Super Meat Boy 3D

4.8
Pertempuran Bos yang Hebat
  • Super Meat Boy 3D-eupjl
Permainan platformer yang terkenal dan sangat mencabar – kini dalam bentuk 3D!

Dapatkan Super Meat Boy Sidekick dalam Fortnite

Beli Super Meat Boy 3D di Epic Games Store dan dapatkan Meat Boy Sidekick dalam Fortnite sebagai hadiah dengan pembelian.

Super Meat Boy 3D ialah sebuah permainan platform yang tersangatlah sukar, di mana anda bermain sebagai kiub daging bernyawa yang cuba menyelamatkan teman wanitanya (yang kebetulan diperbuat daripada kain balutan) daripada janin jahat di dalam balang yang memakai tuksedo – DALAM BENTUK 3D! Wira daging kita ini akan melompat dari dinding, merentasi lautan gergaji bulat, mengharungi gua yang runtuh dan lopak sampah sarat, sanggup mengorbankan keselamatan dirinya demi menyelamatkan gadis pujaan yang dalam bahaya – DALAM BENTUK 3D. Super Meat Boy 3D membawakan kembali tahap kesukaran old school daripada judul-judul retro klasik yang kita semua kenal dan minati, lalu menukarnya menjadi sebuah permainan platform refleks pantas yang terus terang tanpa sebarang perkara karut. Meningkat dari tahap sukar ke tahap yang boleh merobek jiwa, Meat Boy akan meredah hutan yang subur (tetapi juga sedang terbakar), tapak pelupusan sampah luas yang dipenuhi sisa manusia, dan bengkel besi berteknologi tinggi yang menghasilkan perangkap-perangkap yang pastinya akan membunuh Meat Boy berulang-ulang kali – DALAM BENTUK 3D! Dan jika berlambak-lambak tahap permainan masih belum mencukupi, kami juga membawakan pertempuran bos yang epik serta pelbagai rahsia yang boleh dibuka kunci – DALAM BENTUK 3D!

Ciri

  • Aksi permainan platform berketepatan tinggi yang tersangatlah sukar

  • Tahap permainan yang kejam, namun adil, yang direka khas untuk mematahkan semangat anda.

  • Bos. Pergaduhan.

  • Tahap Dark World yang tersangatlah sukar, sehinggakan anda akan menjerit di dalam hujan di perhentian bas.

  • Runut bunyi yang pernah digambarkan oleh seorang pekerja Guitar Center sebagai “wei, sama ada kau beli gitar ni atau kau berambus. Kami betul-betul akan panggil polis ni.”

  • 3D

Pencapaian yang Tersedia

Acid Boy
50 XP
Bandage Girl
20 XP
Brownie
20 XP
Commute Boy
50 XP
Core Boy
50 XP

Edisi Super Meat Boy 3D

Penarafan Pemain Epic

Direkodkan oleh pemain dalam ekosistem Epic Games.

4.8

Permainan ini mempunyai

Pertempuran Bos yang Hebat

Keperluan Sistem Super Meat Boy 3D

Minimum

Disyorkan

Versi OS

Windows 10

Versi OS

Windows 10

CPU

AMD Ryzen 3 3100 atau Ryzen 5 2400G, Intel Core i3-10100 atau i5-9400

CPU

IntelCore i5-13400 atau Ryzen 5 7600

Memori

8 GB

Memori

16 GB

GPU

AMD Radeon RX 6400 atau NVIDIA GTX 1050 Ti / 1650

GPU

NVIDIA GeForce RTX 2070 atau AMD Radeon RX 5700 XT

DirectX

DirectX 12

Log Masuk Akaun Diperlukan

ID Epic

Bahasa yang Disokong

  • Audio: T/B

  • Teks: Bahasa Sepanyol (Sepanyol), Bahasa Jerman, Bahasa Rusia, Bahasa Portugis, Bahasa Korea, Bahasa Cina (Ringkas), Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa Inggeris

© 2025 Team Meat. Super Meat Boy™ is trademark Team Meat. All Rights Reserved. © 2025 Headup GmbH, all rights reserved. © 2025 Sluggerfly

* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun