Artikel

Tawaran Black Friday baharu tiba di Epic Games Store hujung minggu ini

E
Epic Games
27 Nov 2026

Hujung minggu Black Friday telah tiba secara rasmi, dan kami meraikannya dengan membawakan gelombang tawaran baharu dalam Jualan Black Friday Epic Games Store! Terokai beberapa tawaran menarik yang baharu di bawah, tepat pada masanya untuk musim membeli-belah yang paling sibuk tahun ini. Jualan murah tamat pada 1 Dis, ayuh beli-belah sekarang. 

Lebih Banyak Tawaran Hebat Black Friday

Dapatkannya sekarang! 

Kernel Hearts

Kernel Hearts ialah sebuah RPG aksi roguelike ko-op berbilang pemain yang berkisarkan tentang sekumpulan gadis ajaib mendaki Menara Babel untuk menjatuhkan Tuhan. Bagi setiap pusingan, anda dan pasukan anda menentang malaikat, mengumpul sumber, menggabungkan kuasa serta membina kekuatan untuk meningkat ke tahap seterusnya. Bekerjasamalah dengan orang di bahagian bawah menara untuk menyesuaikan watak anda dan mendaki ke arah penamat 

Star Wars: Galactic Racer

Sertai Galactic League, litar perlumbaan tempur tanpa sekatan, tempat penjenayah dan sindiket bertaruh pada pelumba yang memecut laju di Tatooine, Jakku dan banyak lagi. Setiap perlumbaan merupakan pertempuran apabila Podracer melanggar Speeder Bike untuk menyingkirkan pencabar dari litar. Bermain sebagai Shade, seorang juruterbang solo yang ingin menuntut bela dan mencari kegemilangan dalam mod pemain tunggal, atau sertai perlawanan dendam berbilang pemain yang huru-hara. Untuk bertahan, anda perlu menyesuaikan repulsorcraft anda dengan naik taraf prestasi dan kebolehan taktikal. 

End of Abyss

Bimbing juruteknik tempur muda bernama Cel sambil dia turun ke dalam dewan terbengkalai kompleks bawah tanah yang luas dan dipenuhi dengan makhluk aneh yang mengerikan. End of Abyss ialah permainan seram isometrik debaran dengan rentak perlahan, cahaya berkelip-kelip menerangi seketika manusia dijangkiti yang telah berubah menjadi gumpalan daging yang mengerikan. Kutip bekalan, naik taraf kelengkapan anda dan berjuang untuk terus hidup di dalam fasiliti tersebut.

Sonic Racing: CrossWorlds

Lumba kart (serta bot dan pesawat) di litar yang diinspirasikan oleh sejarah 35 tahun Sonic the Hedgehog dan lompat merentasi dunia dalam Sonic Racing: CrossWorlds. Tidak kira di mana anda bermula dalam CrossWorlds, kerana peneraju perlumbaan boleh memilih tahap lain untuk dilalui bagi pusingan kedua sebelum kembali ke versi trek asal yang berubah secara dinamik untuk pusingan terakhir. Adakalanya anda meluncur melepasi dinosaur hidup, adakalanya Tails membawa anda melompat memasuki muzium yang penuh dengan fosil. 

Halloween: The Game

Buru di Haddonfield sebagai Michael Myers dalam seram asimetri 1v4 ini. Anda akan mencetuskan ketakutan di pekan, memotong talian telefon, menyelinap dan bergerak tanpa dikesan untuk mengejar dan lari daripada orang awam yang ketakutan. Dalam mod berbilang pemain, anda akan menentang Heroes of Haddonfield, yang mesti meyakinkan penduduk pekan untuk melarikan diri, mengiringi mereka keluar daripada bahaya sementara makhluk yang tidak boleh dibunuh itu memburu mereka. 

Ada lagi!

Sambil membeli-belah, anda juga boleh mendapatkan LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight, Super Meat Boy 3D, Cyberpunk 2077, Dying Light: The Beast, The Witcher 3 dan banyak lagi. 

Berseronoklah! 

Pautan Berkaitan
Cronos: The New Dawn’s fallen Soviet utopia defies physics and history
Cronos: The New Dawn’s fallen Soviet utopia defies physics and history
Earn the Number: A 007 First Light interview and hands-on
Earn the Number: A 007 First Light interview and hands-on