Permainan Kemandirian
Muat turun dan main permainan Kemandirian PC daripada Epic Games Store. Kami menawarkan antara permainan Kemandirian yang terbaik dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan Kemandirian
Apa itu permainan kemandirian?
Dalam permainan kemandirian, pemain perlu hidup di persekitaran yang berbahaya, menggunakan kemahiran dan kelengkapan untuk kekal hidup. Biasanya dimulakan tanpa apa-apa pun, permainan kemandirian memerlukan pemain untuk makan, bertukang alatan, memburu haiwan dan membina tempat berlindungan serta mengumpulkan sumber. Sesetengah permainan memiliki matlamat, dengan bos untuk dikalahkan atau cabaran untuk dihadapi, namun kebanyakan permainan kemandirian menugaskan pemain untuk terus hidup selagi mereka mampu.
Adakah terdapat permainan kemandirian PC dengan sokongan pengawal?
Ya. Anda boleh memilih tag “Sokongan Pengawal” pada halaman Semak Imbas untuk menemukan permainan kemandirian dengan sokongan pengawal dalam kedai. Pautan ini juga akan membawa anda kepada permainan kemandirian dengan sokongan pengawal untuk PC.
Adakah terdapat permainan kemandirian open world PC
Ya. Kebanyakan permainan kemandirian berkonsep open world, kerana sering memerlukan peta yang besar dan pengumpulan sumber. Sumber biasanya diedarkan merentas kawasan besar untuk diburu dan digabungkan oleh pemain.
Anda boleh memilih tag “Open World” pada halaman Semak Imbas untuk menemukan permainan kemandirian open world yang percuma di kedai. Pautan ini akan membawa anda ke Permainan Kemandirian Open World Percuma yang kami tag dalam Epic Games Store.
Adakah terdapat permainan kemandirian luar talian dan dalam talian?
Ya. Anda boleh memilih tag “Seorang Pemain” pada halaman Semak Imbas untuk menemukan permainan mandiri luar talian di kedai. Pautan ini akan membawa anda ke Permainan Kemandirian Seorang Pemain yang kami tag dalam Epic Games Store.
Banyak permainan PC kemandirian memiliki mod berbilang pemain, yang menjadiakn dunia mereka lebih mencabar. Anda akan bermain melawan orang sebenar, yang mungkin baik atau mereka mungkin membuat keputusan mengambil barang anda.
Anda boleh memilih tag “Berbilang Pemain“ pada halaman Semak Imbas untuk menemukan permainan kemandirian dalam talian dalam kedai untuk menerokai semua Permainan Kemandirian Berbilang Pemain pada Epic Games Store.
Apakah permainan kemandirian yang paling realistik?
Hampir semua permainan kemandirian ingin menjadi realistik. Beberapa elemen utama bagi genre lapar, dahaga, tempat berlindung dan melindungi diri anda daripada bahaya ialah tema universal. Ini keperluan asas yang perlu diurus oleh orang di luar permainan. Mana-mana permainan kemandirian yang ingin menjadi realistik perlu ada ciri-ciri tersebut. Anda boleh merasai unsur dunia sebenar yang realistik dalam jenis genre permainan ini, walaupun dengan tema pascaapokalips, sains fiksyen atau fantasi.






































