Berita

Mod Escalation Battlefield 6 menyediakan pertempuran skala terbesar dalam siri

G
George Yang
17 Sep 2025
Pada beberapa bulan yang lalu, Electronic Arts dan DICE memberikan tinjauan mod Escalation baharu Battlefield 6 yang memberikan pengalaman pertempuran skala besar Battlefield yang baharu dan ketegangan penuh letupan. Dengan akses yang bergema dan maklum balas positif yang diterima oleh beta terbuka, EA dan DICE dikatakan akan mencipta penembak berbilang pemain terbaik tahun 2025.

Selepas beberapa jam mencuba mod Escalation, bersama dua peta baharu di Mirak Valley dan Operation FIrestorm, mod permainan baharu Battlefield 6 ini memilih arah yang betul untuk berevolusi.

“Jika anda peminat Conquest, kami berharap anda akan menyukai Escalation,” kata penerbit kanan DICE, David Sirland dalam pembentangan video.
Mod Escalation Battlefield 6 Menyediakan Pertempuran Skala Terbesar Dalam Siri di Mirak Valley
Dalam Conquest, kedua-dua pasukan bertempur untuk menguasai titik kawalan peta dan diberi 1,000 “tiket”, yang bertindak sebagai nyawa hidup semula untuk pemain berkongsi sesama mereka. Setelah 1,000 tiket himpunan pasukan telah habis, mereka pun kalah, jika masa habis, kumpulan yang memiliki tiket yang lebih sedikit akan kalah.

Escalation mengambil konsep Conquest dan meningkatkan lagi mod ini. Kini ada tujuh titik kawalan berbanding dengan lima titik kawalan, yang menjadikan Escalation lebih meriah daripada Conquest. Bagi mendapatkan mata, pasukan perlu memegang majoriti titik kawalan sehingga meter penuh dari masa ke masa. Pasukan pertama yang mengumpul tiga mata akan menang.

Walau bagaimanapun, satu titik kawalan akan hilang daripada peta setiap kali pasukan mendapat skor. Ini menyebabkan tembak-menembak yang lebih kerap kerana pemain terus bersaing demi kawasan yang semakin berkurangan. Escalation rasa paling seronok dan meriah apabila kedua-dua pasukan bertempur dengan sengit dan titik kawalan dikurangkan sehingga tinggal dua atau tiga lagi. Apabila itu berlaku, pertempuran berlaku dengan lebih banyak peluru dan letupan di segenap kawasan. “Semakin pertempuran ini maju, bilangan titik penaklukan dikurangkan, barisan hadapan dan kawasan tempur pula berubah, lalu memaksa anda dan skuad anda untuk mengubah strategi anda,” jelas Sirland.

Saya telah bermain Escalation pada kedua-dua peta baharu, iaitu peta terbesar Battlefield 6 setakat ini. Mirak Valley ialah peta terbesar permainan ini dan sangat memfokuskan kenderaan. Ia medan yang terbuka luas dengan kampung, yang paling sesuai untuk menunjukkan mekanik kemusnahan Battlefield. Setiap tempat yang saya lihat, kenderaan merempuhi rumah seperti beg kertas yang rapuh dan medan pertempuran sudah tidak dikenali lagi apabila perlawanan ini tamat. Saya berasa kagum dengan skala kemusnahan yang dilakukan oleh setiap pasukan.

“Ini memang peta peperangan habis-habisan klasik,” kata Sirland. “Ia menyokong kenderaan infantri, darat, dan udara, kombinasi terbaik yang menguasakan anda untuk mencipta detik ‘hanya dalam Battlefield’ anda sendiri.”

Mirak Valley adalah kawasan luas dan kenderaan mudah bergerak, ada juga kawasan yang boleh anda berinteraksi dalam pertempuran dan tembak-menembak jarak dekat. Di tengah-tengah peta, ada kawasan pembinaan dengan tingkat yang tinggi untuk didaki. Ini membolehkan pemain menghampiri sesama mereka, menggunakan tiang pembinaan dan blok sinder untuk menyorok, berlindung daripada dilihat, dengan kenderaan yang menyerang mereka dari luar. Mirak Valley ada bermacam-macam untuk menjadikan tatamain detik ke detik dirasai segar setiap saat.
Mod Escalation Battlefield 6 Melancarkan Pertempuran Skala Terbesar dalam Siri Ini
Peta kedua, Operation Firestorm ialah pembaharuan semula peta Battlefield 3 yang menjadi kegemaran. Ia bertempat di lokasi baharu tetapi masih ada kilang penapisan minyak dan latar belakang gurun yang disukai dan cukup dikenali pemain veteran. “Jangan salah faham, saya menyukai Operation Firestorm pada zaman BF3, namun peta yang sudah 15 tahun perlu sedikit pembaharuan,” jelas Sirland. “Visual, kawasan berlindung, baris pandangan dan sudah tentu kemusnahan.”

Operation Firestorm lebih sesuai untuk pertempuran kenderaan berbanding Mirak Valley. Walaupun ada kontena kargo dan bangunan, ini lebih berselerak berbanding kawasan kampung Mirak Valley, yang menampilkan kumpulan rumah padat yang boleh dijadikan tempat bersembunyi bagi pemain. Ini kelihatan lebih jelas apabila saya bermain Escalation pada Operation Firestorm. Apabila menakluk titik kawalan, kenderaan dapat menghampiri, menyukarkan lagi usaha penaklukan berbanding dengan Mirak Valley. Jika anda tidak berada dalam kenderaan, ada kemungkinan anda akan terbunuh awal. Saya tak dapat mengira kekerapan kenderaan meletupkan lori minyak dan saya terkena letupan itu, skrin saya dipenuhi api. Itu sememangnya huru-hara besar, saya lebih suka bermain Operation Firestorm berbanding Mirak Valley.

Operation Firestorm juga memiliki jumlah ketinggian yang mengejutkan. Anda boleh mendaki kilang minyak sehingga ke atas, memberikan anda titik pemandangan yang bagus ke seluruh peta. Ia tempat yang terbaik untuk penembak hendap yang mahu menembak pemain lain dari atas. Tingkat yang lebih rendah di kilang, sama seperti kawasan pembinaan di Mirak Valley, merupakan kawasan popular untuk tembak-menembak apabila kenderaan tidak terlibat.
Mod Escalation Battlefield 6 Menyediakan Firestorm Pertempuran Skala Terbesar Siri Ini
Akhir sekali, Sirland menjelaskan beberapa kemas kini besar baharu dan perubahan senjata api. Semasa beta terbuka dan pratonton sesi main kami, pemain memberitahu bahawa senapang patah terlalu berkuasa, yang menjadikan mod permainan seperti Team Deathmatch dan Domination kurang ideal. Satu daripada perubahan yang lebih penting ialah senapang patah M87A1 kini memerlukan lebih banyak peluru untuk membunuh, yang pasti akan disukai pemain kelak.

Sistem pergerakan telah dilaraskan juga. Dalam Call of Duty, terdapat pergerakan popular yang dipanggil luncur pembatalan, iaitu berlari dan kemudian meluncur, kemudian membatalkan tindakan dengan melompat atau membidik. Ini membolehkan pemain kekal tangkas sambil dapat mengelirukan musuh. Walaupun Battlefield 6 tidak memiliki luncur pembatalan, itu tidak menghalang pemain beta terbuka untuk mencari jalan meniru tindakan itu. “Momentum, terutamanya kelajuan melintang daripada meluncur kepada lompatan telah dikurangkan,” kata Sirland.

Dia menyambung: “Kami juga meningkatkan ketidaktepatan apabila menembak sambil melompat atau meluncur, menyumbangkan rentak permainan yang mementingkan pergerakan yang mahir tanpa menjadi terlalu pantas atau tidak dapat dijangka.”

Setelah mencuba Escalation, dua peta baharu, pelarasan permainan, saya berpendapat Battlefield 6 mampu menjadi entri kegemaran peminat seterusnya yang telah dinantikan oleh peminat lama. Jelaslah pembangun mendengar pendapat peminat francais, sambil masih mengekalkan visi mereka untuk mewujudkan pengalaman Battlefield yang paling asli dan seronok setelah bertahun-tahun.

Battlefield 6 dilancarkan pada 10 Oktober. Anda boleh menambahkan permainan ini ke senarai hajat sekarang di Epic Games Store.