan bandar. Dalam Against the Storm, anda akan berpeluang untuk berulang kali merasai pengalaman ini dengan membina penempatan baharu, sambil terus berinteraksi dengan rangkaian bandar yang telah anda dirikan sebelumnya dalam dunia yang sedang berkembang.

Pencapaian yang Tersedia

Serving Ale
15 XP
Feeding The People
25 XP
Paradise
50 XP
Higher Needs
50 XP
Beaver Utopia
15 XP

Edisi Against the Storm

DLC & Tambahan Against the Storm

Ikuti Kami

Penarafan Pemain Epic

Direkodkan oleh pemain dalam ekosistem Epic Games.

4.8

Permainan ini adalah

Sangat Bagus untuk Pemula

Permainan ini adalah

Amat Menyeronokkan

Permainan ini adalah

Sangat Disyorkan

Permainan ini mempunyai

Kawalan yang Mudah Difahami

Permainan ini adalah

Menenangkan

Permainan ini mempunyai

Watak yang Pelbagai

Penarafan & Ulasan Against the Storm

Eurogamer

oleh Ruth Cassidy

5 / 5

Never the same game twice, Against the Storm is a rare gem of a city builder that thrives on chaos but exists in perfect balance, evolving with you as you learn and adapt.

PC Gamer

oleh Len Hafer

91 / 100

Against the Storm is a well-designed, charming, enthralling roguelike city builder.

Softpedia

oleh Cosmin Vasile

9.5 / 10

Against the Storm is an engrossing and fun game. Its focus is on moment-to-moment settlement management but with a ton of gameplay ideas that make each new expedition feel unique. I love the unpredictable nature of the glades as well as the many ways to interact with the Queen’s requests and the dangerous ruins.

Ulasan diberikan oleh OpenCritic

Keperluan Sistem Against the Storm

Minimum

Disyorkan

OS

Windows® 10 (64-bit)

OS

Windows® 10 (64-bit)

Pemproses

Intel® Core™ i3-530 (dual-core) / AMD® Phenom™ II X4 965 (quad-core)

Pemproses

Intel® Core™ i5-2500K (quad-core) / AMD® FX-Series™ FX-8320 (quad-core)

Memori

4 GB RAM

Memori

8 GB RAM

Storan

5 GB ruang tersedia

Storan

5 GB ruang tersedia

Direct X

Versi 10

Direct X

Versi 12

Grafik

NVIDIA® GeForce® GTS 450 (1 GB) / AMD® Radeon™ HD 7750 (1 GB)

Grafik

NVIDIA® GeForce® GTX 970 (4 GB) / AMD® Radeon™ R9 290X (4 GB)

Bahasa yang Disokong

  • Audio: Inggeris

  • Teks: Inggeris, Cina - Ringkas, Cina - Tradisional, Czech, Perancis, Jerman, Hungary, Itali, Jepun, Korea, Poland, Portugis - Brazil, Rusia, Sepanyol - Sepanyol, Sepanyol - Amerika Latin, Thai, Turki, Ukraine

Trademarks, tradenames, and copyrights are property of their respective owners, Eremite Games (2021) and Hooded Horse Inc.™ (2021). All Rights Reserved.

Dasar Privasi (Dibuka dalam tab baharu)
* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun