Berita

Beyond These Stars ialah pembina bandar mampan di mana anda tinggal di atas makhluk paus cakerawala

C
Charlie Wacholz
25 Ogo 2025
Beyond These Stars ialah pembina bandar yang unik. Dalam genre yang didominasi oleh peperangan, penjajahan Machiavelli dan penindanan sumber tanpa henti, Beyond These Stars mencari pembawaan suasana yang berbeza. Betapa terujanya untuk mengatakan yang rakyat anda tidak menjajah atau menuntut tanah baharu demi empayar galaksi yang luas, sebaliknya ingin menempatkan semula peradaban budaya mereka yang hilang tanpa keganasan, pendekatan menarik Beyond These Stars yang menarik terhadap penerokaan angkasa memberikan suatu rasa puitis yang sukar ditemui dalam permainan bertemakan angkasa.

Saya menerima panduan penuh tentang paus angkasa dan pembinaan bandar lestari semasa sesi permainan demo setengah jam dengan Balancing Monkey Games.

Anda mengetuai dan mengawal keturunan peradaban antara bintang silam dalam pencarian mereka untuk penempatan nenek moyang merentasi bintang sambil membina peradaban di atas paus cakerawala gergasi bernama Kewa. Sebuah manifestasi makhluk dari persekitaran dan tanah anda, Kewa bukanlah haiwan peliharaan tetapi peneman dan watak dengan fikirannya yang tersendiri. Mereka ada pendapat dan perasaan tentang apa yang anda bina dan ke mana hala tuju anda, mereka juga akan bertindak balas terhadapnya—dan akan berkongsi dengan anda, setelah peradaban anda memiliki cara untuk menterjemahkan lagu mereka.

Ini boleh terdiri daripada perkara yang kecil seperti, membina terlalu banyak kilang di satu ruang kecil, yang akhirnya mencemarkan dan meracuni tanah. Kewa merasakan ini dan pasti akan memberitahu anda. Nasib baiklah, jenis kerosakan ini boleh dipulihkan, walaupun pemulihan ini bergantung pada cara anda mengendalikannya. Sudah tentu anda digalakkan untuk mencegah perkara ini ketika ia berlaku, namun perkara ini juga boleh dipulihkan kemudian. Apa-apa pun, Kewa menghargai usaha anda untuk membetulkan keadaan, namun jika anda tidak menjaga badan mereka dengan baik, mereka mungkin marah dan terbang menerusi medan elektrik yang menggelikan mereka dan melumpuhkan sesetengah bangunan anda. Mereka juga boleh terbang melalui lapangan asteroid untuk makan, yang berisiko untuk merosakkan kejiranan yang anda telah himpunkan secara teliti, kadang-kadang tanpa memberitahu anda.
Bintang
Ini tidak akan berlaku tanpa amaran, tak kiralah daripada Kewa atau wujudnya pencemaran yang tidak diingini. Beyond These Stars dengan jelas memberitahu ukuran penting seperti kesihatan dan kegembiraan Kewa. Bercakap dengan Kewa secara langsung ialah bahagian mekanisme ini yang paling menarik. Mereka tertulis sebagai kuasa cakerawala yang tidak difahami, bercakap dalam prosa puitis yang mistik. Pada awal permainan, kesihatannya agak teruk, maka berbaloilah anda terus menyemai perhubungan anda dan kesihatan rumah anda.

Namun anda tidak boleh lupa tentang matlamat: menemui semula dan menduduki semula bintang. Menggunakan Kewa sebagai pangkalan rumah anda, anda akan menyediakan penempatan kecil di angkasa, memanfaatkan keadaan dan persekitaran planet lain. Satu planet yang saya lihat semasa demo ialah planet yang sejuk dan tandus, namun rumah bagi kawanan biri-biri! Selepas meletakkan beberapa rumah dan struktur lain yang diperlukan, peradaban humanoid (dipanggil Peeps) telah berjaya menyediakan ladang bulu, membuka perjalanan ke sistem suria dan planet yang lebih sejuk.

Menyediakan kampung yang serba cukup seperti ini memerlukan pendekatan yang bijak. Seperti yang saya sebutkan tadi, kilang yang diletakkan berdekatan boleh menyebabkan pencemaran berlebihan, namun bukan itu sahaja kesan yang diberikan oleh bangunan berdekatan ini terhadap satu sama lain. Patung tunggangan setasea anda mungkin meningkatkan kebahagiaan keseluruhan penduduk berhampiran, manakala meletakkan terlalu banyak pondok yang berhampiran antara satu sama lain boleh menyebabkan penduduk lebih sedih, yang boleh mengganggu aliran sumber dan perdagangan, justeru itu menyebabkan isu bagi populasi anda dan juga Kewa.

Penghasilan barangan sentiasa akan mencipta dua sumber berasingan. Oleh sebab setiap tindanan sumber atau item yang wujud secara fizikal, ini boleh mempengaruhi kesihatan peradaban anda. Beyond These Stars menggalakkan anda membangunkan dan menggunakan sumber dan alatan secara mampan. Setiap produk sampingan memiliki kegunaan tertentu, anda cuma perlu mencari kitaran penghasilan yang betul untuk memastikan jelaga daripada penghasilan alatan sebagai contoh, boleh digunakan untuk menghasilkan keluli. Saya berasa teruja daripada sesi ini dengan cara Beyond These Stars berjaya menggalakkan dan memberikan ganjaran bagi keseimbangan penghasilan cekap yang betul dan susun atur bandar dengan kemampanan serta kepimpinan baik yang mempengaruhi antara satu sama lain.

Saya juga melihat peristiwa kisah pendek, termasuk pertemuan pertama dengan peradaban makhluk asing, yang menugaskan Peep mencari bebola misteri dan berkuasa sebagai misi sampingan pilihan untuk membuka hubungan diplomatik.

Beyond These Stars pada masa ini memiliki demo yang tersedia di Epic Games Store dan dijadualkan untuk pelancaran dalam akses awal sebelum pelancaran 1.0 sebenar.
Beyond These Stars Ialah Pembina Bandar Mampan Di Mana Anda Tinggal Di Atas Makhluk Paus Cakerawala