Permainan Aksi

Epic Games Store menawarkan antara Permainan aksi yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan aksi yang menyeronokkan dan mengujakan.

Soalan Lazim Permainan Aksi

Apakah permainan aksi?

Permainan aksi merupakan kategori permainan yang menumpukan pada tindakan dan pergerakan pemain. Permainan aksi merangkumi pelbagai genre, daripada permainan platform (Dibuka dalam tab baharu) sehinggalah permainan penembak (Dibuka dalam tab baharu) atau lawan (Dibuka dalam tab baharu) dan banyak lagi. Jika anda menggerakkan karakter, bertindak dan bertindak balas terhadap cabaran permainan (seperti memanjat, melompat, berlawan) pada masa nyata, maka ini merupakan permainan aksi.

Secara umumnya, permainan aksi membolehkan pemain mengawal pergerakan dan tindak balas fizikal karakter dalam sesuatu tahap. Permainan aksi boleh jadi permainan platform yang ditatal di sisi, yang melibatkan pemain dipandu sekitar tahap untuk mengumpulkan item dan mengalahkan musuh. Penembak pandangan pertama mengikut cabaran pergerakan dan aksi yang sama tetapi dilihat daripada perspektif karakter, menjadikan tindakan bidikan sebahagian besar permainan ini. Permainan aksi pandangan ketiga biasanya akan menumpukan pada serangan jarak jauh dengan pergerakan yang berlebihan. Semua permainan ini kelihatan dan rasa jauh berbeza, tetapi masih dianggap sebagai permainan aksi.

Cabaran dalam permainan aksi biasanya memerlukan tindak balas yang tepat dan pantas. Asas bagi permainan aksi adalah mengisi ruang dengan musuh dan memberikan senjata api kepada pemain untuk ditembak pada musuh, dan ada banyak permainan hebat yang direka khas sebegini. Biasanya permainan sebegini menampilkan arena cabaran yang memerlukan pengetahuan tentang ruang, corak serangan musuh dan naik taraf diperlukan. Arena cabaran juga merupakan tempat yang sesuai untuk pertempuran dengan bos, perkara yang lazim dilihat dalam genre permainan aksi. Pertempuran dengan bos merupakan detik mendebarkan yang melibatkan jenis musuh baharu, yang lebih besar, lebih kuat atau lebih pantas berbanding musuh biasa, yang akan memberikan perlawanan unik dan sukar kepada pemain, kadangkala merentasi beberapa tahap.

Terdapat juga banyak permainan aksi tanpa senjata api. Terdapat permainan yang melibatkan perlumbaan pemain di sepanjang koridor, mengelak daripada perangkap dan serangan. Terdapat permainan yang memerlukan anda bersembunyi daripada musuh tatkala mereka meronda, menanti saat yang tepat untuk melarikan diri atau menyerang musuh tersebut.

Beberapa permainan aksi moden membenarkan pemain untuk menentukan gaya permainan mereka. Karakter akan diberikan kemahiran dan statistik untuk dipilih oleh pemain, ini dipanggil ‘binaan’, yang akan membezakan avatar mereka daripada avatar pemain lain. Anda boleh mencipta karakter dengan statistik yang mengutamakan kekuatan, lantas membolehkan anda menggunakan senjata besar dan berlawan. Anda juga boleh mencipta karakter yang mahir menyelinap, yang memiliki statistik dan senjata yang memberi anda kelebihan apabila menyelinap sekitar tahap. Permainan yang sama boleh ada binaan karakter yang amat berbeza, bergantung pada pemain.

Adakah saya perlu memuat turun permainan aksi pada PC saya?

Ya dan anda boleh menggunakan Pelancar Epic Games Store untuk berbuat demikian. Anda perlu mencipta akaun dan memuat turun pelancar. Apabila kedua-duanya sudah sedia, anda boleh menggunakan pelancar untuk memuat turun permainan komputer ke pemacu keras PC anda dan melancarkan permainan itu daripada sana.

Mengapakan permainan aksi PC sangat popular?

Permainan aksi untuk PC memberikan cabaran yang menyeronokkan buat pemain dengan pelbagai kemahiran. Permainan aksi untuk PC tidak mempunyai genre tetap, maka ada banyak jenis permainan yang tersedia untuk dimainkan. Permainan sebegini boleh berkisarkan tentang pembunuh upahan dahulu kala atau askar moden. Temanya boleh jadi seringkas seperti menembak syaitan atau permainan sebegini boleh menceritakan kisah yang rumit dengan pelbagai putar balik plot, keputusan pemain dan metafora.

Adakah terdapat permainan aksi untuk dimainkan bersama rakan dalam talian?

Ya. Terdapat beberapa permainan aksi yang boleh dimainkan bersama rakan dalam talian. Anda boleh bermain permainan kerjasama atau pun permainan lawan dengan rakan.

Adakah sesetengah permainan aksi mempunyai penyesuaian karakter?

Kebanyakan permainan aksi moden mempunyai unsur penyesuaian karakter. Anda boleh memilih jantina, rupa anda dan banyak lagi. Sesetengah karakter mempunyai pohon kemahiran yang merangkumi segala aspek perkembangan karakter, membolehkan anda mencipta gaya permainan yang unik bagi anda.

Adakah sesetengah permainan aksi mempunyai mekanisme pembinaan pangkalan?

Ya, ini benar bagi sesetengah permainan aksi. Permainan mandiri merupakan permainan aksi dan biasanya memerlukan pemain menghasilkan dan melindungi pangkalan untuk kekal hidup.

* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun