Permainan Shooter
Muat turun dan main permainan Shooter daripada Epic Games Store. Kami menawarkan beberapa permainan Shooter Pandangan Pertama dan Ketiga yang paling menarik dan mengujakan untuk dimainkan mod dalam talian, seorang pemain atau bersama rakan.
Soalan Lazim Permainan Shooter
Apakah itu permainan shooter?
Permainan shooter ialah permainan aksi dengan fokus pada pemain atau pemain yang berlawan menggunakan senjata api. Lazimnya, pemain akan diberi akses kepada beberapa senjata, jenis peluru yang berbeza dan beraneka perisai. Musuh yang biasa anda hadapi akan memiliki jenis senjata yang sama.
Adakah terdapat permainan shooter PC dengan sokongan pengawal?
Ya. Anda boleh menemukan permainan shooter PC melalui tag ‘Sokongan Pengawal’ pada kategori halaman Semak Imbas semasa. Pautan ini juga akan membawa anda kepada permainan shooter dengan sokongan pengawal untuk PC.
Adakah Epic Games Store memiliki permainan shooter PC yang percuma?
Ya. Selain Fortnite, kami menawarkan beberapa permainan shooter lain yang percuma untuk anda mainkan. Anda boleh memilih tag ‘Percuma’ pada halaman Semak Imbas untuk menemukan permainan shooter yang percuma di kedai. Pautan ini akan membawa anda ke Permainan Shooter Percuma yang kami tawarkan dalam Epic Games Store.
Adakah terdapat shooter pandangan ketiga?
Ya. Shooter pandangan ketiga ialah kamera yang mengikuti pemain, maka anda boleh melihat diri anda di medan perang. Anda boleh melihat lebih luas permainan itu sambil bermain.
Anda boleh mencari permainan shooter “Pandangan Ketiga” pada kategori halaman Semak Imbas semasa untuk menemukan permainan shooter pihak ketiga di kedai. Pautan ini akan membawa anda ke Permainan Shooter Pandangan Ketiga yang kami tawarkan pada Epic Games Store.
Sekiranya anda tidak tahu, alternatif bagi ‘shooter pandangan ketiga’ ialah ‘shooter pandangan pertama,’ dan anda boleh mencari semua Permainan Shooter Pandangan Pertama pada pautan yang diserlahkan.
Adakah terdapat permainan menembak luar talian untuk PC?
Ya. Anda boleh memilih tag ‘Seorang Pemain’ pada halaman Semak Imbas untuk menemukan permainan kemandirian luar talian di kedai. Pautan ini akan membawa anda ke Permainan Shooter Seorang Pemain yang kami tag dalam Epic Games Store.




































