Apakah itu Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang?

Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang ialah item dalam permainan dan skrin pemuatan yang anda boleh gunakan dalam Fortnite mulai 14 Mei 2026, 7:00 PM (GMT+8).

Bagaimanakah saya boleh dapatkan Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang?

Sebarang prabeli LEGO Batman: Legacy of The Dark Knight di Epic Games Store akan memberi anda Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang dalam Fortnite mulai 14 Mei 2026, 7:00 PM (GMT+8).Susulan daripada pelancaran permainan pada 22 Mei 2026, 12:00 TGH HARI (GMT+8), atau melalui akses awal mulai 19 Mei 2026, 12:00 TGH HARI (GMT+8), pengguna yang membeli LEGO Batman: Legacy of The Dark Knight juga akan mendapat Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang dalam Fortnite. Hanya pastikan anda membeli LEGO Batman: Legacy of The Dark Knight menggunakan akaun yang sama dengan akaun Epic yang anda gunakan untuk bermain Fortnite.

Jika saya membeli LEGO Batman: Legacy of The Dark Knight di Epic Games Store, adakah Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang akan muncul dalam Lokar Fortnite pada platform lain? (PlayStation, Xbox, Nintendo dan sebagainya)

Ya! Jika anda mendaftar dengan akaun Epic anda di PC atau peranti mudah alih, atau telah menyambung akaun konsol anda ke akaun Epic anda, Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang akan ada di Lokar Fortnite anda mulai 14 Mei 2026, 7 MLM (GMT+8).

Bolehkah saya simpan Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang jika saya meminta bayaran balik pembelian LEGO Batman: Legacy of The Dark Knight di Epic Games Store?

Jika anda meminta bayaran balik pembelian LEGO Batman: Legacy of The Dark Knight di Epic Games Store, anda akan kehilangan Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang dalam Fortnite.

Berapa lamakah tawaran ini tersedia?

Beliung Golden Batarang Knucks & Skrin Pemuatan Bricks dan Batarang di Fornite boleh didapatkan selagi LEGO Batman: Legacy of The Dark Knight tersedia untuk jualan di Epic Games Store

Bagaimanakah saya boleh bermain Fortnite?

Muat turun dan main Fortnite dari tempat-tempat berikut:
● PC - Fortnite.com/download (Dibuka dalam tab baharu)
● PlayStation - PlayStation Store
● Xbox - Microsoft Store
● Nintendo Switch - Nintendo eShop
● Nintendo Switch 2 - Nintendo eShop
● Android - Epic Games Store pada peranti mudah alih
● iPhone:
○ Jika anda tinggal di Amerika Syarikat (AS), Fortnite boleh didapatkan daripada App Store.
○ Jika anda tinggal di Kesatuan Eropah (EU), Fortnite tersedia melalui Epic Games Store pada peranti mudah alih. Pengguna iPhone di EU boleh juga bermain Fortnite melalui AltStore PAL.
○ Jika anda tidak tinggal di AS atau EU, Fortnite tidak tersedia untuk dimuat turun di iPhone pada masa ini.● iPad:
○ Jika anda tinggal di Amerika Syarikat (AS), Fortnite boleh didapati daripada App Store.
○ Jika anda tinggal di Kesatuan Eropah (EU), Fortnite tersedia melalui Epic Games Store pada peranti mudah alih. Pengguna iPad di EU boleh bermain Fortnite secara alternatif melalui AltStore PAL.
Jika anda tidak tinggal di AS atau EU, Fortnite tidak tersedia untuk dimuat turun di iPad pada masa ini.Anda juga boleh bermain Fortnite melalui penstriman awan (a.k.a. permainan awan):
● Xbox Cloud Gaming
● NVIDIA GeForce NOW
● Amazon Luna