
Jualan Tamat Musim Panas Epic Games Store: Terokai tawaran terbaik dengan panduan pembeli kami

Jualan Tamat Musim Panas Epic Games Store kini hadir untuk menceriakan hari-hari terakhir musim ini. Terdapat banyak tawaran hebat, sama ada anda menerokai permainan baharu yang mengujakan atau mengejar kembali karya klasik yang abadi. Dengan penjimatan sehingga 80%, pasti anda akan menemui sesuatu yang berbaloi untuk dimainkan sebelum musim panas berakhir.
Apa itu Jualan Tamat Musim Panas Epic Games Store?
Jualan Tamat Musim Panas menampilkan penjimatan hebat untuk permainan-permainan menarik. Dengan dua minggu diskaun untuk dinikmati, lihat sorotan di bawah untuk mencari sesuatu yang sesuai dengan mood anda.
Bilakah Jualan Tamat Musim Panas Epic Games Store 2025?
Jualan Tamat Musim Panas 2025 di Epic Games Store berlangsung dari 4 September, 11:00 malam MYT hingga 18 September, 11:00 malam MYT.
Apa yang termasuk dalam Jualan Tamat Musim Panas Epic Games Store 2025?
Jualan Tamat Musim Panas 2025 di Epic Games Store menampilkan gabungan menarik permainan AAA blockbuster lama dan baharu, serta beberapa permainan indie istimewa yang mungkin anda terlepas pandang. Jom rasai sendiri!

Assassin’s Creed Shadows
Keluaran berfokuskan Jepun yang dinanti-nantikan dalam siri penyamaran jangka panjang Ubisoft ini hadir dengan pakej lengkap. Dengan pilihan dua watak—Naoe, pakar ninjutsu yang penuh helah, atau Yasuke, pahlawan gagah perkasa—ditambah sebuah benua luas untuk diterokai serta pelbagai misi sampingan yang mendalam, inilah pengalaman Assassin’s Creed yang sebenar. Bersedia untuk itu dengan panduan pemula kami.

Clair Obscur: Expedition 33
Boleh dikatakan kejutan terbesar tahun 2025, Clair Obscur: Expedition 33 begitu hebat sehingga ribuan pemain kembali menikmati gaya RPG yang sering dianggap khusus untuk peminat tegar. Dengan gabungan elemen pertempuran masa nyata dan berdasarkan giliran, dunia unik berinspirasikan era Belle Époque, serta kisah fantasi yang menyentuh hati, ini adalah calon Game of the Year yang anda pasti tidak mahu lepaskan. Kuasai perlawanan menentang Paintress dengan tip berguna daripada kami.
Cyberpunk 2077
Jelajahi Night City dalam sandbox yang memukau, menggambarkan masa depan yang tidak pernah wujud. Jadi pembunuh upahan bergaya penggodam yang menewaskan musuh tanpa meninggalkan jejak, seorang cyber-ninja gila yang lincah mengelak peluru dan memulihkan tenaga, atau penembak tepat yang tenang memburu lawan dari jauh. Semua pilihan ini menanti anda dalam RPG penuh aksi ini—cuma pandai-pandailah bersembunyi dan elakkan polis, maka semuanya akan berjalan lancar. Ada sebab Cyberpunk 2077 masih mempunyai peminat setia walaupun sudah bertahun sejak ia dilancarkan.
God of War Ragnarök
Alami kehancuran epik segala-galanya dalam sekuel penuh letupan ini. Sebagai Kratos, dewa pemarah yang mahir melontar kapak, bersama anaknya Atreus si pemanah handal, anda akan berjuang hingga ke penghujung dunia menentang Thor, Odin, dan nama-nama besar mitologi Norse yang sudah anda kenali dan kagumi. Asah Blades of Chaos anda dan bersiaplah memburu harta, kerana misi ini bukan sesuatu yang mudah untuk ditakluk. Dan jangan lupa jadi ayah yang baik juga!
The Witcher 3: Wild Hunt – Edisi Lengkap
Dianggap sebagai salah satu permainan terbaik dekad 2010-an, The Witcher 3: Wild Hunt masih menjadi penanda aras untuk misi sampingan RPG sehingga hari ini. Dengan ratusan jam permainan untuk diterokai, dunia fantasi yang hancur tetapi penuh misteri untuk diselami, serta dua DLC hebat (termasuk sekali) yang menambah lagi pengembaraan Geralt of Rivia, ini sememangnya permainan wajib main.

UNCHARTED™: Legacy of Thieves Collection
Dua entri terakhir dalam siri Uncharted, Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy, membawa formula aksi ini ke tahap maksimum dengan adegan set yang memukau, pertempuran mendebarkan, serta dialog bersahaja yang sudah menjadi kegemaran anda. Walaupun Uncharted 4 mendapat pujian meluas, Lost Legacy boleh dianggap sebagai permata tersembunyi, menampilkan Chloe Frazier dan Nadine Ross dalam pengembaraan spin-off yang benar-benar layak menyandang nama Uncharted.
Sid Meier's Civilization® VII
Satu-satunya siri permainan video yang membolehkan Gandhi melancarkan nuklear kini kembali dengan bab terbarunya. Dengan sistem Zaman tiga peringkat yang baharu, menjadikan setiap era dalam satu permainan lebih kompleks berbanding sebelum ini (ditambah tetapan kesukaran AI yang lebih mencabar), Civilization VII mengangkat formula ‘satu giliran lagi’ yang digemari peminat ke tahap seterusnya. Pastikan anda sentiasa dekat dengan rakan, dan lebih dekat lagi dengan musuh—terutamanya jika anda memburu kemenangan ketenteraan. Rujuk panduan kami tentang tamadun terbaik untuk dimainkan di setiap peringkat.
Apakah antara tawaran hebat dalam Jualan Tamat Musim Panas 2025?

Spiritfarer
Permainan santai bertemakan kematian ini membawa anda mengiringi roh-roh ke alam akhirat—tetapi sebelum itu, anda perlu membina kebun comel terlebih dahulu. Sebagai Stella, pengganti kepada Charon yang bersara, anda akan mengenali para penumpang di kapal anda sambil menghantar mereka ke alam sana, sebelum menyaksikan perjalanan terakhir mereka melalui Everdoor. Dengan gabungan mekanik platformer dan simulasi pengurusan ala Stardew Valley, permainan ini memang pilihan sempurna untuk mengisi petang hujan.
RimWorld
Simulator koloni angkasa ini tidak pernah mengulang cerita yang sama, dan itulah yang menjadikannya begitu menarik. Selepas kapal angkasa anda terhempas di sebuah planet yang dijana secara rawak, anda perlu membantu kru malang membina koloni tanpa menjadi mangsa cuaca ekstrem, kelaparan, atau konflik sesama sendiri. Sebuah AI pintar bertindak sebagai pencerita, menaikkan lagi drama dan intensiti ketika anda bermain. Kalau anda mencari permainan sci-fi yang sangat berbaloi untuk dimainkan berulang kali, inilah pilihan yang patut dicuba. Kalau anda benar-benar mendalami permainan ini, jangan lupa rujuk panduan Anomaly Update kami.

Manor Lords
Siapa yang tidak pernah teringin merasai kehidupan sebagai seorang tuan tanah zaman pertengahan? Memungut cukai, menikmati hidangan mewah, dan memerah keringat para petani miskin hingga ke titisan terakhir. Itulah yang menanti anda dalam Manor Lords, sebuah permainan strategi yang membolehkan anda membina kota, mengurus ekonomi, membuka laluan dagang, dan akhirnya berperang habis-habisan menentang baron lain dengan penuh kekejaman. Mulakan empayar anda dengan beberapa petua berguna.

Empire of the Ants
Ini adalah permainan strategi masa nyata yang berbeza, di mana anda memimpin pasukan semut merah menentang koloni serangga saingan dalam pertempuran epik yang sukar dipercayai kalau tidak dilihat sendiri. Menampilkan visual yang mungkin paling mengagumkan dalam mana-mana permainan bertemakan serangga, Empire of the Ants benar-benar memanjakan deria—terutamanya jika anda cuba mengikuti aksi pada tahap kesukaran yang lebih tinggi. Bawa pertempuran ke sarang anai-anai dan kuasai laman dengan panduan Empire of the Ants kami.
to a T
Permainan unik penuh kecomelan daripada pencipta Katamari Damacy ini mengisahkan suka duka seorang remaja yang terperangkap dalam posisi T-pose, dengan tangan terentang luas sepanjang masa. Ambil alih watak 'Teen' dan jelajahi bandar tepi laut tempat dia tinggal, sambil belajar menyesuaikan diri dengan keterbatasan comelnya sepanjang perjalanan. Berlumba dengan basikal roda satu di sekitar bandar, ajar sekumpulan pembuli satu pengajaran, dan jangan lupa cuba sandwic seekor zirafah tertentu—kami dengar ia sungguh lazat.

Lushfoil Photography Sim
Simulasi fotografi yang sangat imersif ini, dibina menggunakan Unreal Engine 5, membawa anda ke beberapa lokasi paling indah di dunia, dari gunung bersalji yang tinggi hingga ke hutan Jepun yang subur. Pelajari cara menangkap permainan cahaya dan bayang dengan mod kamera mendalamnya, yang meniru tetapan DSLR sebenar secara teliti, termasuk pendedahan, kontras, imbangan putih, dan banyak lagi. Nikmati pendakian santai—anda pasti akan berterima kasih kepada kami kemudian. Dan kalau anda gemar fotografi, jangan lupa lihat panduan kami untuk menguasai seni fotografi dalam permainan.
Into the Breach
Klasik indie yang disayangi ini benar-benar meletakkan ‘mikro’ dalam “mikro-strategi.” Daripada pencipta FTL, permainan strategi berasaskan larian ini pada dasarnya adalah permainan teka-teki yang terselindung, di mana anda perlu menggunakan pasukan tiga mech untuk melindungi grid kuasa daripada gelombang musuh yang semakin sukar. Setiap kali anda gagal, satu-satunya penyelamat anda kembali ke masa lalu untuk memulakan semula kitaran, sambil mengekalkan semua peningkatan dan kemahiran yang mereka pelajari dalam garis masa yang gagal itu.
Dapatkan kembali 20% dengan Ganjaran Epic, dilanjutkan sehingga 8 Januari 2026
Ganjaran Epic meningkat 20% semasa pembayaran menggunakan sistem bayaran Epic untuk setiap pembelian sekarang sehingga 8 Januari 2026.
Selain itu, dapatkan pulangan kekal sebanyak 20% untuk pembelian dalam Fortnite, Rocket League dan Fall Guys apabila anda menggunakan sistem pembayaran Epic.
Pemain akan menerima Ganjaran Epic serta-merta apabila membeli kandungan yang layak seperti mata wang maya dan langganan. Ini bermakna lebih banyak ganjaran anda, tepat pada masa anda ingin menggunakannya. EULA Epic Games Store terpakai.
Nikmati Jualan Tamat Musim Panas Epic Games Store!