Blacksmith Master
TEROKAI PERMAINAN LAIN DARIPADA HOODED HORSE
Daripada pembinaan bandar ke strategi agung, taktik berdasarkan giliran hingga RTS, lihat lebih banyak permainan strategi daripada Hooded Horse.Ini ialah Permainan Akses Awal
Permainan Akses Awal masih dalam pembangunan dan mungkin berubah secara ketara dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda mungkin mengalami isu yang tidak dijangka atau elemen tatamain yang baharu sepenuhnya semasa bermain permainan ini.Anda boleh main sekarang untuk mencuba permainan sementara permainan dibangunkan atau tunggu sehingga permainan ini menawarkan pengalaman yang lebih lengkap.PERIHAL PERMAINAN INI
Blacksmith Master meletakkan anda sebagai ketua bengkel tukang besi medieval anda sendiri, anda akan mengurus pemerolehan dan pemprosesan sumber, serta pengeluaran dan penjualan produk siap. Cari dan ambil pekerja terbaik untuk setiap langkah dalam proses, lengkapi mereka dengan alat yang sesuai untuk mengoptimumkan perniagaan anda, dan latih kemahiran mereka dari semasa ke semasa. Reka bentuk kedai anda untuk aliran kerja terbaik, penuhi pesanan dari seluruh kerajaan untuk membuka keupayaan baharu, dan cari peluang baharu di pasar apabila pelanggan datang mencari pelbagai barangan berinspirasikan sejarah daripada senjata dan perisai hinggalah ke alat dan perkakas memasak, anda akan mengasah kemahiran untuk menjadi Blacksmith Master.


Tersorok di celah lorong-lorong kecil sebuah bandar zaman pertengahan, terletaknya bengkel anda. Pada mulanya hanyalah tempat sederhana bagi seorang tukang besi biasa, namun penuh dengan potensi untuk kegemilangan. Dari sinilah anda mengawal keseluruhan rantaian pengeluaran, urus kem kayu dan lombong yang jauh untuk mendapatkan bahan mentah, cairkan bijih menjadi jongkong, dan tempa senjata, perisai, alat serta barang kemas untuk dipamerkan dan dijual kepada pelanggan demi keuntungan.
Penuhi pesanan dari pelbagai bahagian kerajaan untuk membuka keistimewaan dan keupayaan baharu, termasuk kebolehan mereka bentuk produk baharu. Reka bentuk kedai anda untuk memanfaatkan ruang sebaik mungkin, memastikan terdapat ruang yang mencukupi untuk pengeluaran dan penjualan barangan, sambil menambah sentuhan peribadi bagi menghidupkan ruang yang sebaliknya suram. Apabila reputasi anda semakin meningkat, operasi anda juga akan berkembang dan tidak lama lagi anda akan menjadi mahir sepenuhnya dalam bidang anda.


Sama ada pedang seorang askar, kapak penebang kayu atau kuali milik penjaga rumah penginapan, setiap barangan yang anda hasilkan memerlukan bahan mentah, sama ada digali dari perut bumi atau diperoleh dari hutan-hutan tebal di seluruh kerajaan. Ambil pekerja pelombong dan penebang kayu, lengkapi mereka dengan kelengkapan yang sesuai dan bina kem mereka agar kekal cekap. Tanpa mereka, anda tidak akan dapat menghasilkan sebarang barangan siap.
Jadi, adakah anda akan melabur dalam stesen rehat dan pekerja tambahan di pos luar yang jauh, meluangkan masa dan wang untuk memastikan para pekerja kekal sihat dan gembira? Atau adakah anda akan mengurangkan kos-kos remeh ini demi memaksimumkan keuntungan di setiap sudut? Mungkin wang anda lebih baik dilaburkan untuk menggaji dan membayar tukang besi berbakat di bengkel anda sendiri? Dan jangan lupa, bengkel anda juga perlu dinaik taraf, dengan menambah tingkat serta kaedah pembuatan yang lebih maju, membolehkan anda menempa barangan yang lebih menarik, sekali gus meningkatkan reputasi anda dan menarik lebih ramai pelanggan…


Sama ada anda mengambil kawalan terus dan turun padang di dapur besi atau bergantung sepenuhnya pada pekerja untuk menyiapkan kerja, terdapat pelbagai cara untuk menempa barangan dalam Blacksmith Master, sesetengahnya memerlukan proses yang lebih panjang seperti memanaskan jongkong, menukulnya di atas andas, menyejukkannya, memasang bahagian-bahagian dan akhirnya mengasahnya pada roda batu pengasah. Barangan lain pula lebih mudah untuk dihasilkan, memerlukan lebih sedikit alat, usaha dan masa. Namun begitu, ia mungkin memberikan margin keuntungan yang lebih kecil dan kurang menyumbang kepada peningkatan reputasi anda.
Tugas anda adalah untuk menyelidik dan membangunkan barangan baharu yang menarik untuk dijual, sambil mengoptimumkan ruang kerja agar pasukan tukang besi anda dapat bekerja secara serentak menghasilkan pelbagai barangan daripada yang paling ringkas hingga yang paling kompleks, bagi memenuhi permintaan pelanggan dari dalam dan sekitar bandar kecil anda dengan barangan seperti:
Peralatan ketenteraan pelbagai jenis senjata, perisai, dan peralatan pertahanan.
Perkakas dapur - sudu, garpu, periuk, kawah dan pelbagai lagi.
Alat kerja - daripada kapak hingga tukul, pilih yang anda mahu!
Barang kemas - rantai, cincin, gelang, dan mahkota yang semuanya boleh dijual pada harga yang lumayan.
Dan banyak lagi!


Setiap tukang besi akan mempunyai kemahiran yang berbeza yang perlu anda asah. Ada yang mahir dalam kerja logam, ada yang berbakat dalam pertukangan kayu, dan ada pula yang cekap mengendalikan permata atau cemerlang dalam penyelidikan teknik dan barangan baharu. Dengan bimbingan anda, pekerja anda akan menjadi lebih mahir dari semasa ke semasa. Adakah anda akan melatih mereka menjadi serba boleh, supaya mereka dapat saling membantu apabila diperlukan, atau anda akan memilih untuk melahirkan pakar terkenal dalam bidang masing-masing?
Pencapaian yang Tersedia
Penarafan Pemain Epic
Direkodkan oleh pemain dalam ekosistem Epic Games.
4.6
Keperluan Sistem Blacksmith Master
Minimum
Disyorkan
Versi OS
Windows® 10 (64-bit)
Versi OS
Windows® 10 (64-bit)
CPU
Intel® Pentium® G3250 (dual-core) / AMD® FX-Series™ FX-8350 (quad-core)
CPU
Intel® Core™ i7-6700 (quad-core) / AMD® Ryzen™ 5 3400G (quad-core)
Memori
4GB
Memori
8GB
GPU
NVIDIA® GeForce® GTX 650 (1 GB) / AMD® Radeon™ HD 7770 (1 GB)
GPU
NVIDIA® GeForce® GTX 760 (2 GB) / AMD® Radeon™ RX 550 (4 GB)
DirectX
DirectX 9
DirectX
DirectX 12
Storan
2GB
Storan
2GB
Log Masuk Akaun Diperlukan
Epic ID
Bahasa yang Disokong
Audio: T/B
Teks: Bahasa Jepun, Bahasa Turki, Bahasa Cina (Ringkas), Bahasa Korea, Bahasa Rusia, Bahasa Inggeris, Bahasa Itali, Bahasa Perancis, Bahasa Portugis (Brazil), Bahasa Jerman, Bahasa Ukrain, Bahasa Poland, Bahasa Thai, Bahasa Hungary, Bahasa Cina (Tradisional), Bahasa Czech, Bahasa Sepanyol (Sepanyol)
Tanda dagangan, nama dagang dan hak cipta adalah hak milik pemilik masing-masing, Untitled Studio (2025) dan Hooded Horse Inc.™ (2025). Hak Cipta Terpelihara.
Dasar Privasi (Dibuka dalam tab baharu)