Permainan Kad
Epic Games Store menawarkan antara Permainan Kad PC yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan Kad yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan Kad
Apakah permainan kad PC?
Permainan kad datang dalam pelbagai bentuk dan merupakan sebahagian daripada permainan PC selama berdekad-dekad.
Pada tahap paling asas, permainan ini merupakan permainan kad dunia sebenar yang telah dihasilkan semula untuk PC. Ini melibatkan dek kad main yang standard, 52 kad dengan nombor, simbol dan kad seisi diraja, dengan peraturan yang diambil daripada pelbagai permainan kad tradisional, yang paling terkenal iaitu Solitaire. Versi Solitaire yang paling terkenal dibuat untuk memperkenalkan pemain dengan kawalan tetikus dan antara muka sistem operasi moden pengguna grafik yang pertama. Sejak itu, Solitaire menjadi salah satu permainan yang paling kerap dimainkan di dunia. Ibu bapa di mana-mana jua akan meluangkan berjam-jam lamanya menyusun semula timbunan kad dan berusaha untuk mengembalikan dek yang telah dikocok menjadi timbunan kad yang lebih tersusun.
Pemain moden mempunyai pandangan yang berbeza terhadap permainan kad. Mereka menganggap permainan kad koleksi atau CCG sebagai permainan kad PC yang paling relevan. Sekali lagi, CCG berasal daripada dunia sebenar dan dibuat berdasarkan permainan atas meja. CCG merupakan campuran item koleksi, strategi, dan RPG. CCG biasanya berdasarkan giliran, ini bermakna satu pemain menggunakan giliran dengan memilih kad mereka dan pemain lain akan membuat gerakan balas. CCG dimainkan dalam pusingan, dengan matlamat untuk mengalahkan kad lain yang ditunjukkan oleh pemain lawan. Kad boleh mewakili apa-apa jua, daripada unit sehinggalah kuasa dan pemain akan meluangkan masa bertahun-tahun membina dek mereka untuk dimainkan dalam kalangan rakan dan dalam kejohanan.
Versi permainan PC CCG ingin mereplikakan beberapa aspek CCG. Kad boleh dikumpul, sama ada melalui pembelian atau transaksi dalam permainan. Pemain akan membina koleksi digital dan mencipta dek, secara asasnya kumpulan kad yang boleh mereka gunakan dalam permainan tertentu. CCG dimainkan di arena yang menyerupai atas meja, membolehkan kad diambil dan diletakkan. Kini, kebanyakan permainan kad di dunia sebenar mempunyai versi digital yang setara.
Ini membolehkan CCG mengadakan kejohanan di serata dunia. Sebagai permainan PCM, banyak aspek manual permainan atas meja boleh dijejaki dan diautomasikan. Pemasaan, pemarkahan dan pematuhan peraturan oleh komputer bermakna semuanya boleh dijalankan mengikut peraturan permainan dengan ketat, tanpa perlu dijejaki oleh pemain atau hakim.
Permainan kad mempunyai segala jenis tema yang berlainan. Permainan kad boleh dimainkan seperti permainan atas meja yang tradisional tetapi dengan suasana menyeronokkan seperti di tavern sebagai latar belakang. Permainan ini boleh mewakili perang dunia, dengan taktik dan kad yang mewakili konflik dunia sebenar. Kebanyakan permainan kad mempunyai tema fantasi, tetapi dengan cerita dan acara yang amat berbeza. Terdapat pertempuran tidak serius dengan kad dan latar yang dianimasikan dengan indah, dan terdapat permainan gelap dan suram yang mana apabila setiap keputusan dibuat, anda tahu ada perkara buruk yang akan berlaku walau apa-apa pun.
Adakah anda mempunyai permainan kad komputer untuk satu pemain?
Ya. Walaupun kebanyakan permainan kad mempunyai komponen berbilang pemain yang ketara, terdapat beberapa permainan kad yang membolehkan pemain bermain di luar talian atau dengan sendiri.
Adakah anda mempunyai permainan kad untuk Windows dan Mac?
Ya. Epic Games Store menjual permainan kad yang boleh dijalankan pada Windows dan macOS. Anda boleh memilih penapis yang relevan dalam bahagian Semak Imbas gedung.
Adakah anda memiliki permainan kad yang popular seperti Solitaire?
Walaupun kami tidak menjual versi klasik Solitaire, tetapi terdapat beberapa permainan di Epic Games Store yang telah menghasilkan tafsiran Solitaire versi mereka sendiri, dengan menambahkan kisah latar dan mekanisme baharu.
Apakah permainan kad PC pembina dek?
Permainan pembinaan dek memerlukan pemain mengumpul dan membina koleksi kad mereka semasa setiap sesi permainan.
Secara umumnya, permainan pembinaan dek menyediakan dek terawak (atau dikocok) untuk pemain mengambil kad mereka. Ini menjadikan permainan ini bergantung pada nasib. Pemain perlu bertindak balas pada kad, kadangkala melibatkan pembuangan kad yang tidak ada nilai atau bernilai rendah dalam strategi terancang mereka atau menggunakan kad untuk membeli kad lain.
Permainan pembinaan dek sesuai dengan sesi bermain yang berterusan, apabila pemain berusaha untuk mara lebih jauh ke dalam dunia permainan; dan pertempuran kad disediakan untuk memberikan cabaran kemajuan. Keupayaan rawak yang diberikan oleh kad akan memastikan bahawa tiada pengalaman permainan yang sama dan memerlukan tindak balas yang mahir dan sedikit nasib baik untuk maju.







































