
Panduan pembeli Jualan Musim Bunga Epic Games Store 2026

Jualan Musim Bunga Epic Games Store sudah tiba, dengan banyak permainan hebat kini dijual.
Apakah Jualan Musim Bunga Epic Games Store 2026?
Jualan bermusim terbaru kami menampilkan permainan AAA, judul indie, dan banyak lagi dengan diskaun hingga 80%.
Bilakah Jualan Musim Bunga Epic Games Store 2026?
Jualan berlangsung dari 30 Mac jam 11:00 MLM hingga 13 April jam 11:00 MLM.

Terokai permainan Jualan Musim Bunga
Berikut ialah beberapa sorotan.
Borderlands 4
Kawal empat Vault Hunter baharu sambil anda meneroka planet Kairos. Borderlands 4 mengembangkan siri ini dengan dunia terbuka yang luas untuk dijelajahi, pohon kemahiran yang memberi anda dan rakan-rakan anda kebolehan yang luar biasa, sudah tentu, senjata yang tidak terkira banyaknya untuk ditemui dan disesuaikan. Dunia ini sangat luas, ini;ah segala-galanya yang perlu anda ketahui tentang Borderlands terbesar setakat ini.
Beli Borderlands 4 di Epic Games Store sebelum 12 September 2026 dan terima Pakej Mad Moxxi dalam Fortnite sebagai hadiah dengan pembelian.
ARC Raiders
Dalam ARC Raiders, pemain mengambil peranan sebagai pengutip, meneroka kawasan terbiar yang berbahaya untuk mengumpulkan sumber bagi penempatan Speranza. Bertempur dengan robot bermusuh, dron, dan pemain lain sambil anda memburu khazanah seperti bola sepak kempis, plat nombor, dan selimut koyak—dan juga barang rampasan berteknologi tinggi. Panduan ARC Raiders kami akan membantu anda bermula.
Sertai serbuan solo atau dengan kumpulan untuk mendapatkan item terbaik. Dan ingat, anda boleh membuat perbezaan: pemain lain di luar sana mungkin sarat dengan rampasan, tetapi adakah anda benar-benar mahu menjadi orang yang menembak mereka dan mengambilnya untuk diri sendiri?

Grand Theft Auto V Enhanced
Masih tiada yang setanding dengan Grand Theft Auto V. Mod pemain tunggal ialah simulasi jenayah yang meluas dan anda bertukar antara tiga protagonis pada tahap yang berbeza dalam kerjaya mereka. Kisah ini sarat dengan rompakan yang rumit dan babak aksi yang hebat, tetapi terdapat juga dunia yang padat untuk anda hayati. Bersiar-siar dengan kereta sambil radio dipasang kuat-kuat, mengikuti kelas yoga, atau bermain golf.
Sementara itu, GTA Online terus mengembangkan permainan, menawarkan sejumlah besar misi untuk diselesaikan, rumah perlindungan untuk diambil alih, dan kekacauan medan ujian dalam talian untuk dinikmati.
RIDE 6
Hidupkan enjin di PC anda untuk salah satu permainan perlumbaan paling realistik yang pernah wujud. Menampilkan ratusan motosikal dan festival acara, permainan ini mencabar anda untuk bersaing dengan 10 juara perlumbaan ikonik untuk membuktikan diri anda. Fizik dunia nyata mendorong anda untuk menguasai brek, baringan, dan kedudukan penunggang, sementara perbezaan halus antara motosikal memastikan setiap selekoh dan laluan lurus menuntut ketepatan untuk setiap perlumbaan.

Temukan permata tersembunyi dalam Jualan Musim Bunga
Luaskan pustaka permainan anda dengan beberapa Permainan Indie yang hebat.
NODE: The Last Favor of the Antarii
Robot kecil yang sesat memerlukan bantuan anda untuk menavigasi Perang Dingin yang rumit dan menghentikan kiamat nuklear. Permainan ini seakan permainan pemplatform, namun anda tidak mengawal watak itu secara langsung. Sebaliknya, anda perlu merancang terlebih dahulu setiap gerakan NODE, menetapkan urutan tindakan pada garis masa untuk NODE ikuti, dan kemudian berharap anda telah membuat pilihan yang tepat.
Monument Valley 2
Monument Valley 2 ialah permainan tentang geometri yang berbelit-belit. Tukarkan teka-teki yang mustahil menjadi platform yang tersusun apabila anda mengalihkan dunia di sekeliling. Wujudkan sambungan dan terpegun apabila ilusi optik yang membentuk aras itu berubah menjadi laluan untuk Ro dan anaknya melalui. Ia adalah permainan kecil yang menenangkan dan indah.
Donut County
Donut County bermula dengan suatu kegilaan dan hanya berkembang dari situ. Anda merupakan seekor raccoon yang mengawal lubang pemakan sampah, cuba mengumpul item yang mencukupi untuk membeli quadcopter. Lubang itu meluncur di atas tanah, menelan segala-galanya dari bekas garam hingga penduduk daerah, yang perlahan-lahan berkumpul di bawah tanah dan menuntut untuk dihantar pulang. Jika anda sukakan Katamari Damacy, anda pasti akan menyukainya.
Biped 2
Asas pergerakan Biped 2, apabila setiap kaki digerakkan secara bebas, sudah cukup sukar dimainkan secara solo—tetapi permainan ini benar-benar menyerlah apabila anda melibatkan rakan-rakan. Teka-teki memerlukan masa yang tepat dan ketepatan, yang menjadi semakin sukar berkali ganda apabila anda mempunyai empat pemain yang cuba menentukan masa lompatan platform, suis, dan banyak lagi.
Gunakan Pemberian Hadiah untuk berkongsi kegembiraan!
Hantar permainan dan item tambahan terus kepada rakan anda, dapatkan Ganjaran Epic dengan setiap pembelian, atau gunakan baki anda untuk pemberian hadiah. Berkongsi permainan kini lebih mudah. Sekatan dikenakan termasuk rantau pemastautin; lihat Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.
Berseronoklah!