Apakah itu Super Meat Boy Sidekick?
Super Meat Boy Sidekick ialah barangan kosmetik dalam permainan yang boleh anda gunakan di Fortnite bermula pada 31 Mac 2026.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Super Meat Boy Sidekick?
Sebarang pembelian Super Meat Boy 3D di Epic Games Store bermula 31 Mac 2026 akan memberikan anda Super Meat Boy Sidekick di Fortnite pada 31 Mac 2026.
Semasa pelancaran permainan ini pada 31 Mac 2026, pengguna yang membeli Super Meat Boy 3D juga akan diberikan Super Meat Boy Sidekick dalam Fortnite pada 31 Mac 2026. Just make sure you purchase Super Meat Boy 3D with the same Epic account you use to play Fortnite.
The Super Meat Boy Sidekick may be purchasable in the Fortnite Shop at a later date.
Jika saya membeli Super Meat Boy 3D di Epic Games Store, adakah Super Meat Boy Sidekick akan turut muncul dalam Locker Fortnite saya di platform lain? (PlayStation, Xbox, Nintendo dan sebagainya)
Ya! Jika anda mendaftar masuk dengan akaun Epic anda di PC atau peranti mudah alih, atau telah menyambungkan akaun konsol anda ke akaun Epic anda, Super Meat Boy Sidekick akan berada di dalam Locker Fortnite anda bermula pada bila-bila masa sahaja pada 31 Mac 2026.
Apakah yang akan berlaku jika saya sudah membeli Super Meat Boy Sidekick di Kedai Item Fortnite, dan kemudian saya membeli Super Meat Boy 3D melalui Epic Games Store?
Jika anda sudah pun membeli Super Meat Boy Sidekick, anda akan menerima pemberian 1,500 V-Bucks di dalam Fortnite sebagai ganti kepada Super Meat Boy Sidekick tersebut.
Adakah saya dapat mengekalkan 'uper Meat Boy Sidekick jika saya membuat bayaran balik bagi pembelian Super Meat Boy 3D di Epic Games Store?
Jika anda membuat bayaran balik bagi pembelian Super Meat Boy 3D di Epic Games Store, anda akan kehilangan Super Meat Boy Sidekick anda dalam Fortnite jika anda mendapatkannya melalui pembelian Super Meat Boy 3D tersebut.
Berapa lamakah tawaran ini tersedia?
Super Meat Boy Sidekick dalam Fortnite boleh didapati selagi Super Meat Boy 3D masih tersedia untuk dijual di Epic Games Store.
Bagaimanakah saya boleh bermain Fortnite?
Muat turun dan mainkan Fortnite dari tempat berikut:
PC - Fortnite.com/download
PlayStation - PlayStation Store
Xbox - Microsoft Store
Nintendo Switch - Nintendo eShop
Nintendo Switch 2 - Nintendo eShop
Android - Epic Games Store pada peranti mudah alih
iPhone:
Jika anda tinggal di Amerika Syarikat (AS), Fortnite tersedia di App Store.
Jika anda tinggal di Kesatuan Eropah (EU), Fortnite tersedia melalui Epic Games Store pada peranti mudah alih. Pengguna iPhone di EU boleh juga bermain Fortnite melalui AltStore PAL.
Jika anda tidak tinggal di AS atau EU, Fortnite tidak tersedia untuk dimuat turun di iPhone buat masa ini.iPad:
Jika anda tinggal di Amerika Syarikat (AS), Fortnite tersedia di App Store.
Jika anda tinggal di Kesatuan Eropah (EU), Fortnite tersedia melalui Epic Games Store pada peranti mudah alih. Pengguna iPad di EU boleh bermain Fortnite secara alternatif melalui AltStore PAL.
Jika anda tidak tinggal di AS atau EU, Fortnite tidak tersedia untuk dimuat turun di iPad buat masa ini.
Anda juga boleh bermain Fortnite melalui penstriman awan (a.k.a. permainan awan):
Xbox Cloud Gaming
NVIDIA GeForce NOW
Amazon Luna