
Dapatkan cahaya matahari sambil membeli permainan: Panduan pembeli Jualan Musim Panas Epic Games Store

Kami sudah pam flamingo dan terjun ke dalam kolam—jom sertai kami! Jualan Musim Panas Epic Games Store 2025 telah tiba untuk menceriakan suasana. Baca di bawah untuk mengetahui tentang penjimatan hebat, tawaran permainan menarik dan Ganjaran Epic.
Apa itu Jualan Musim Panas Epic Games Store?
Jualan Musim Panas Epic Games Store 2025 menawarkan penjimatan hebat untuk permainan-permainan terbaik. Nikmati dua minggu diskaun untuk permainan terlaris, daripada permainan besar hingga permainan indie yang hebat. Teruskan skrol dan nikmati suasananya.
Bilakah Jualan Musim Panas Epic Games Store 2025?
Tahun ini, Jualan Musim Panas bermula hari ini, 17 Julai jam 11 MLM MYT dan berterusan hingga 31 Julai jam 11 MLM MYT.
Apa yang termasuk dalam Jualan Musim Panas Epic Games 2025?
Permainan yang begitu panas hingga anda berisiko mencairkan aiskrim anda.

Marvel’s Spider-Man 2
Jom meluncur dan bergayut di sekitar New York sebagai Peter Parker atau Miles Morales, masing-masing dengan versi Spider-Man yang unik. Sekuel ini membolehkan anda bertukar antara kedua-dua watak semasa bermain, memberi kebebasan untuk memilih siapa yang akan melawan jenayah dan menjelajah Manhattan serta Queens yang direka khas dengan penuh terperinci. Lawan penjahat ikonik dan sesuaikan watak anda dengan panduan mendalam kami tentang pelbagai ciri boleh buka terbaik yang ditawarkan oleh permainan ini.
Clair Obscur: Expedition 33
Menggabungkan suasana bertemakan Belle Epoque dengan elemen pertempuran berasaskan giliran dan masa nyata, Clair Obscur: Expedition 33 merupakan salah satu permainan paling dihargai dan paling banyak dimainkan pada tahun 2025. Permainan RPG yang istimewa, menyajikan pendekatan baharu pada mekanik tradisional serta kisah fantasi gelap yang akan membuat anda sentiasa memerhati langit, bimbang giliran anda tiba. Masuk dan ikuti panduan kami untuk membantu anda menewaskan Paintress.

Grand Theft Auto V Enhanced
Menjadi jahat tidak pernah nampak sebegitu hebat. Grand Theft Auto V Enhanced mengemas kini tajuk ini untuk komputer moden, dengan menambah pencahayaan baru dan audio yang lebih baik serta mempercepat masa pemuatan. Dunia sandbox klasik masih kekal, membolehkan anda menikmati aksi jenayah yang penuh kekacauan sambil mengagumi peningkatan teknikal terkini. Ia kelihatan begitu hebat sehingga kami membuat lawatan untuk mempamerkannya dengan lengkap.

Assassin’s Creed Shadows
Terokai Jepun zaman Sengoku dalam permainan aksi-pengembaraan besar Ubisoft ini. Untuk pertama kali sejak Assassin’s Creed Syndicate, terdapat dua watak protagonis yang boleh dipilih oleh pemain: shinobi licik Naoe dan samurai yang lebih terus terang, Yasuke. Terdapat istana untuk diterokai, sungai untuk bermeditasi di sisinya dan orang ramai untuk dibantu—dan seperti biasa, ada konspirasi untuk didedahkan serta dunia luas untuk dijelajahi, dengan pemain bebas melakukannya mengikut rentak mereka sendiri.
EA SPORTS FC 25
Jika pasukan anda tidak layak ke Piala Kelab Dunia musim panas ini, ambil sahaja pengawal dan bayangkan mereka berjaya. Dengan senarai 38 liga penuh dengan pelbagai pasukan, pilihan mod seperti Rush dan Ultimate Team, serta Mod Kerjaya, anda boleh melatih dan mengurus pasukan, ia jauh lebih daripada sekadar tendang-tendang bola di padang.

Blades of Fire
Sedang mencari permainan aksi-pengembaraan yang benar-benar tajam? Blades of Fire menonjol dengan fokus pada pertukangan senjata dan seni pedang, memberikan pengalaman yang benar-benar berbeza. Sebagai Aran de Lira, anda mencipta dan menggunakan senjata. Pedang besar, belati dan banyak lagi boleh ditempa dan disesuaikan, menghasilkan senjata unik yang anda gunakan dalam pelbagai pertempuran sepanjang permainan. Kedengaran menarik? Panduan Blades of Fire kami akan membantu anda mara ke hadapan dan temu bual eksklusif kami akan memberikan pelbagai pandangan mendalam tentang asal usul permainan ini.
Apakah antara tawaran hebat dalam Jualan Musim Panas 2025?
Kami tanya pada Flamboyance si Flamingo Kembung apa yang dia akan beli semasa Jualan Musim Panas ini. Kemudian kami tanya pula pada Florence, Si Penterjemah Flamingo Kembung, apa maksud semua jeritan dan kepak-kepak itu. Mereka kata…

Timberborn
Sehingga kini beaver kurang diberi perhatian dalam dunia permainan simulasi. Timberborn mengubah keadaan itu, menjadikan haiwan pengerat yang rajin ini sebagai tunjang dalam permainan bina bandar yang menakjubkan, makhluk bijak ini berjuang menentang unsur alam untuk membina sebuah masyarakat. Permainan yang menarik, menyeronokkan dan benar-benar menghiburkan.
Universe Sandbox
Rasa panas matahari terlalu terik? Mengutuk kewujudannya? Kenapa tidak meletupkannya sahaja? Universe Sandbox merupakan simulator angkasa yang membolehkan anda bermain dengan planet dan memusnahkan bintang. Dengan hanya menggerakkan peluncur, anda boleh lihat perkara yang berlaku apabila seluruh galaksi bertembung. (Spoiler: letupan.)
The Axis Unseen
Gabungan mengejutkan antara elemen sembunyi-sembunyi dan muzik heavy metal, The Axis Unseen ialah permainan di mana anda memburu makhluk legenda, menyelinap melalui semak samun, mengesan jejak haiwan pelik tersebut, dan melengkapkan anak panah unsur yang kuat untuk menewaskan mereka. Irama muzik yang kuat tidak akan mengganggu cara sembunyi-sembunyi anda.
Masa yang tepat untuk mendapatkan Ganjaran Epic
Ganjaran Epic meningkat 20% semasa pembayaran menggunakan sistem bayaran Epic untuk setiap pembelian sehingga 31 Ogos 2025.
Selain itu, dapatkan pulangan kekal sebanyak 20% untuk pembelian dalam Fortnite, Rocket League dan Fall Guys apabila anda menggunakan sistem pembayaran Epic.
Kami baru-baru ini mengumumkan bahawa pemain akan menerima Ganjaran Epic serta-merta apabila membeli kandungan yang layak seperti mata wang maya dan langganan. Ini bermakna lebih banyak ganjaran anda, tepat pada masa anda ingin menggunakannya.
Terma dan Syarat Ganjaran Epic dikenakan.
Selamat menikmati Jualan Musim Panas Epic Games Store, semua!