Permainan Selinap
Epic Games Store menawarkan antara Permainan Selinap yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan Selinap yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan Selinap dan Sembunyi
Apakah permainan selinap?
Permainan selinap merupakan permainan yang memerlukan pemain menyelinap dan memastikan dirinya tidak dilihat untuk mengalahkan lawan dan menyelesaikan misi. Ini memerlukan pemain bersembunyi, menyelinap, menggunakan kuasa untuk menghilangkan diri, mencipta gangguan atau membuat penyamaran.
Secara umumnya, pertarungan secara bersemuka perlu dielakkan dalam permainan genre selinap. Bergantung pada permainan, matlamatnya boleh jadi kekal tanpa dikesan sebanyak mungkin, termasuk mengelakkan sebarang bentuk sentuhan atau pertarungan dengan AI musuh. Ini boleh dibantu dengan reka bentuk tahap, yang membolehkan pemain bergerak menerusi tahap dengan bersembunyi di sebalik bayangan yang dihasilkan menerusi pencahayaan dalam permainan; atau dengan bersembunyi di sebalik objek besar atau dengan memanjat ke atas atau ke bawah tahap sepenuhnya; atau dengan menimbulkan gangguan yang akan menarik perhatian daripada kedudukan semasa mereka.
Biasanya, musuh adalah dalam bentuk pengawal dan akan meronda kawasan, membolehkan pemain memilih laluan berdasarkan waktu rondaan pengawal. Lazimnya, pemain dapat melihat kon penglihatan pengawal (kon yang diunjurkan daripada kepala pengawal yang menunjukkan batasan sudut pandangan mereka), bersama-sama kon penglihatan kamera keselamatan. Ini boleh dilakukan pada peta mini atau dipaparkan dalam dunia permainan.
Permainan selinap memberikan sedikit kelonggaran apabila pemain dikesan. Pengawal yang mengesan pemain biasanya tidak akan bertindak dengan serta-merta kerana permainan akan memberi amaran kepada pemain bahawa pengawal mula berasa curiga. Ini biasanya memberikan masa kepada pemain untuk bertindak mengikut situasi, sama ada dengan bersembunyi atau menyelinap keluar atau bersedia untuk berlawan, yang merupakan jalan terakhir bagi orang yang suka menyelinap.
Namun, bersenyap-senyap tidak semestinya menjadikan pemain mudah diserang. Ini boleh mencipta rasa berkuasa dengan meletakkan pemain pada kedudukan dengan kekuatan. Ini bergantung pada matlamat permainan dan berdasarkan kemahiran dan kuasa pemain, tetapi ada permainan yang membenarkan pemain untuk menyerang dengan pantas dari kegelapan.
Bagaimanakah untuk bermain permainan selinap dengan lebih baik?
Kesabaran dan perancangan merupakan unsur penting permainan selinap. Merancang terlebih dahulu dalam fasa pemilihan misi, yang membolehkan pemain memeriksa peta dan memilih kelengkapan, adalah sama penting dengan bersembunyi di bawah meja. Alat yang sesuai merupakan alat yang membolehkan mereka bergerak tanpa dilihat atau diekori, atau yang membolehkan mereka menangani ancaman dengan segera sekiranya mereka perlu berlawan.
Peraturan yang paling penting adalah jangan tergesa-gesa. Hampir semua permainan selinap akan memberikan peluang kepada pemain untuk memerhatikan perkara yang berlaku dalam tahap. Biasanya, mereka lemah, maka mengambil masa untuk merancang adalah lebih baik daripada berlawan.
Adakah terdapat permainan selinap PC yang realistik?
Bergantung pada permainan. Kebanyakan permainan selinap konsisten dengan tindak balas terhadap kehadiran pemain, yang lebih digemari daripada permainan yang realistik 100 peratus. Namun, realisme semestinya merupakan sebahagian daripada asas permainan selinap. Penggambaran berkenaan cara cahaya dan bunyi berfungsi dalam dunia sebenar biasanya merupakan bahagian yang mendasari sistem permainan selinap, maka pemain akan mendapat idea yang munasabah tentang fungsi kedua-duanya dalam permainan sebelum bermain.
Apakah yang membuatkan sesuatu permainan selinap itu bagus?
Permainan selinap mungkin ada matlamat dalam tahap atau misi, tetapi permainan yang baik akan memberikan banyak kebebasan berkenaan cara pendekatan pemain. Membantu pemain merancang terlebih dahulu merupakan salah satu unsur paling penting dalam permainan selinap yang baik. Alatan yang boleh membantu seperti peta, menandakan pengawal agar mereka boleh menjejaki pengawal, berbilang mod penglihatan yang memberikan kebolehan untuk melihat menembusi dinding atau meletakkan kamera, semua ini berjaya digunakan oleh permainan selinap.
Pendayaan pemain untuk bertindak apabila dikesan juga amat penting. Mendapatkan maklumat tentang minat pengawal, daripada membiarkan pengawal terus berteriak dan menyerang adalah lebih baik daripada alternatif, yang melibatkan pemain dikepung pengawal atau permainan akan terus menamatkan misi apabila pemain dikesan.
Tanda audio yang kuat boleh membantu hal ini. Permainan selinap yang baik biasanya akan membenarkan pemain menjejaki pengawal dan pergerakan mereka dengan bunyi berarah dan celoteh.
Kebanyakan permainan selinap akan menjejaki kesenyapan pemain secara keseluruhan dalam sesuatu misi (kekerapan mereka dikesan, sama ada mereka tertinggal apa-apa sehingga diketahui) dan memberikan markah. Ini boleh jadi cara yang menyeronokkan untuk pemain bertambah baik, kerana kebanyak permainan akan membolehkan mereka menyelesaikan tahap walaupun markah selinap mereka rendah. Jika mereka bermain permainan ini untuk menjadi senyap, dan mereka tahu mereka boleh melakukannya dengan lebih baik, ialah cabaran yang baik untuk diatasi. Tahap terbuka adalah penting dalam hal ini. Permainan selinap memerlukan pemikiran lateral oleh pemain dan pemain boleh bereksperimen dengan adanya berbilang laluan dan tempat persembunyian.
Apakah jenis permainan selinap yang berbeza?
Permainan selinap ada dalam beberapa genre dan gaya. Permainan fantasi pandangan pertama, yang mana pemain menjadi pencuri, merupakan antara permainan selinap terawal yang menumpukan pada menyelinap dan bersembunyi. Walaupun dengan latar ini, permainan sebegini masih ada gajet seperti anak panah air dan tali untuk membantu dengan penyelinapan.
Permainan pandangan ketiga, yang mana pemain menjadi perisik atau askar, adalah popular. Permainan sebegini beralih daripada menyelinap dan mengelakkan pertarungan kepada memberikan alatan kepada pemain untuk menyelesaikan sebarang konflik dengan segera.
Pemain yang mana pemain menjadi pembunuh upahan juga sangat popular. Permainan sebegini mempunyai tahap terperinci yang dipenuhi dengan beratus-ratus orang, beberapa laluan, kostum dan perangkap yang perlu dipasang.
Selinap boleh jadi bahagian yang penting dalam RPG dan pemplatform, serta sebilangan permainan 2D dan 3D.
Siapakah yang akan menyukai permainan selinap?
Permainan selinap sesuai untuk orang yang suka meluangkan masa mereka untuk bersedia dan membuat pelaksanaan, tetapi rela untuk mengimprovisasi penyelesaian apabila masalah timbul. Biasanya, terdapat jangkaan bahawa pemain dalam permainan selinap tidak akan mematuhi peraturan semata-mata, tetapi akan mengambil inisiatif sendiri apabila menyelesaikan misi.







