Old World

4.7
Watak yang Pelbagai
Sangat Disyorkan
Old World ialah sebuah permainan strategi sejarah yang revolusioner, di mana anda menerajui dinasti anda merentasi beberapa generasi dalam persaingan menentang kerajaan-kerajaan lawan. Lancarkan peperangan besar, uruskan istana anda dan binalah sebuah dinasti — atau saksikan empayar anda hancur menjadi debu. Apakah warisan yang bakal anda tinggalkan?

Old World

01

Panggilan Era Purba

Old World ialah permainan strategi bersejarah di mana anda memimpin empayar anda merentasi beberapa generasi, membina warisan agung yang kekal melangkaui usia anda. Zaman ini menyaksikan munculnya tokoh-tokoh besar, antara yang dipuja mahupun yang digeruni. Anda akan jadi yang mana satu?

Keluarga itu Penting

Berkahwin kerana politik, besarkan zuriat dan urus hubungan anda dengan keluarga dalam kerajaan anda. Dalam dunia raja dan ratu yang penuh pancaroba, urusan keluarga amatlah penting.

  • Setiap daripada tujuh buah kerajaan mempunyai empat keluarga bangsawan yang memberikan pelbagai manfaat apabila dilantik mentadbir kota-kota anda.

  • Uruskan ikatan kekeluargaan melalui pelbagai acara, tindakan, dan perkahwinan demi menjaga keharmonian mereka serta meraih manfaat tambahan. Guriskan hati mereka, atau jadikan mereka terlalu berkuasa, dan anda bakal mengundang kemurkaan mereka.

  • Kekalkan keutuhan unit keluarga anda, atau biarkan diri anda leka dengan pengembaraan yang terlarang.

02

Diterajui watak

Dunia ini penuh dengan watak-watak hebat dengan personaliti, kekuatan, dan kelemahan yang tersendiri.

  • Cari dan rekrut pahlawan termasyhur, ahli falsafah, pembina, dan ramai lagi. Jadikan mereka sebagai guru buat anak-anak anda, pemimpin bala tentera anda, dan pemacu kelestarian pemerintahan anda.

  • Arketip personaliti yang berbeza membolehkan ahli istana anda melaksanakan tugasan yang berlainan dalam peranan yang sama. Ketahui cara untuk memanfaatkan sepenuhnya peranan gabenor, diplomat, ketua perisik, dan juga pasangan anda.

  • Watak-watak akan membina personaliti dan sifat baharu seiring peningkatan usia serta pengalaman sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir, bagi memberikan ruang kepada generasi seterusnya.

03

Dunia untuk Diterokai

Suku kaum yang tidak menetap, perompak ganas, dan sisa-sisa budaya terdahulu semuanya sedang menanti di dalam belantara luas yang belum diterokai.

  • Temui artifak dan wira-wira hebat dari masa lampau di kawasan runtuhan yang bertaburan di serata peta.

  • Alami lebih daripada 3,000 acara unik yang berinspirasikan sejarah dan mitologi.

  • Pertemuan dengan orang kenamaan asing akan mencetuskan rangkaian peristiwa, kisah naratif, dan drama mahkamah.

  • Kejarlah cita-cita dan warisan yang berkaitan dengan penaklukan, pembangunan, keagamaan, dan banyak lagi.

  • Senario berinspirasikan sejarah, cabaran permainan mingguan, dan pilihan antara peta janaan rawak atau peta buatan khas untuk diterokai. Pimpin Carthage menuju kemenangan sebagai Hannibal dalam Perang Punic, pertahankan kedaulatan daripada serangan Puak Liar, atau bersaing dengan pemain lain dalam mengharungi senario fiksyen.

04

Memberikan Nafas Baharu

Kenapa harus mengikut cara lama selamanya? Old World membawa perspektif segar terhadap tunjang utama genre strategi 4X:

  • Melangkaui sumber-sumber tradisional. Bangunan dibina daripada kayu dan batu, bukannya "industri". Rakyat tidak berkembang hanya dengan "makanan" semata-mata.

  • Wibawa untuk memerintah adalah sumber yang terhad di seluruh alam anda. Berbanding menggerakkan setiap unit sekali sahaja bagi setiap pusingan, setiap unit boleh digerakkan berkali-kali sehingga mereka keletihan atau mata Arahan habis digunakan.

  • Kemajuan teknologi tidak ditentukan lebih awal. Sistem rawak membantu memastikan pohon teknologi terasa segar bagi setiap sesi permainan baharu.

  • Penambahbaikan kualiti pengalaman, seperti kebolehan untuk membatalkan arahan yang tersilap dan paparan maklumat terperinci, memastikan anda sentiasa membuat keputusan yang bijak.

  • Nikmati pelbagai cara permainan berbilang orang — sama ada secara santai di sebelah rakan, mengikut masa sendiri, atau melalui kuasa storan awan.

  • Alami runut bunyi tercalon Grammy yang menggabungkan muzik Arab dengan pengaruh kontemporari.

  • Mod membuka peluang tanpa had untuk dunia, empayar, dan dinasti baharu — yang diilhamkan daripada dunia nyata serta karya fiksyen.

Pencapaian yang Tersedia

Centenarian
5 XP
Legendary Stele
5 XP
Alexander the Great
5 XP
Alexander the who?
5 XP
Lighthouse in Alexandria
5 XP

Edisi Old World

DLC & Tambahan Old World

Ikuti Kami

Penarafan Pemain Epic

Direkodkan oleh pemain dalam ekosistem Epic Games.

4.7

Permainan ini mempunyai

Watak yang Pelbagai

Permainan ini adalah

Sangat Disyorkan

Permainan ini adalah

Amat Menyeronokkan

Permainan ini adalah

Menenangkan

Permainan ini adalah

Bersifat pendidikan

Permainan ini mempunyai

Pertempuran yang Mencabar

Keperluan Sistem Old World

Minimum

Disyorkan

OS

Windows® 10 (64-bit)

OS

Windows® 10 (64-bit)

Pemproses

Intel® Core™ i5-4570 (quad-core) / AMD® Ryzen™ 3 2200G (quad-core)

Pemproses

Intel® Core™ i5-8600K (hexa-core) / AMD® Ryzen™ 7 1700X (octa-core)

Memori

8 GB RAM

Memori

16 GB RAM

Storan

10 GB

Storan

10 GB

DirectX

11

DirectX

12

Grafik

NVIDIA® GeForce® GTX 750 (2 GB) / AMD® Radeon™ HD 7950 (3 GB)

Grafik

NVIDIA® GeForce® GTX 1060 (6 GB) / AMD® Radeon™ R9 390X (8 GB)

Log Masuk Akaun Diperlukan

Epic Games

Bahasa yang Disokong

  • Bahasa Inggeris, Sepanyol - Sepanyol, Perancis, Jerman, Bahasa Cina - Ringkas, Bahasa Cina - Tradisional, Jepun, Portugis - Brazil, Rusia, Korea

Copyright © 2021 Mohawk Games. Old World is a trademark of Mohawk Games. All rights reserved.

Dasar Privasi (Dibuka dalam tab baharu)
* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun