Berita

Sesi pengalaman Battlefield 6: Sesi bermain selama empat jam membawa kembali zaman kegemilangan

G
George Yang
31 Jul 2025
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, siri Battlefield telah bereksperimen dengan pelbagai latar, termasuk kedua-dua Battlefield 1 dan 5 serta dalam masa terdekat dalam Battlefield 2042. Namun EA akan kembali ke latar moden dengan Battlefield 6. Selepas empat jam bermain entri baharu ini, nampaknya ini seperti sambungan kepada perang moden Battlefield 3 dan 4, yang telah menjadi kemuncak populariti francais ini.

“Saya nampak permainan ini sebagai penyambung semangat daripada siri Battlefield 3 dan 4, betul tak?” jelas Pengarah Kreatif Ripple Effect Studios, Thomas Andersson dalam satu sesi Soalan Jawab. “Sudah lebih satu dekad berlalu sejak permainan itu dikeluarkan, namun masih ada obsesi tentang teras ini, kemusnahan taktikal ialah salah satu daripadanya dan kali ini kami lebih menumpukan kelas.” Untuk Battlefield 6, pembangun ingin membawakan semula keajaiban Battlefield ketika zaman kegemilangannya dengan memperkemas ciri teras berbilang pemain.
 

Kelas sedang berlangsung


Battlefield 6 akan dilancarkan dengan empat kelas standard dalam siri: Assault, Engineer, Support dan Recon. Setiap satu menawarkan gabungan gaya permainan yang unik. Assault menumpukan pertempuran jarak dekat dan Engineer pula dengan pertempuran kenderaan, manakala Support dan Recon memberikan sokongan yang berguna. Support boleh mendapatkan semula bekalan dan menghidupkan rakan sepasukan lebih pantas, manakala Recon boleh mengesan kedudukan musuh.

“Kami mahu anda menyelami kelas itu. Kami mahu pemain untuk memahami peranan anda dalam medan pertempuran,” kata Andersson. Khususnya, kelas Medic dirasai paling memberikan kesan kerana kelas ini boleh menghidupkan rakan sepasukan pada kadar yang lebih pantas berbanding kelas lain. Dalam Battlefield 6, sesiapa saja boleh menghidupkan rakan sepasukan, anda juga boleh menarik mereka ke tempat yang selamat sambil anda cuba menghidupkan mereka. Contohnya, saya sedang dihujani peluru dan letupan manakala rakan sepasukan saya telah tumbang. Saya dapat menarik mereka di belakang penghadang agar selamat daripada bahaya dan menyembuhkan mereka semula. 
Pengalaman Bermain Battlefield 6 Selama Empat Jam Mengembalikan Semangat Lama
Pergerakan sebenar ketika menarik badan rakan sepasukan anda sangatlah memberikan kepuasan dan saya dapat merasai geseran di tanah menerusi alat pengawal DualSense. Setiap kali saya cuba menghidupkan rakan sepasukan, saya rasa pengalaman ini bagaikan sebuah filem. Ini sangat menakjubkan dan membuatkan saya ingin bermain tanpa mementingkan diri sendiri.

Satu lagi perubahan besar akan datang dengan Battlefield 6 ialah senarai senjata terbuka berbanding senjata tertutup. Biasanya, jenis senjata tertentu dikunci mengikut kelas khusus, seperti assault rifle digandingkan dengan kelas Assault atau sniper rifle dengan kelas Recon. Namun, dalam format senjata terbuka, tiada sekatan yang dikenakan. Contohnya, Medic kini boleh muncul dengan sniper rifle. Ini sememangnya suatu perubahan untuk pengalaman Battlefield yang biasa dan ini agak sama sedikit dengan Call of Duty dan pemuatan tersuainya.

Konsep ini mendapat sambutan yang bercampur baur daripada komuniti Battlefield dan pembangun tahu tentang hal ini ketika mereka membuat pengumuman pada awal bulan ini. “Kami pasti akan menyediakan ciri ini dalam beta terbuka yang akan datang tidak lama lagi, kerana kami ingin pemain merasai pengalaman Battlefield mengikut cara yang mereka inginkan untuk bermain Battlefield,” jelas Pengarah Komunikasi Bersepadu Kanan, Andy McNamara.

Pendekatan senarai main yang berasingan ialah cara untuk memuaskan kedua-dua jenis pemain, terutamanya pemain yang mahukan mod berbilang pemain Battlefield yang tradisional. “Itu jawapan yang baik kepada respons yang sangat besar dan lantang untuk meminta pengalaman yang lebih ‘terikat’, kata Andersson lagi.
 

Rancang peta


Ketika saya bermain berbilang pemain Battlefield 6, saya beraksi di dua peta besar, Liberation Peak dan juga Siege of Cairo, serta dua peta yang lebih kecil, Iberian Offensive dan Empire State. Liberation Peak ialah kawasan pergunungan di Tajikistan dengan banyak kubu beg pasir dan parit yang dirasai seperti persekitaran zon perang klasik. Siege of Cairo ialah kota yang musnah dan ditinggalkan, dengan pelbagai bangunan untuk diterokai dan digunakan sebagai tempat berlindung.
Pengalaman Bermain Battlefield 6 Selama Empat Jam Mengembalikan Kenangan Lama dengan Jeep
Dalam dua peta besar ini, kebanyakannya saya bermain mod permainan Conquest dan Breakthrough. Dua mod ini serupa dari segi adanya “tiket” yang mewakili peluang untuk muncul semula. Setelah kiraan mencapai sifar, pasukan yang berkenaan tidak memiliki kemunculan semula lagi dan mereka akan kalah. Dalam Conquest pula, kedua-dua pasukan bermula dengan 1000 tiket dan perlu menghabiskan tiket musuh untuk mencapai kemenangan.

Namun, Breakthrough menjadi kegemaran saya antara dua mod ini. Satu pihak menyerang, manakala pasukan yang satu lagi bertahan. Barisan hadapan bagi pihak penyerang perlu mara ke hadapan dan menguasai keseluruhan peta untuk menang. Perkara yang menarik tentang mod permainan ini ialah pihak yang bertahan memiliki tiket tanpa had manakala pihak penyerang memiliki 200 tiket. Jika pihak penyerang berjaya menguasai beberapa sektor dalam peta, mereka boleh mendapatkan semula tiket mereka. Mod ini seronok yang menjadi lebih meriah sambil barisan hadapan menakluk lebih banyak kawasan dan kawasan pihak yang bertahan mengecil.

Ini mod permainan teras yang telah kekal dalam Battlefield sejak entri terawalnya. “Ini hasil 20 tahun bagi rekaan peta yang menakjubkan dan permainan yang hebat, kami merasakan yang kami perlu mencapai jangkaan itu,” kata Ketua Penerbit DICE Jeremy Chubb.

“Kami sedia maklum dengan jangkaan yang tinggi, ini agak menakutkan, namun kami pula melihat kembali dengan peta lama,” ujarnya lagi. “Kami melihat kembali peta kegemaran kami dan mendapati kami telah terinspirasi dengan permainan yang sudah wujud sebelum ini.” Sesetengah peta yang digemari pasukan pembangun kami adalah daripada Strike at Karkand Battlefield 2 dan Caspian Border Battlefield 3.

Iberian Offensive dan Empire State, yang diinspirasikan oleh Gibraltar dan Brooklyn ialah peta yang lebih padat dengan selok-belok dan laluan tajam di merata tempat. Ini lebih sesuai untuk mode permainan berskala kecil seperti Squad Deathmatch dan Domination.
Pengalaman Bermain Battlefield 6 Selama Empat Jam Mengembalikan Kenangan Zaman Dahulu
Walaupun dengan peta perang habis-habisan yang lebih luas, ada ruang lebih kecil yang khusus direka bentuk yang dipanggil Zon Tempur. Sebagai contoh, versi Conquest di Siege of Cairo menyertakan kawasan yang digunakan dalam versi Team Deathmatch peta tersebut. “Sambil anda bermain Conquest atau Breakthrough, anda akan mula mengenali ruang yang sangat direka untuk tujuan khusus,” jelas Andersson. “Selain memuatkan mod itu dalam susun atur Conquest atau Breakthrough, kami mencipta susun atur untuknya dan menggabungkan susun atur ini dalam peta yang sesuai.”

Dia juga memberikan sedikit berita tentang mod baharu yang akan ditambahkan, yang dipanggil Escalation yang pasti akan digemari oleh pemain Conquest. Cara permainannya agak serupa dengan Conquest, tetapi dengan skala lebih besar sehingga tujuh titik penaklukan. Dua pasukan bertempur untuk menakluk titik ini dan sambil kedua-dua pasukan mengembangkan kawasan mereka, titik yang tersedia semakin berkurang, sekali gus mencetuskan tembakan berbalas dan ketegangan yang semakin memuncak.

“Kami memperkenalkan sistem skor baharu, yang memberikan lebih penekanan terhadap detik kebangkitan dan detik-detik kritikal,” kata Andersson. “Kami ingin menggabungkan pengalaman peperangan habis-habisan dengan meningkatkan permainan kami pada mod penembak klasik dan pengalaman Battlefield yang klasik.”

Escalation tidak dapat dimainkan pada acara sesi permainan awal ini, namun katanya mod ini akan datang tidak lama lagi. Walaupun cara permainan Escalation belum lagi benar-benar jelas, perkongsian ini nampak menarik. Apa-apa pun, saya tidak dapat bersabar lagi untuk bermain Battlefield 6 ketika pelancaran pada 10 Okt.

Anda boleh menambahkan Battlefield 6 pada senarai hajat di Epic Games Store sekarang.