Permainan Windows
Epic Games Store menawarkan antara permainan Windows yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan Windows PC yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Windows
Apa itu permainan Windows?
Permainan Windows ialah permainan yang dijalankan pada Sistem Pengendalian Windows. Sistem pengendalian, atau OS ialah program utama yang menjalankan komputer anda. Windows ialah salah satu dan yang paling dominan pada PC permainan. Oleh sebab itu, kebanyakan permainan ialah permainan Windows.
Versi Windows terkini iaitu Windows 11, walaupun Windows 10 masih popular dan akan menerima sokongan (kemas kini sekuriti, pembetulan kritikal) hingga 2025.
Adakah Windows bagus untuk permainan?
Memandangkan hampir semua permainan PC dijalankan pada Windows, ia memang bagus untuk permainan. Platform ini memiliki ekosistem pemacu yang menjadikan permainan berfungsi dan sebilangan program yang boleh digunakan untuk meningkatkan permainan. Ini biasanya dibangunkan oleh pihak ketiga tetapi pemacu ini biasanya akan menyasarkan Windows sebagai platform utama. Perkara yang sama boleh dikatakan untuk perkakasan. Hampir semua perkakasan direka untuk PC Windows, jika anda mencari OS yang paling disokong, platform Windows yang paling mendapat sokongan pada masa ini.
Adakah terdapat mana-mana permainan Windows PC yang boleh saya muat turun?
Ya. Semua permainan percuma pada Epic Games Store dijalankan pada Windows.
Adakah terdapat permainan Windows dengan sokongan pengawal?
Ya. Mana-mana permainan yang memiliki sokongan pengawal yang disenaraikan pada Epic Games Store akan dijalankan pada Windows.
Bagaimanakah saya memuat turun permainan Windows secara percuma?
Anda boleh mencipta akaun Epic Games Store dan memuat turun Pelancar Epic Games Store. Itu akan membenarkan anda mengakses mana-mana permainan percuma pada kedai, yang semua ini akan menyokong Windows.





































