Permainan Pemplatform

Muat turun dan main permainan Pemplatform daripada Epic Games Store. Kami menawarkan antara permainan Pemplatform yang terbaik dan mengujakan.

Soalan Lazim Permainan Pemplatform

Apakah permainan pemplatform?

Permainan video platform, yang juga dikenali sebagai pemplatform, merupakan genre permainan video yang mana pemain bergerak merentasi persekitaran permainan untuk mencapai matlamat tertentu atau tiba ke penghujung tahap. Terutamanya, tahap permainan menampilkan rupa bumi yang tidak sekata dan platform tergantung pada ketinggian berbeza yang memaksa pemain untuk melompat antara platform untuk menyelesaikan tahap.

Adakah terdapat permainan platform untuk muat turun PC?

Ya, ada permainan platform untuk PC yang boleh dimuat turun. Walaupun kebanyakan permainan platform untuk PC boleh dimuat turun, tetapi ada juga beberapa permainan yang boleh dimainkan secara terus daripada awan atau dalam penyemak imbas.

Adakah terdapat permainan platform pandangan pertama dan pandangan ketiga?

Ya, ada permainan platform pandangan pertama dan pandangan ketiga. Pemplatform pandangan pertama agak sukar dilihat dalam genre ini, tetapi masih ada. Permainan sebegini akan melibatkan pemain berlari menerusi dunia digital yang dilihat daripada perspektif watak utama permainan dan memerlukan tahap ketepatan yang tinggi untuk membuat lompatan yang diperlukan untuk menyelesaikan permainan. Pemplatform pandangan ketiga lebih biasa dilihat dan melibatkan pemain berlari menerusi dunia dan platformnya daripada satu perspektif, yang lazimnya dilihat dari atas dan di belakang watak utama.

Adakah Epic Games menawarkan permainan platform tatal sisi?

Ya, anda boleh menemukan permainan platform tatal sisi di Epic Games Store. Permainan tatal sisi merupakan jenis pemplatform yang paling lazim dihasilkan. Anda boleh menemukan permainan sebegini di Epic Games Store dengan mengisih menerusi bahagian Permainan Pemplatform atau menggunakan fungsi carian untuk penatal sisi.

Adakah terdapat jenis permainan platform yang berbeza?

Ya, terdapat jenis permainan platform yang berbeza. Perbezaan termasuk cara anda bergerak merentasi skrin, cara grafik dipamerkan kepada pemain dan sudut perspektif permainan dimainkan. Pemplatform tatal sisi dan tatal menegak melibatkan pemain bergerak sama ada di satu belah skrin ke belah yang lain apabila mereka cuba merentasi tahap atau naik ke atas dan bawah. Permainan ini boleh menggunakan grafik rata, 2D atau 3D. Akhir sekali, pemain boleh bermain daripada beberapa perspektif yang termasuk pandangan pertama dan ketiga.

* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun