
Berita
Hadiahkan permainan dan bina skuad di Epic Games Store
E
Epic Games
Baca selanjutnya tentang pemberian hadiah di sini dan belikan permainan untuk rakan, pasangan atau musuh yang anda memang nak buat mereka keliru sikit.
Di bawah ini ada beberapa judul hebat untuk dimainkan bersama dua orang atau lebih. Jom, Hadiahkan Permainan!
Arc Raiders
Tiada ada genre yang lebih sesuai dimainkan dengan rakanselain penembak ekstraksi. Dalam Arc Raiders, anda akan berlari merentasi runtuhan yang dipenuhi robot pembunuh, mengutip barang terpakai dan berharap dapat keluar hidup-hidup dengan beg penuh jarahan. Tanpa seorang atau dua rakan yang jaga belakang anda, memang senang jadi sasaran pemain lain. Pendek kata, anda perlukan rakan, kalau tidak pun, sekurang-kurangnya untuk mengingatkan betapa kerapnya mereka pernah menyelamatkan anda di Rust Belt.

Tapi menariknya, Arc Raiders juga menghasilkan sesuatu yang agak pelik dalam genre yang terkenal dengan tikam belakang ini. Ada pelayan yang dipenuhi pemain baik hati, sedia membantu orang asing dan bekerjasama menentang mereka yang cuba mencuri. Anehnya, inilah permainan antisosial yang paling sosial anda akan mainkan. Tak mustahil anda akan dapat rakan baharu semasa bermain.
Split Fiction
Anda: Seorang yang kacak, bijak dan kelakar, suka baca buku dengan kapal angkasa meletup di muka depan.
Rakan anda: Minat fantasi.
Ini sememangnya suatu kelainan apabila anda meminati fandom dan berkongsi (atau berdebat tentang) perkara itu dengan rakan. Permainan ko-op Split Fiction berlatarbelakangkan dunia sains fiksyen dan fantasi, di mana dua orang penulis terperangkap dalam cerita ciptaan mereka sendiri dan perlu bekerjasama untuk meloloskan diri. Jadi, anda boleh berdebat sama ada Kirk lebih hebat daripada Gandalf, atau sama ada Puteri Leia lebih layak jadi komander berbanding Daenerys Targaryen, semuanya sambil bertarung merentasi genre kegemaran anda. Kenali satu sama lain dengan lebih dekat dan akhirnya faham kenapa mereka terlalu obses dengan naga, sambil bermain salah satu permainan ko-op terbaik sepanjang zaman.
Battlefield 6
Battlefield 6 menampilkan pertempuran paling besar dalam sejarah siri ini. Bangunan runtuh, jet meluncur di udara, dan letupan berlaku di mana-mana. Dalam kekacauan perang habis-habisan ini, berbual dengan skuad anda melalui komunikasi suara ialah cara terbaik untuk terus hidup—jujurnya, itulah satu-satu cara yang ada. Dengan empat orang dalam satu skuad, huru-hara jadi lebih terkawal, dan bantuan cuma satu jeritan kuat ke mikrofon sahaja. Walaupun sebelum ini anda cuma rakan biasa, selepas bermain mod panjang lebar itu, besar kemungkinan anda akan menjadi sahabat sejati.
Petua pro: Pastikan anda percaya pada pemain yang pegang spawn beacon, sebab tak ada benda yang lebih menyakitkan hati daripada mati dan hidup semula di sudut gudang gelap dan sejuk, tempat rakan paling pengecut anda sedang bersembunyi menunggu perang tamat.
LEGO Voyagers
Nak suasana lebih romantik sikit? Anda mungkin terkejut betapa sesuainya Lego Voyagers, permainan ko-op dua pemain berlatar dunia Lego di mana anda bermain sebagai batu-bata untuk dijadikan permainan dating. Dunianya cantik dan penuh warna, memang sesuai untuk bersantai. Teka-tekinya ringkas dan kelakar, sesuai untuk saling mengenali tanpa tekanan. Mungkin anda akan meminatinya!
Satisfactory
Matlamat jangka panjang Satisfactory ialah membina barisan pengeluaran automatik berskala dunia untuk mengumpul sumber: Sebuah kilang yang benar-benar memuaskan. Kalau bunyinya macam kerja berat untuk seorang, jangan risau. Anda boleh mengajak beberapa rakan untuk membantu anda Membina, Mengautomasi, Menerokai dan Mengeksploitasi. Percayalah, jauh lebih seronok bila buat bersama.

Hingga empat pemain boleh sertai satu pelayan, dengan skuad biasanya membahagikan peranan. Seorang mungkin pakar meneroka jauh ke dunia asing, membuka kemajuan dan berlawan dengan hidupan tempatan. Seorang lagi fokus membina dan mengoptimumkan pangkalan. Lepas itu ada Tom, yang cuma suka memandu trak tanpa henti. Semua peranan pun boleh. Koordinasi ialah kunci untuk menakluk dunia liar ini dan menukarkannya menjadi jongkong, komponen dan bahan api.
Operation: Tango
Komunikasi itu penting, begitulah kata orang. Kami pula tak dengar. Kami terlalu sibuk bermain permainan perisik ko-op dalam talian eksklusif, Operation: Tango. Anda dan pasangan perlu bekerjasama untuk menyelamatkan dunia, dan itu memerlukan perbualan berterusan, kerjasama dan kesabaran.
Dua pemain bermain permainan perisik kerjsama ala filem, dengan seorang bergerak di lapangan, sementara seorang lagi menggodam sistem keselamatan dari jauh. Perlu banyak bercakap, ejen di lapangan menyampaikan maklumat, manakala penggodam mengimbas, membuka kunci dan buat semua aksi perisik yang hebat itu.
Among Us
Pengkhianatan, penipuan dan pembunuhan senyap-senyap bertali arus, tidak tak ada permainan lain yang lebih menjerit “kebersamaan” selain Among Us. Anda perlukan sekurang-kurangnya empat pemain (hingga 15) dalam permainan dalam talian ini, di mana kru buat tugasan sementara pembunuh rahsia merancang untuk menikam dari belakang. Mungkin anda. Atau mungkin rakan baik anda yang suatu ketika dulu berjanji takkan sekali-kali menikam anda dengan pisau. Bila tuduhan mula dilemparkan, anda akan tahu betapa liciknya rakan sendiri.
Permainan ini menguji persahabatan, membina ikatan antara orang asing, dan asyik bertanya soalan, kebanyakannya tentang siapa bunuh siapa dan di mana.
Chivalry 2
Kebanyakan orang menganggap sikap kesatria itu sesuatu yang agak lama dan romantik, seperti memegang pintu untuk orang lain atau bangun dari tempat duduk supaya orang lain boleh duduk. Ia tentang pengorbanan diri, mengorbankan keselesaan sendiri supaya orang lain rasa lebih selesa.

Tapi biar kami jelaskan: itu langsung bukan apa yang berlaku dalam Chivalry 2. Rakan-rakan anda akan terkejut apabila anda mempelawa mereka bermain, menyangka anda akan jadi seorang budiman tetapi sebaliknya melihat anda memotong kaki seseorang dan menggunakan kaki itu sebagai senjata. Ini ialah permainan berbilang pemain yang ganas namun lucu, ketika lumpur dan darah zaman pertengahan pun tak mampu menutup kegilaan di mata anda. Sejujurnya, mungkin lepas ni anda ada kurang sedikit ahli skuad.